Mengenai Saya

Turn to Allah. He’s never far away. Put your trust in Him. Raise your hands and pray: " OOO Ya Allah, guide my steps don’t let me go astray. You’re the only one that showed me the way.." InsyaAllah..we'll find the way..Aameen..
Memaparkan catatan dengan label Bulan Islam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Bulan Islam. Papar semua catatan

FADHILAT DI BULAN ZULHIJJAH


Dari sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas R.a, Rasullullah S.a.w telah menerangkan tentang fadhilat di bulan Zulhijjah iaitu :-

1. Tanggal 1 Zulhijjah kesalahan Nabi Adam A.s telah diampunkan Allah. Oleh itu sesiapa yang berpuasa pada hari itu dosanya akan diampunkan oleh Allah S.w.t.

 2. Tanggal 2 Zulhijjah doa nabi Yunus A.s diperkenankan Allah. Oleh itu sesiapa yang berpuasa pada hari itu seperti berpuasa setahun dan dicatitkan baginya seperti tidak pernah melakukan maksiat.

 3. Tanggal 3 Zulhijjah doa nabi Zakaria A.s telah diperkenankan oleh Allah. Oleh itu sesiapa yang berpuasa pada hari itu doanya juga akan diperkenankan oleh Allah S.w.t.

 4. Tanggal 4 Zulhijjah Nabi Isa A.s dilahirkan. Oleh itu sesiapa yang berpuasa pada hari itu akan terhindar dari kefakiran dan kemelaratan.

 5. Tanggal 5 Zulhijjah Nabi Musa A.s dilahirkan. Oleh itu sesiapa yang berpuasa pada hari itu akan terlepas ia dari sifat munafik dan siksaan kubur.

 6. Tanggal 6 Zulhijjah Allah telah membukakan pintu-pintu kebajikan kepada nabi-nabiNya. Oleh itu sesiapa yang berpuasa pada hari itu akan dipandang oleh Allah dengan pandangan rahmat.

 7. Tanggal 7 Zulhijjah pintu neraka Jahannam akan dikunci. Oleh itu sesiapa yang berpuasa pada hari itu akan dibukakan 30 pintu kemudahan dan dikunci 30 pintu kesulitannya.

 8. Tanggal 8 Zulhijjah Nabi Ibrahim telah mendapat perintah supaya menyembelih anaknya Ismail. Seharian ia berfikir sama ada perintah itu daripada Allah atau dari Syaitan. Hari itu dinamakan hari Tarwiyah (hari berfikir). Sesiapa yang berpuasa hari tersebut akan diberikan pahala yang banyak oleh Allah S.w.t.

 9. Tanggal 9 Zulhijjah Allah telah memberitahu kepada Nabi Ibrahim bahawa mimpinya itu adalah benar dari Allah, bukan dari syaitan. Oleh itu, hari tersebut telah dikenali sebagai 'Arafah' (Hari ketahui) Sunat bersedekah kepada fakir miskin. Sesiapa yang bersedekah pada hari tersebut akan dibangkitkan oleh Allah pada hari kiamat nanti dalam keadaan aman dan sentosa.

 10. Amalan sunat pada 10 Zulhijjah seperti :

• Mandi sunat Aidil Adha pada pagi harinya.
 •Sunat tidak menjamah makanan atau minuman sehinggalah selesai menunaikan solat Adha.
 •Keluar menuju ke masjid dengan satu jalan dan bila pulang menggunakan jalan yang lain.
 •Lebih afdal dengan berjalan kaki ke masjid.
 •Mengumandangkan takbir, tahmid dan tahlil bermula malam 10 Zulhijjah hinggalah terbenam matahari pada tanggal 13 Zulhijjah (Takbir Muqayyad).

 11. Sunat membaca doa akhir tahun pada tanggal 29 atau 30 Zulhijjah selepas solat Asar dan membaca doa awal tahun selepas solat Maghrib pada malam pertama awal Muharram.


Wallahu a'lam..
 

FADHILAT DI BULAN REJAB


Fadhilat Bulan Rejab


1. Sabda Nabi S.a.w: "Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan du hari Qiamat. (Al- Hadis)

2. Sabda Nabi S.a.w: "Bulan Rejab bulan Allah, bulan Syaaban bulanku dan bulan Ramadhan adalah bulan umatku." (Al- Hadis)

3. Kemuliaan Rejab dengan malam Israk Mikrajnya, Syaaban dengan malam nisfunya, Ramadhan dengan Lailatul- Qadarnya." (Al- Hadis)

4. Malam awal Rejab mustajab doanya (dalam kitab Raudhoh Imam Nawawi).

5. Puasa 1 hari di dalam bulan Rejab mendapat syurga yang tertinggi (Firdaus). Puasa 2 hari dilipatgandakan pahalanya. (Al- Hadis)

6. Puasa 3 hari pada bulan Rejab dijadikan parit yang panjang yang menghilang dia ke neraka (panjangnya setahun perjalanan). (Al- Hadis)

7. Puasa 4 hari pada bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan daripada penyakit yang besar- besar, dan daripada fitnah dajal di hari Qiamat. (Al- Hadis)

8. Puasa 5 hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur. Puasa 6 hari pada bulan Rejab keluar daripada kubur bercahaya mukanya. (Al-Hadis)

9. Puasa 7 hari pada bulan Rejab ditutup daripadanya 7 pintu neraka. (Al- Hadis)

10. Puasa 8 hari pada bulan Rejab dibuka baginya 8 pintu syurga.

11. Puasa 9 hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu menyeru: (La ilaa ha illallah), tidak ditolak dia masuk ke syurga. (Al- Hadis)

12. Pusa 10 hari pada bulan Rejab Allah jadikan baginya hamparan perhentian di titi Siratulmustaqim pada tiap- tiap satu batu. (Al- Hadis)

13. Puasa 16 belas hari bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga. (Al- Hadis)

14. Puasa 19 hari pada bulan Rejab dibina baginya sebuah mahligai Nabi Allah Ibrahim dan Nabi Allah Adam. (Al- Hadis)

15. Pusa 20 hari pada bulan Rejab  diampunkan segala dosanya yang telah lalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggal daripada umurnya (pembaharuan umur). (Al- Hadis)

16. Berakata Sayidina Ali:
 • Puasa Rejab 13 hari seperti puasa 3000 tahun.
 • Puasa Rejab 14 hari seperti puasa 10000 tahun.
 • Puasa Rejab 15 hari seperti puasa 100 000 tahun.

17. Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Quran atas segala Qalam.

18. Puasa sehari pada bulan Rejab seperti puasa 40 tahun dan diberi minum air dari syurga.

19. Puasa 10 hari pada bulan Rejab dijadikan dua sayap, terbang seperti kilat di atas titi Siratulmustaqim di hari kiamat. (Al- Hadis)

20. Puasa sehari pada bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumurnya. (Al- Hadis).
 Berseru dari langit:

Gembiralah kamu dengan kemuliaan yang besar: dan diminumkan dia ketika hendak mati. Mati dengan puasa, masuk kubur dengan puasa, keluar kubur dengan puasa, dan masuk Syurga dengan puasa (Al- Hadis), lepas dari azab kubur (Al- Hadis)- (berpuasa pada siang hari dan beribadat pada malamnya).

21. Bulan Rejab Syahrullah (Bulan Allah), diampunkan dosa orang- orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah. Puasa bulan Rejab wajib baginya:

(a) diampunkan dosanya yang lalu.
 (b) dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal.
 (c) terlepas dari dahaga di hari kiamat. (Al- Hadis)

22. Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya, seperti puasa pahalanya. (Al- Hadis)

23. Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap- tiap hari sekurang- kurangnya sebiji roti. (Al- Hadis)

24. Siapa bersedekah pada bulan Rejab seperti sedekah 1000 dinar, dituliskan kepadanya tiap sehelai bulu roma jasadnya 1000 kebajikan, diangkat 1000 darjat, dihapus seribu kejahatan. (Al- Hadis)

25. Tiap sehari puasanya pada bulan Rejab dan sedekahnya pada bulan Rejab seperti ibadat 1000 Haji dan Umrah. Dibina 1000 mahligai, 1000 bilik dan 1000 bidadari, lebih cantik daripada matahari 1000 kali, kerana keistimewaan bulan Rejab, bulan Allah. (Al- Hadis)

26. Bersedekah pada bulan Rejab dijauhkan Allah daripada api nerak, kerana kemuliaan bulan Rejab, bulan Allah. (Al- Hadis)

27. Allah jadikan di belakang bukit Jabal Qaf bumi, yang putih yang penuh dengan Malaikat dengan panji- panji berhimpun pada tiap malam Rejab meminta ampun oleh mereka kepada umat Muhammad. Allah menjawab: Telah aku ampunkan mereka! (Al- Hadis)

28. Barangsiapa meminta ampun (beristighfar) kepada Allah pagi dan petang 70 kali atau 100 kali, pada bulan Rejab diharamkan tubuhnya daripada api neraka. (Al- Hadis)

29. Sesiapa berpuasa sebulan pada bulan Rejab, Allah berseru kepadanya: " Telah wajib hakmu atasKu, maka mintalah olehmu kepadaKu." Demi ketinggianKu dan KebesaranKu, tiada Aku tolakkan hajatmu. Engkau adalah jiranKu di bawah 'arasyKu, engkau kekasihKu daripada segala makhlukKu, engkau terlebih.

30. Rejab bulan menabur benih.
Syaaban bulan menyiram tanaman.
Ramadhan bulan menuai.

31. Rejab mensucikan badannya.
Syaaban menyucikan hatinya.
Ramadhan mensucikan rohnya.

32. Rejab bulan maghfirah (keampunana).
Syaaban bulan syafaat.
Ramadhan bulan menggadakan kebajikan.
33. Rejab bulan taubat.
Syaaban bulan muhibbah.
Ramadhan dilimpahi pahala amalan seperti hujan mencurah banyaknya.

34. Rejab diganda 70 pahala.
Syaaban diganda 700 pahala.
Ramadhan diganda 1000 pahala

Amalan Bulan Rejab
1. Berpuasa dan bacalah:

لااِلهَ اِلَّااللهُ قَبْلَ كُلِّ أَحَد, لاَاِلهَ اِلَّااللهُ بَعْدَ كُلِّ اَحَد, لاَاِلَهَ اِلَّااللهُ يَبْقَى رَبُّنَا وَيَفنَى كُلُّ اَحَدْ
(10 kali setiap hari)

2. Sembahyang- sembahyang sunat mengiringi fardhu, sesudah sembahyang fardhu.
3. Sembahyang sunat Isyrak, sembahyang sunat Dhuha, sembahyang sunat Tasbih.
4. Berdoa memohon keampunan dan taubat, minta diterima amal ibadat, minta srlamat di funia dan di akhirat, minta masuk syurga, minta dicurahi rahmat.
5. Bersedekah dan berzikir:

لَااِلَهَ اِلَّا اللهُ dan اللهُ اكبر
100 kali selepas sembahyang Subuh dan Asar.

6. Bertasbih:

i)  سُبْحَانَ رَبِّىَ الْاَعْلَى
100 kali
(Maha suci Tuhanku yang Maha Tinggi)
ii) سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ, سُبْحَانَ اللهِ الْعَظِيْمِ
100 kali
(Maha suci Allah dan dengan segala pujiannya, Maha Suci Allah yang Maha Agung)

iii) سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُللهِ وَلَاالَهَ اِلَّا اللهُ وَاللهُ اكبر, ولَاحَوْلَ وَلَا قُوَّةَ اِلَّا بِاللهِ العَلِىّ العَظِيْمِ
100 kali
(Maha Suci Allah dan segala kepujian bagi Allah, tiada Tuhan meainkan Allah, Allah Maha Agung, tiada sesuatu daya dan tiada suatu kekuatan melainkan dengan Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung).

iv) Selawat:
 اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ,وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّد
 100 kali

8. Istighfar:
اَسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ وَأَتُوْبُ اِلَيْهِ
 atau 100 kali pagi dan petang.

9. Membaca Al-Quran dan Iatighfar kepada Ibu Bapa:
رَبِّ اغْفِرْلِيْ وَلِوَالِدَىَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِىْ صَغِيْرًا
(Ya Tuhanku, ampunilah aky dan dua ibu bapaku, rahmatilah keduanya sepertimana mereka mendidik aku di waktu kecil).

Pada Malamnya:
1. Solat sunat Tahajjud sekurang- kurangnya 2 rakaat sebanyak- banyaknya 8- 12 rakaat.
2. Solat sunat Tasbih dan sunat witir.
3. اَسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ وَأَتُوْبُ اِلَيْهِ
70 atau 100 kali pagi dan petang.
4. Berdoa memohon sesuatu ke hadrat Allah
dan doa kepada Ibu Bapa:

رَبِّ اغْفِرْلِيْ وَلِوَالِدَىَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِىْ صَغِيْرًا
(Ya Tuhanku, ampunilah aku dan dua ibu bapaku, rahmatilah keduanya sepertimana mereka mendidik aku di waktu kecil).

5. Berselawat, berzikir, bertasbih sehingga naik fajar subuh.
• Beramallah sekadar kemampuan iman masing- masing. Kalau tidak dapat kesemuanya, janganlah ditinggalkan kesemuannya.

• Kalau tidak dapat diamalkn setiap hari dan malam pada bulan rejab, amalkan pada hari Jumaat dan Isnin.

Wallahu a'lam..

 

FADHILAT HARI 'ASYURA


• Amalan Dan Fadhilat Serta Peristiwa Bersejarah Di Hari 'Asyura


Muharam adalah suatu bulan yang cukup penting dalam Islam. Selain sebagai bulan pertama dalam Islam, Padanya juga ada suatu hari yang dikenali sebagai Hari 'Asyura yang mempunyai kelebihan dan keistimewaan tersendiri.


Hari 'Asyura berasal daripada perkataan ‘Asyara’ yang bermaksud kesepuluh atau merujuk kepada hari yang kesepuluh dalam bulan Muharam. Sementara hari yang kesembilan daripada bulan Muharam dikenali sebagai Hari Tasua’ (kesembilan).


Pada awal Islam, Hari 'Asyura adalah merupakan hari yang cukup dimuliakan dan diwajibkan bagi orang-orang Islam untuk berpuasa padanya hinggalah turunnya perintah berpuasa fardhu pada bulan Ramadhan maka hukum berpuasa pada Hari 'Asyura bertukar kepada Sunat Muaakad. Namun, sebahagian sahabat masih kekal melaksanakan puasa pada hari tersebut mengenangkan kelebihan dan keistimewaan hari tersebut berdasarkan banyak nas-nas daripada Hadith Rasulullah SAW.


Nas-Nas Berhubung dengan Hari 'Asyura:

1. Daripada Abdullah Ibni Abbas berkata: Telah menyuruh Rasulullah S.A.W. supaya berpuasa pada Hari 'Asyura pada hari kesepuluh pada bulan Muharam. [1]


2. Daripada Abu Qatadah, bahawasanya Rasulullah S.A.W. bersabda: Berpuasalah pada hari 'Asyura bahawasanya aku berharap di atas Allah S.W.T bahawa ianya (berpuasa itu) dapat mengkifaratkan segala dosa pada tahun yang lalu.[2]


3. Biasanya Bangsa Quraish berpuasa pada Hari 'Asyura sejak zaman jahiliyyah, juga Rasulullah S.A.W biasa berpuasa di Makkah dan kemudian selepas berhijrah ke Madinah, dan telah turun perintah wajib berpuasa pada bulan Ramadhan maka Nabi S.A.W bersabda: Saya dahulu telah menyuruh kamu sebagai perintah wajib berpuasa 'Asyura dan kini terserah siapa suka berpuasa dan yang tidak suka boleh meninggalkannya.[3]


Dan banyak lagi nas-nas yang menunjukkan kelebihan untuk berpuasa pada Hari 'Asyura ini.




Puasa 'Asyura pada awalnya dilakukan oleh Rasulullah sendirian dan tidak diperintahkan kepada sahabat-sahabat untuk melakukannya ketika baginda masih berada di Mekah, namun selepas penghijrahan baginda ke Madinah baginda telah meneruskan puasa tersebut dan turut memerintahkan para sahabat untuk mengerjakannya sehinggalah turunnya perintah untuk berpuasa pada bulan Ramadhan maka hukum berpuasa pada Hari 'Asyura dimansuhkan.


Hari 'Asyura sebenarnya bukan sahaja disambut oleh orang Islam namun dalam masa yang sama golongan Kristian dan Yahudi turut mengagungkan hari tersebut kerana terdapatnya peristiwa-peristiwa penting yang berlaku pada hari tersebut. Sepertimana yang dinyatakan dalam hadith: “Daripada Ibn Abbas R.A. berkata: ketikamana sampai Rasulullah S.A.W di Madinatul Munawwarah maka baginda dapati golongan Yahudi berpuasa pada Hari 'Asyura maka bersabda Rasulullah S.A.W.kepada mereka : Hari apakah ini yang kamu berpuasa?


Maka mereka berkata (yahudi): Hari ini adalah hari yang besar bagi kami, dimana Allah S.W.T. telah selamatkan Nabi Musa A.S. dan kaumnya dan menenggelamkan Firaun bersama kaumnya ke dasar lautan, maka berpuasalah Musa kerana bersyukur maka kami pun berpuasa.


Maka bersabda Rasulullah S.A.W: Sekiranya begitu kamilah yang lebih layak berpuasa daripada kamu maka berpuasalah Rasulullah S.A.W dan menyuruh sahabat-sahabatnya untuk berpuasa.[4]


Rasulullah S.A.W telah mengajar umatnya untuk berpuasa pada hari yang sepuluh pada bulan Muharam dengan tidak melakukannya sendirian namun turut berpuasa juga pada hari yang kesembilan atau hari yang kesebelas atau ketiga-tiga hari tersebut bagi mengelakkan meniru puasa orang yahudi yang berpuasa hanya pada 10 Muharram.


Sebenarnya berlaku khilaf dikalangan ulama dalam menentukan tarikh sebenar Hari 'Asyura samada hari kesembilan atau hari kesepuluh. Namun mengambil sikap cermat dalam melakukan ibadah dengan berpuasa pada kedua-dua hari tersebut adalah terlebih baik agar kita tidak terlepas daripada mendapat kelebihan yang ada pada hari 'Asyura tersebut.

Antara amalan disunatkan pada bulan Muharam:

•Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
•Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
•Menahan marah. Fadhilatnya - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.

 •Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
•Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.
•Bersedekah. Fadilatnya - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
•Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
 •Mandi Sunat. Fadhilatnya - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala."
•Bercelak. Fadhilatnya - Tidak akan sakit mata pada tahun itu.
•Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000 kali. Fadhilatnya - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.

•Sembahyang sunat empat rakaat. Fadhilatnya - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya.

Lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari 'Asyura empat rakaat kerana Allah Taala." Pada rakaat pertama dan kedua selepas surah Al-Fatehah dibaca Qulhuwallah 11 kali.
 •Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.

•Puasa. Fadhilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.

Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari 'Asyura kerana Allah Taala."

Moga panduan yang diberi memberikan kita kesempatan untuk bersedia menyambut suatu hari yang besar di dalam Islam ini. Selamat menyambut Hari 'Asyura.

[1] Hadith riwayat Imam At Tirmidzi dan ia berkata Hadith ini Hasan lagi Shahih

[2] Hadith Shahih riwayat Imam At Tirmidzi

[3] Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim

[4] Hadith Riwayat Imam Bukhari dan Muslim

• Peristiwa Bersejarah Di Hari 'Asyura

Sabda Rasulullah S.a.w:

“Sesiapa yang berpuasa pada hari 'Asyura (10 Muharam), maka Allah akan memberi kepadanya pahala sepuluh ribu malaikat dan juga akan diberi pahala sepuluh ribu orang berhaji dan berumrah dan sepuluh ribu orang mati syahid. Dan sesiapa yang mengusap kepala anak yatim pada hari Asyura, maka Allah akan menaikkan dengan tiap anak rambut satu darjat. Sesiapa yang memberi buka puasa pada semua umat Muhammad saw dan mengenyangkan perut mereka.” Sahabat pun bertanya, “Ya Rasulullah, Allah telah melebihkan hari Asyura, dan menjadikan bukit dari lain-lain hari.” Jawab Rasulullah, “benar, Allah telah menjadikan langit dan bumi pada hari Asyura, dan menjadikan bukit-bukit pada hari Asyura dan menjadikan laut pada hari Asyura dan menjadikan Loh Mahfuz dan Qalam pada hari Asyura dan juga menjadikan Adam dan Hawa pada hari Asyura, dan menjadikan syurga dan neraka serta memasukkan Adam ke syurga pada hari Asyura, dan Allah menyelamatkannya dari api pada hari Asyura dan menyembuhkan dari bala pada Nabi Ayub. Pada hari Asyura juga Allah memberi taubat kepada Adam dan diampunkan dosa Nabi Daud, juga kembalinya kerajaan Nabi Sulaiman pada hari Asyura dan kiamat akan terjadi pada hari Asyura.” Maka pada hari itu ( 10 Muharam) Nabi Adam dan Nabi Nuh a.s berpuasa kerana bersyukur kepada Allah kerana hari itu merupakan hari taubat mereka diterima oleh Allah setelah beratus-ratus tahun lamanya memohom keampunan. Pada hari itu juga, hari pembebasan bagi orang-orang Islam yang telah sekian lama dikongkong oleh Firaun, di mana hari itu mereka diselamatkan dari kejahatan dan kezaliman Firaun yang selama ini mengancam agama dan menggugat iman mereka. Dengan tenggelamnya Firaun, Haman, Qarun dan istana mereka bererti berakhirlah sudah kezaliman musuh-musuh Allah buat masa itu. Terselamatlah tentera Nabi Musa dari musuh dengan mukjizat yang Allah berikan, maka mereka berpuasa kerana kesyukuran yang tidak terhingga kepada Allah swt.

Banyak peristiwa bersejarah yang berlaku pada 10 Muharam ini, di mana pada hari inilah, Allah telah memuliakan Nabi-Nabi dengan sepuluh kehormatan.
1.Setelah beratus-ratus tahun meminta ampun dan taubat pada Allah, maka pada hari yang bersejarah 10 Muharam inilah, Allah telah menerima taubat Nabi Adam. Ini adalah satu penghormatan kepada Nabi Adam a.s.
2.Pada 10 Muharam juga, Nabi Idris a.s telah di bawa ke langit, sebagai tanda Allah menaikkan darjat baginda.

3.Pada 10 Muharam, tarikh berlabuhnya perahu Nabi Nuh a.s kerana banjir yang melanda seluruh alam di mana hanya ada 40 keluarga termasuk manusia binatang sahaja yang terselamat dari banjir tersebut. Kita merupakan cucu-cicit antara 40 keluarga tadi. Ini merupakan penghormatan kepada Nabi Nuh a.s kerana 40 keluarga ini sahaja yang terselamat dan dipilih oleh Allah. Selain dari itu, mereka adalah orang-orang yang engkar pada Nabi Nuh a.s.
4.Nabi Ibrahim dilahirkan pada 10 Muharam dan diangkat sebagai Khalilullah (kekasih Allah) dan juga hari di mana baginda diselamatkan dari api yang dinyalakan oleh Namrud. Nabi Ibrahim diberi penghormatan dengan Allah memerintahkan kepada api supaya menjadi sejuk dan tidak membakar Nabi Ibrahim. Maka terselamatlah Nabi Ibrahim dari angkara kekejaman Namrud.
5.Pada 10 Muharam ini juga Allah menerima taubat Nabi Daud kerana Nabi Daud merampas isteri orang walaupun bagainda sendiri sudah ada 99 orang isteri, masih lagi ingin isteri orang. Oleh kerana Nabi Daud telah membuatkan si suami rasa kecil hati, maka Allah turunkan dua malaikat menyamar sebagai manusia untuk menegur dan menyindir atas perbuatan Nabi Daud itu. Dengan itu sedarlah Nabi Daud atas perbuatannya dan memohon ampun pada Allah. Sebagai penghormatan kepada Nabi Daud a.s maka Allah mengampunkan baginda pada 10 Muharam.
6.Pada 10 Muharam ini juga, Allah mengangkat Nabi Isa ke langit, di mana Allah telah menukarkan Nabi Isa dengan Yahuza. Ini merupakan satu penghormatan kepada Nabi Isa daripada kekejaman kaum Bani Israil.
7.Allah juga telah menyelamatkan Nabi Musa pada 10 Muharam daripada kekejaman Firaun dengan mengurniakan mukjizat iaitu tongkat yang dapat menjadi ular besar yang memakan semua ular-ular ahli sihir dan menjadikan laut terbelah untuk dilalui oleh tentera Nabi Musa dan terkambus semula apabila dilalui oleh Firaun dan tenteranya. Maka tenggelamlah mereka di Laut Merah. Mukjizat yang dikurniakan Allah kepada Nabi Musa ini merupakan satu penghormatan kepada Nabi Musa a.s
8.Allah juga telah menenggelamkan Firaun, Haman dan Qarun serta kesemua harta-harta Qarun dalam bumi kerana kezaliman mereka. 10 Muharam, merupakan berakhirnya kekejaman Firaun buat masa itu.
9.Allah juga telah mengeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan setelah berada selama 40 hari di dalamnya. Allah telah memberikan hukuman secara tidak langsung kepada Nabi Yunus dengan cara ikan Nun menelannya. Dan pada 10 Muharam ini, Allah mengurniakan penghormatan kepada baginda dengan mengampun dan mengeluarkannya dari perut ikan Nun.

10.Allah juga telah mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman a.s pada 10 Muharam sebagai penghormatan kepada baginda. Dengan itu, mereka berpuasa dan beribadah kepada Allah sebagai tanda kesyukuran kepada Allah swt.

Nabi saw telah bersabda dengan maksudnya: “Saya dahulu telah menyuruh kamu berpuasa sebagai perintah wajib puasa 'Asyura, tetapi kini terserahlah kepada sesiapa yang suka berpuasa, maka dibolehkan berpuasa dan sesiapa yang tidak sukar boleh meninggalkannya.”

Begitulah sabda Rasulullah di mana puasa pada hari 'Asyura ini sangat-sangat dituntut. Kalau tidak memberatkan umat baginda, maka diwajibkan. Oleh kerana takut memberatkan umatnya, maka hukumnya adalah sunat.


 

FADHILAT BULAN MUHARAM

MUHARAM adalah bulan pertama dalam Sistem Kalendar Islam (Hijriah). Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91).

Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan. Rasulullah s.a.w telah menamakan bulan Muharam sebagai bulan Allah (shahrullahi).

Sandaran yang dilakukan oleh Baginda s.a.w kepada Allah s.w.t lantaran kemuliaan dan kelebihan bulan ini kerana sesungguhnya Allah s.w.t tidak merujukkan kepadaNya melainkan oleh golongan khowas (terkhas) di kalangan makhluk - makhlukNya.

Daripada Al-Hassan Al-Basri rahimahumullah sesungguhnya Allah s.w.t telah membuka lembaran tahun baru di dalam takwim Islam dengan bulan Muharam. Tidaklah kedapatan bulan yang lebih mulia dalam takwim Islam di sisi Allah s.w.t itu selepas bulan Ramadhan melainkan bulan Muharam. Ianya dinamakan bulan Allah yang khas disebabkan besarnya kehormatannya.

Diantara amalan yang disunatkan dalam bulan Muharam iaitu:

1. Berpuasa.
Maksud Hadis: barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharam, pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun.

Maksud Hadis: Barang siapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Muharam iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah menulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun.

2. Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya.

3. Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijjah selepas Asar sebanyak tiga kali.

4. Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib tiga kali.

Wallahu a'lam..