Dari Abu Hurairah R.a, bahawa seorang lelaki telah masuk ke dalam masjid, sedang Rasulullah S.a.w duduk di suatu sudut masjid itu. Orang itu pun mengerjakan sembahyang, kemudian datang memberi salam kepada baginda.
Rasulullah S.a.w menjawab salamnya lalu berkata kepadanya: " Pergilah sembahyang semula, kerana sebenarnya engkau tidak mengerjakan sembahyang (dengan betul)". Orang itupun pergi sembahyang semula, kemudian datang memberi salam kepada baginda. Rasululah S.a.w menjawab salamnya lalu berkata lagi kepadanya: " Pergilah sembahyang semula, kerana sebenarnya engkau tidak mengerjakan sembahyang (dengan betul)." Orang itu pun berkata pada kali yang ketiga- atau pada kali yang selepasnya:" Ajarkanlah saya, ya Rasulullah, (kerana sebenarnya saya tidak mengetahuinya)." Baginda pun menerangkan kepadanya (sifat sembahyang dan cara mengerjakannya yang betul) dengan bersabda: " Sembahyang, hendaklah engkau mengambil wudhuk dengan sempurna (meliputi rukun- rukun dan sunatnya), kemudian (pergilah ke tempat sembahyang dan berdirilah dengan betul serta) mengadap kiblat, setelah itu bertakbirlah engkau (dengan takbiratul ihram- disertakan dengan niat), kemudian bacalah (surah Al- Fatihah dan mana- mana ayat atau surah) dari Al- Quran yang mudah engkau dapat membacanya, kemudian rukuklah sehingga engkau berhenti sebentar- bertomakninah- dalam rukukmu itu, kemudian bangkitlah dari rukuk sehingga aku berdiri tegak ( dan berhenti sebentar- bertomakninah padanya), kemudian sujudlah sehingga engkau berhenti sebentar- bertomakninah- dalam sujudmu itu, kemudian bangkitlah dari sujud engkau sehingga engkau berhenti sebentar- bertomakninah dalam dudukmu, (kemudian sujudlah sekali lagi)" Pada satu riwayat yang lain (baginda bersabda):" kemudian hendaklah engkau bangkit (dari rukuk yang pertama) sehingga engkau berdiri tegak ( untuk meneruskan sembahyang), kemudian buatlah yang demikian itu dalam seluruh sembahyangmu."
(Hadis Sahih- Riwayat Bukhari dan Muslim)