Mengenai Saya

Turn to Allah. He’s never far away. Put your trust in Him. Raise your hands and pray: " OOO Ya Allah, guide my steps don’t let me go astray. You’re the only one that showed me the way.." InsyaAllah..we'll find the way..Aameen..
Memaparkan catatan dengan label Asma ul Husna. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Asma ul Husna. Papar semua catatan

FADHILAT MENYEBUT NAMA AL-JABBAR



AL- JABBAR
 
Bagi Allah, al-Jabbar ertinya bahawa Allah memaksa makhluk dan meluluskan apa yang dikehendaki-Nya ke atas mereka, sama ada berupa suruhan atau larangan dengan secara tegas, tanpa tiada siapa pun yang boleh menahan kehendak- Nya.

Firman Allah S.w.t:

Maksudnya: " Dialah Allah, yang tidak ada sebarang Tuhan melainkan Dia, Yang Menguasai (sekalian alam), Yang Maha Suci, Yang Maha Selamat Sejahtera (dari segala kekurangan), Yang Melimpahkan Keamanan, Yang Maha Pengawal serta Pengawas, Yang Maha Kuasa, Yang Maha Kuat (menundukkan segala- galanya) yang melengkapi segala kebesaran-Nya."
(Surah Al- Hasyr: 23)

Rahsia dan keistimewaan nama ini:
Sesiapa yang memperbanyakkan zikir ini, orang akan melihatnya dengan pandangan yang gerun dan hormat.

Wallahu 'a'lam.

FADHILAT MENYEBUT NAMA AL- 'AZIZ


AL- 'AZIZ

Bagi Allah, al- 'Aziz bermaksud yang gagah perkasa, yang tunggal dengan keagungan dan kebesaran-Nya, Dialah yang memuliakan orang- orang yang dikehendaki-Nya dan menghina orang- orang yang dikehendaki-Nya.

Disebutkan dalam Al-Quran:

Maksudnya: "Dan ketahuilah, sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana."

(Surah Al- Baqarah: 260)

Rahsia dan keistimewaan nama ini:
1. Sesiapa yang selalu berzikir dengan menggunakan nama ini, ia akan menjadi mulia serta gagah di antara teman- temannya, serta Allah memuliakannya selepas ia berkeadaan hina, Allah menjadikannya kaya selepas ia miskin serta Allah mengurniakan keamanan dan kesejahteraan kepadanya selepas ia berada dalam keadaan takut.

2. Al- Sahrawardiy berkata: " Sesiapa membacanya selama tujuh hari berturut- turut, nescaya Allah menghinakan musuhnya serta melembutkan ke atasnya setiap orang yang memandangnya."

Wallahu a'lam.

FADHILAT MENYEBUT NAMA AL- MUHAIMIN


AL- MUHAIMIN


Bagi Allah, al- Muhaimin bererti Allah S.w.t mengawas dan menjaga atas makhluk-Nya serta mengatur dengan teliti tentang hal-ehwal pekerjaan rezeki dan ajal mereka.

Firman Allah S.w.t:

"Dan Kami turunkan kepadamu (wahai Nabi Muhammad) kitab (Al-Quran) dengan membawa kebenaran untuk mengesahkan benarnya kitab- kitab suci yang telah diturunkan sebelumnya dan untuk memelihara serta mengawasinya."

(Surah Al- Maidah: 48)


Rahsia dan keistimewaan nama ini:


Sesiapa yang berwirid dengan menyebut nama ini setiap kali selepas sembahyang dengan 100 kali zikir, akan memancar di hatinya cahaya iman, akan hilanglah keraguannya serta kelupaannya, dan akan kuatlah ingatannya.

Wallahu a'lam.

FADHILAT MENYEBUT NAMA AL-MU'MIN


Bagi Allah, al- Mu'min bererti Allah yang memberi dan menjamin keamanan dan keselamatan kepada hamba- hamba-Nya.


Allah S.w.t berfirman:


Maksudnya: " Maka hendaklah mereka menyembah Tuhan yang menguasai rumah (Kaabah) ini, Tuhan yang memberi penghidupan, menyelamatkan mereka dari kelaparan, dan mengamankan mereka dari ketakutan."

(Surah Quraisy: 3-4)


Rahsia dan keistimewaan Nama ini:


Orang yang menyebut nama ini hendaklah mengawal dan menjaga hatinya serta keadaannya, dan hendaklah ia juga memelihara seluruh anggotanya daripada perkara yang tidak berfaedah.

Sesiapa yang banyak menyebutkan nama ini, Allah akan menyelamatkan lidahnya dari perkataan yang dusta dan sia- sia.

FADHILAT MENYEBUT NAMA AL-SALAM


    AL- SALAM
 

Al- Salam, bagi Allah beerti terpelihara zat-Nya, sifat-Nya, perbuatan-Nya dari sebarang kekurangan, keaiban dan kecacatan dari sifat- sifat yang tidak layak dengan kesempurnaan-Nya.

Daripada nama al- Salam ini diambil perkataan al- Salamah yang beerti terselamat dan aman dari sebarang ketakutan.


Rasulullah S.a.w menyifatkan orang Islam itu dalam sabdanya yang diriwayatkan daripada Jabir:


Maksudnya: "Orang Islam ialah orang yang memelihara lidah dan tangannya hingga orang Islam lain terselamat daripada kedua- duanya."

(Riwayat Imam Muslim)


Al- Salam ini juga diambil dari perkataan al- Islam yang beerti agama Islam sebagaiman firman Allah S.w.t:

Maksudnya: " Sesungguhnya agama di sisi Allah ialah Islam."
(Surah Aali 'Imraan: 19)

Rahsia dan keistimewaan nama ini:
Orang- orang Islam yang menyebut nama ini akan mendapat tiga perkara dari saudaranya:

1. Jika ia tidak mendatangkan faedah krpadanya, maka ia tidak akan memudaratkannya.

2. Jika ia tidak menyukakannya, nescaya ia tidak akan mendukacitakannya.

3. Jika ia tidak memujinya, nescaya ia tidak akan mencelanya.

Wallahu a'lam.

FADHILAT MENYEBUT NAMA AL-QUDDUS


AL- QUDDUS
 

Al- Quddus, bagi Allah bererti Allah itu bersih dari segala sifat kekurangan dan kecacatan.

Diriwayatkan daripada 'Aisyah R.a, bahawa Rasulullah S.a.w membaca ketika ruku' dan sujudnya:

Maksudnya:

"Dia Maha Suci, Dia Maha Kudus, Dia Tuhan (yang disembah) oleh malaikat dan roh (Jibrail)."

(Riwayat Imam Muslim)


Rahsia dan keistimewaan nama ini:

Seluruh anggota serta pancaindera tidak akan melihat kemaksiatan ketika menyebutnya, mata akan terhindar daripada melihat yang haram, telinga akan terhindar dari mendengar perkataan yang dimurkai Allah,  kerana nama ini mempunyai kesan yang mendalam terhadap anggota serta pancaindera badan. Oleh yang demikian, sesiapa yang ingin untuk menghindarkan diri dari syahwat atau nafsu badan dan kemaksiatan, hendaklah ia selalu menyebut nama ini, mudah- mudahan Allah menjauhkan dirinya dari godaan syaitan.


Wallahu a'lam.
 

FADHILAT MENYEBUT NAMA AR- RAHIM


AR- RAHIM
 

Bagi Allah, Ar-Rahim ini adalah nama bagi Zat Tuhan Yang Maha Suci dan Sifat Tuhan yang azali dan sifat Ar-Rahim ini adalah tertentu kepada orang- orang yang beriman sahaja, sebagaimana firman-Nya dalam al-Quran:

Maksud:

"Dan adalah Ia (Allah) sentiasa melimpah- limpah rahmat-Nya kepada orang- orang yang beriman (di dunia dan di akhirat)."
(Surah al-Ahzaab:43)

Rahsia dan keistimewaan nama ini:

Sesiapa yang selalu membaca nama ini seberapa banyak yang ia mampu, nescaya Allah akan jadikan musuhnya itu sahabatnya, dan akan mendapati diri dan badannya dalam keadaan yang baik, serta segala perkara akan terjamin dengan kehendak Allah.

Wallahu a'lam.

FADHILAT MENYEBUT NAMA AR-RAHMAN


AR- RAHMAN


Bagi Allah, Ar-Rahman memberi erti bahawa Allah mempunyai rahmat yang luas serta memberi nikmat yang besar kepada sekalian makhluk-Nya sama ada orang mukmin atau kafir, keseluruhannya memperolehi nikmat di dunia ini.

Banyak ayat- ayat al- Quran yang menyebutkan tentang Ar- Rahman ini, di antaranya:

Allah S.w.t berfirman: Maksudnya:

" Katakanlaah (wahai Muhammad): Serulah nama 'Allah' atau nama 'Ar-Rahman', yang mana sahaja yang kamu serukan (dari kedua-dua nama itu adalah baik belaka), kerana Allah mempunyai banyak nama- nama yang baik serta mulia." (Surah al-Isra':110)

Rahsia dan Keistimewaan nama ini:

1. Bagi sesiapa yang mudah lupa, maka hendaklah melazimkan dirinya menyebut nama ini selepas tiap- tiap kali sembahyang sebanyak 10 kali dan hendaklah disandarkan nama Allah itu kepada Ar- Rahman sebanyak 10 kali, kemudian hadiahkanlah surah al-Fatihah kepada junjungan kita Nabi Muhammad S.a.w serta ahli keluarga baginda R.a. InsyaAllah dengan demikian akan terpelihara apa yang di dengarnya, dan tidak akan lupa apa yang dipelajarinya, dan amalan- amalannya akan memperolehi taufik daripada Allah.

2. Sesiapa yang banyak menyebut nama ini iaitu seberapa banyak yang ia mampu, maka kedudukannya mulia di sisi Allah, di sisi manusia dianggap sahabat, manakala di sisi Nabi Muhammad S.a.w dekat kedudukannya serta menjadi kekasihnya.

~Wallahu a'lam.
 

FADHILAT MENYEBUT NAMA ALLAH


ALLAH
 

Allah ialah nama Zat Tuhan Yang Maha Suci yang mempunyai segala sifat kesempurnaan dan kepimpinan Yang Maha Besar lagi Maha Tinggi dan Maha Kuasa.

Nama Allah ini adalah nama yang terbesar di antara nama- nama-Nya yang 99. Di antara nama-nama-Nya, nama Allah inilah yang banyak disebutkan di dalam al- Quran di antaranya:

Maksudnya: "Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap Hidup, Yang Kekal selam-selamanya mentadbirkan sekalian makhluk-Nya." (Surah Ali- Imraan: 2)

Rahsia dan keistimewaan nama ini:

Sesiapa yang mempunyai hajat yang sukar tertunai, maka hendaklah ia mandi hari Jumaat dan menyebut nama ini ketika masuk masjid serta membacanya di sepanjang masa hinggalah sampai ke waktu hendak sembahyang Jumaat, InsyaAllah akan tertunai hajatnya seperti yang dipohonkannya.

Wallahu a'lam.

FADHILAT MENYEBUT NAMA AL- MALIK

 
AL- MALIK
 

Bagi Allah, al- Malik bererti Allah memiliki segala- galanya yang ada di muka bumi ini dan di cakerawala- cakerawala lain ciptaan-Nya.

Firman Allah S.w.t:

Maksudnya: " Maha Tinggi Allah, Pemerintah yang benar, tiada Tuhan melainkan Dia, Tuhan yang mempunyai 'Arasy yang mulia."
(Surah Al- Mu'minun: 116)

Rahsia dan keistimewaan nama ini:

Barangsiapa yang menyebut nama ini, apabila ia berjumpa dengan orang zalim nescaya akan lembut hati orang itu terhadapnya ketika itu. Ada kalanya seseorang itu merasa susah atau berat baginya untuk memulakan percakapan, InsyaAllah dengan menyebut nama ini akan hilanglah kegugupan dan kesukaran itu. Hendaklah ia menyebut nama ini secara perlahan- lahan, nescaya akan lancar dan mudah lidahnya untuk bertutur serta akan terbit cahaya zikir daripadanya, apabila cahaya itu telah masuk ke dalam hatinya nescaya akan lapanglah dadanya.

Wallahu a'lam.