Mengenai Saya

Turn to Allah. He’s never far away. Put your trust in Him. Raise your hands and pray: " OOO Ya Allah, guide my steps don’t let me go astray. You’re the only one that showed me the way.." InsyaAllah..we'll find the way..Aameen..

FADHILAT BULAN MUHARAM

MUHARAM adalah bulan pertama dalam Sistem Kalendar Islam (Hijriah). Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91).

Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan. Rasulullah s.a.w telah menamakan bulan Muharam sebagai bulan Allah (shahrullahi).

Sandaran yang dilakukan oleh Baginda s.a.w kepada Allah s.w.t lantaran kemuliaan dan kelebihan bulan ini kerana sesungguhnya Allah s.w.t tidak merujukkan kepadaNya melainkan oleh golongan khowas (terkhas) di kalangan makhluk - makhlukNya.

Daripada Al-Hassan Al-Basri rahimahumullah sesungguhnya Allah s.w.t telah membuka lembaran tahun baru di dalam takwim Islam dengan bulan Muharam. Tidaklah kedapatan bulan yang lebih mulia dalam takwim Islam di sisi Allah s.w.t itu selepas bulan Ramadhan melainkan bulan Muharam. Ianya dinamakan bulan Allah yang khas disebabkan besarnya kehormatannya.

Diantara amalan yang disunatkan dalam bulan Muharam iaitu:

1. Berpuasa.
Maksud Hadis: barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharam, pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun.

Maksud Hadis: Barang siapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Muharam iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah menulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun.

2. Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya.

3. Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijjah selepas Asar sebanyak tiga kali.

4. Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib tiga kali.

Wallahu a'lam..