إِنَّ هَذَاالْقُرْءَانَ يَهْدِى لِلَّتِى هِىَ أَقْوَمُ وَيُبَشِّرُ الْمُوْءمِنِيْنَ الَّذِينَ يَعْمَلُونَ الصَّلِحَتِ أَنَّ لَهُمْ أَجْرًا كَبِيْرًا
Maksudnya:
"Sesungguhnya Al- Quran ini memberi petunjuk kepada (jalan) yang lurus dan memberi khabar gembira kepada orang mukmin yang mengerjakan amal soleh, bahawa bagi mereka ada pahala yang besar."
(Surah Al- Isra': Ayat 9)
وَأَنَّ الَّذِينَ لاَيُوْء مِنُوْنَ بِالْأَخِرَةٍ أَعْتَدْ نَالَهُمْ عَذَا بًا أَلِيْمًا
Maksudnya:
"Dan sesungguhnya orang yang tidak beriman dengan kehidupan akhirat, Kami sediakan bagi mereka azab yang pedih."
(Surah Al- Isra': Ayat 10)
وَيَدْعُ الْإنسَنُ بِالشَّرِّ دُعَآءَهُ بِالْخَيْرِ وَكَانَالْإنسَنُ عَجُولًا
Maksudnya:
"Dan manusia berdoa untuk kejahatan sebagaimana dia berdoa untuk kebaikan. Dan adalah manusia bersifat tergesa- gesa."
(Surah Al-Isra': Ayat 11)
وَجَعَلْنَاالَّيْلَ وَالنَّهَارَءَايَتَيْنِ فَمَحَوْنَآ ءَا يَةَالَّيْلِ وَجَعَلْنَآءَا يَةَ النَّهَارِ مُبْصِرَةًلِّتَبْتَغُواْ فَضْلًامِّن رَّبِّكُمْ وَلِتَعْلَمُواْ عَدَدَ السِّنِينَ وَالحِسَابَ وَكُلَّ شَىْءٍ فَصَّلْنَهُ تَفْصِيلًا
Maksudnya:
"Dan Kami jadikan malam dan siang sebagai dua tanda (kekuasaan Kami), lalu Kami hapuskan tanda malam dan Kami jadikan tanda siang itu terang agar kamu mencari kurniaan daripada Tuhan kamu, dan supaya kamu mengetahui bilangan tahun- tahun dan hitungan masa. Dan segala sesuatu telah Kami terangkan dengan jelas."
(Surah Al-Isra': Ayat 12)