Mengenai Saya

Turn to Allah. He’s never far away. Put your trust in Him. Raise your hands and pray: " OOO Ya Allah, guide my steps don’t let me go astray. You’re the only one that showed me the way.." InsyaAllah..we'll find the way..Aameen..
Memaparkan catatan dengan label Doa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Doa. Papar semua catatan

MEMOHON PERLINDUNGAN DARI FITNAH

  
اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ النَّار وَعَذَابِ النَّار وَفِتْنَةِ الْقَبْرِ وَعَذَابِ الْقَبْرِ وَشَرِّ فِتْنَةِ الْغِنَى وَشَرِّ فِتْنَةِ الْفَقْرِ  

Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon perlindunganMu dari fitnah dan seksaan neraka, fitnah dan seksaan kubur, dan dari kejahatan fitnah kekayaan dan kemiskinan.

DOA MEMAKAI PAKAIAN


اَللَّهُمَّ أسْأَلُكَ مِنْ خَيْرِهِ وَخَيْرِ مَاهُوَ لَهُ وَأَعُوْذُ بِكَ مِنْ شَرِّهِ وَشَرِّ مَا هُوَ لَهُ


Ya Allah, aku memohon kepadaMu kebaikan pakaian ini dan kebaikan sesuatu yang dibuat untuk pakaian ini. Aku berlindung denganMu dari kejahatan pakaian ini dan kejahatan sesuatu yang ada pada pakaian ini.


Catatan: Mulailah berpakaian dengan mendahulukan tangan dan kaki kanan.

DOA UNTUK MENDAPATKAN MIMPI YANG BAIK


اَللَّهُمَّ إِنِّى أَسْأَلُكَ رُؤْيًا صَالِحَةً صَادِقَةً غَيْرَ كَاذِبَةٍ, نَافِعَةً غَيْرَ ضَارَّةٍ


Maksudnya:

Ya Allah, aku memohon kepada-Mu agar aku memperolehi mimpi yang baik dan betul, bukan mimpi yang dusta; mimpi yang bermanfaat, bukan mimpi yang mudarat.

DOA GELISAH TAK DAPAT TIDUR



اَللَّهُمَّ غَارَتِ النُّجُوْمُ وَهَدَأَتِ الْعُيُوْنُ وَأَنْتَ حَىٌّ قَيُّوْمٌ لَيْلِيْ وَأَنِمْ عَيْنِيْ
Maksudnya:

YA Allah, bintang-bintang telah pudar cahayanya, manusia telah tidur dengan tenang dan damai. Engkau Maha Hidup lagi Berdiri Sendiri, tiada pernah mengantuk dan tiada pula tidur. Wahai Zat (Tuhan) yang Maha Hidup lagi berdiri sendiri, tenangkanlah malamku ini dan tidurkanlah mataku ini.

DOA BANGUN TIDUR


اَلْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِيْ أَحْيَانَا بَعْدَمَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُوْرُ

Segala puji hanyalah untuk Allah yang telah menghidupkan kami setelah Dia mematikan kami. Kepada- Nyalah tempat kembali.

DOA SEBELUM TIDUR


بِسْمِكَ اللَّهُمَّ أَمُوْتُ وَأَحْيَى
Dengan nama-Mu, Ya Allah, aku mati dan aku hidup.

DOA MASUK MASJID



اَللَّهُمَّ افْتَحْ لِيْ أَبْوَابَ رَحْمَتِكَ
Ya Allah, Semoga Engkau membukakan untukku pintu- pintu rahmat-Mu.

DOA KELUAR MASJID


اَللَّهُمَّ إِنِّى أَسْأَلُكَ مِنْ فَضْلِكَ


Ya Allah, aku memohon kepada-Mu dengan sesungguh hati semoga Engkau melimpahkan anugerah-Mu kepadaku.
 

DOA KELUAR DARI RUMAH



بِسْ اللهِ تَوَكَّلْتُ عَلَى اللهِ
اَللَّهُمَّ إِنِّى أَعُوْذُ بِكَ أَنْأَضِلَّ أَوْ أُضَلَّ
أَنْ أَذِلَّ أَوْ أُذَلَّ أنْ أَظْلِمَ أوْ أُظْلَمَ أَنْ أَجْهَلَ أَوْ يُجْهَلَ عَلَىَّ

Dengan nama Allah. Aku menyerahkan diriku kepada Allah. Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung diri dengan-Mu supaya aku jangan sesat atau disesatkan, jangan berlaku hina atau dihinakan, jangan berbuat aniaya atau dianiayai, dan jangan sampai aku bertindak bodoh atau diperbodohkan orang lain.

DOA MASUK KE DALAM RUMAH



اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ خَيْرَالْمَوْلَجِ وَخَيْرَالْمَخْرَجِ

Ya Allah, aku memohon kepada-Mu sebaik- baik tempat masuk dan sebaik- baik tempat keluar.


بِسْمِ اللهِ وَلَجْناَ وَبِسْمِ اللهِ خَرَجْنَا وَعَلَى اللهِ رَبَّناَ تَوَكَّلْنَا

Dengan nama Allah kami bergerak masuk, dengan nama Allah kami bergerak keluar. Kepada Allah kami bertawakal.

Catatan: Hendaklah memberi salam sebelum memasuki rumah. Allah memberkati kepada pemberi salam dan ahli rumah.

DOA UNTUK KEDUA IBU BAPA



رَبِّ اغْفِرْ لِىْ وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِيْ صَغيْرًا

Wahai Tuhanku, ampunilah aku dan kedua ibu bapaku. Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.

رَبِّ ارْحَمْهُماَ كَمَا رَبَّيَانِيْ صَغِيْرًا

Wahai Tuhanku, cucurilah rahmat kepada mereka berdua (ibu bapa) sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.

Catatan: Di samping mendoakan kesejahteraan ibu bapa, seorang anak mestilah berbuat baik, patuh dan menghormati mereka berdua. Seorang anak dilarang mengherdik dan berlaku kasar terhadap ibu bapanya

UCAPAN MUSAFIR KEPADA ORANG YANG DITINGGALKAN


أَسْتَوْدِعُكُمُ اللهَ الَّذِيْ لاَتَضِيْعُ وَدَائعُهُ

Kupertaruhkan engkau kepada Allah yang tiada akan hilang segala apa yang dipertaruhkan kepadaNya.

UCAPAN ORANG YANG TINGGAL KEPADA MUSAFIR


أَسْتَوْدِعُ اللهَ دِيْنَكَ وَأَمَانَتَكَ وَخَوَاتِيْمِ عَمَلِكَ
Kupertaruhkan kepada Allah agamamu, amanahmu (ahli keluarga dan harta) dan kesudahan amalanmu.

DOA AWAL TAHUN DAN AKHIR TAHUN


Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.
Dengan izin Allah, sesiapa yang membaca doa ini akan mendapat Perlindungan Allah SWT dari fitnah dan tipu daya syaitan serta mendapat setahun keampunan dosa yang lalu.




Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.
Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.

Doa Awal Tahun:

Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam 1 Muharram 1434H (Hari Rabu malam Khamis).

Barangsiapa membaca doa ini sebanyak 3 kali selepas solat rowatib ba’diyyah Maghrib pada malam tanggal 1 Muharram, Allah akan memerintahkan 2 malaikat untuk melindunginya daripada fitnah dan tipu daya syaitan selama setahun yang mendatang.



Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka. 
Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.
Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.