Sebagaimana firman Allah S.w.t di dalam Al Quran:
تَبَّتْ يَدَآأَبِى لَهَبٍ وَتَبَّ
Binasalah kedua tangan Abu Lahab¹, dan sesungguhnya dia akan binasa.
(Surah Al-Masad: Ayat 1)
مَآأَغْنَى عَنْهُ مَالُهُ وَمَاكَسَبَ
Tidaklah berfaedah kepadanya harta bendanya dan apa yang dia usahakan.
(Surah Al-Masad: Ayat 2)
سَيَصْلَى نَارًا ذَاتَ لَهَبٍ
Dia akan menderita bakaran api yang menjulang.
(Surah Al-Masad: Ayat 3)
وَامْرَأَتُهُ حَمَّالَةَالْحَطَبِ
Dan (begitu juga binasalah) isterinya, pembawa kayu bakar².
(Surah Al-Masad: Ayat 4)
فِى جِيدِهَا حَبْلٌ مِّن مَّسَدِ
Di lehernya ada tali dari sabut yang dipintal.
(Surah Al-Masad: Ayat 5)
Huraian:
¹. " Kedua tangan Abu Lahab" ialah Abu Lahab sendiri.
². Pembawa kayu bakar dalam bahasa Arab adalah kiasan bagi menyebar fitnah. Isteri Abu Lahab disebut pembawa kayu bakar kerana dia selalu menyebar- nyebarkan fitnah untuk memburuk- burukkan Nabi Muhammad Sallallahu 'alaihi wassallam dan kaum muslimin.