Sekiranya seseorang itu ditimpa kemalangan atau musibah maka hendaklah ia menerima kejadian itu dengan tabah hati dan bersabar, kerana sikap yang demikian akan membawa kebaikan kepadanya.
Di antara kebaikan- kebaikan itu ialah:
(1) Jika ia biasa mengerjakan sesuatu amal yang baik semasa ia berkeadaan sihat, kemudian ia tidak dapat mengerjakannya disebabkan bencana yang menimpanya, maka Tuhan perintahkan malaikat penulis amalnya supaya menuliskan untuknya amal yang baik yang tak dapat dikerjakan itu.
(2) Jika Tuhan hapuskan kesan- kesan bencana yang menimpanya itu, maka Tuhan jadikan bencana itu sebagai "Kifarah" yang menghapuskan dosa- dosanya yang telah lalu serta dijadikannya hidup berkeadaan baharu, suci bersih dari dosa.
(3) Jika Tuhan sempurnakan ajalnya dengan kemalangan itu, maka ia diberi ampun dan dilimpahkan rahmat kepadanya.