Mengenai Saya

Turn to Allah. He’s never far away. Put your trust in Him. Raise your hands and pray: " OOO Ya Allah, guide my steps don’t let me go astray. You’re the only one that showed me the way.." InsyaAllah..we'll find the way..Aameen..

FADHILAT MENYEBUT NAMA AL-MU'MIN


Bagi Allah, al- Mu'min bererti Allah yang memberi dan menjamin keamanan dan keselamatan kepada hamba- hamba-Nya.


Allah S.w.t berfirman:


Maksudnya: " Maka hendaklah mereka menyembah Tuhan yang menguasai rumah (Kaabah) ini, Tuhan yang memberi penghidupan, menyelamatkan mereka dari kelaparan, dan mengamankan mereka dari ketakutan."

(Surah Quraisy: 3-4)


Rahsia dan keistimewaan Nama ini:


Orang yang menyebut nama ini hendaklah mengawal dan menjaga hatinya serta keadaannya, dan hendaklah ia juga memelihara seluruh anggotanya daripada perkara yang tidak berfaedah.

Sesiapa yang banyak menyebutkan nama ini, Allah akan menyelamatkan lidahnya dari perkataan yang dusta dan sia- sia.

MASA HARI KIAMAT DAN HURU HARANYA


Sayugianya diingat bahawa masa yang bermula dari ketika manusia bangkit dari kubur pergi ke padang mahsyar menghadiri perbicaraan dan hukuman Tuhan Rabbul 'alamiin, sehingga ke waktu manusia menduduki tempat masing- masing di syurga atau neraka, mengikut hukuman Tuhan yang maha adil, ialah masa hari kiamat yang terbesar, masa yang huru haranya menyelubungi jiwa dan tubuh badan manusia.
Tuhan yang amat mengasihani mengingatkan kita tentang keadaan huru haranya itu di dalam Al-Quran Al-karim, di antaranya:

Pertama:
Ayat 2 surah Al-Haj yang maksudnya: kedahsyatan masa hari kiamat itu sangatlah mengejutkan dan menjadikan seseorang terpegun dan terpinga- pinga sehingga orang ramai kelihatan seperti keadaan orang mabuk, dan kalau ditakdirkan ada pada masa itu perempuan yang mengandung, gugurlah anak kandungannya, kalau ada yang menyusukan anak, ia tidak akan ingatkan anak susuannya.

Kedua:
Ayat 88 dan 89 surah Al-Syu'ara' yang maksudnya: masa kiamat itu ialah masa yang harta benda dan anak pinak seseorang tidak akan memberi manfaat kepadanya kalau ia mengadap Tuhan dengan hati yang tidak bersih daripada kekotoran kufur dan syirik, sekalipun harta benda itu ia belanjakan pada jalan kebajikan dan anak pinak itu diberinya didikan agama dan akhlak yang mulia sehingga menjadi seorang anak yang soleh.

Ketiga:
Ayat 34- 37 surah 'Abas yang maksudnya: masa kiamat itu ialah masa yang tiap- tiap seseorang melarikan diri daripada saudaranya, ibu bapanya, isterinya dan anaknya, kerana masing- masing pada masa itu cukup sibuk dengan urusan keselamatan dirinya, tidak berpeluang hendak mengambil tahu hal orang lain sekalipun orang itu serapat- rapat, semulia- mulia dan sekasih- kasih orang kepadanya.

Wallahu a'lam..

MENJAUHI SYIRIK DALAM SEGALA BENTUKNYA


Syirik yabg besar atau yang nyata itu ialah mempercaya adanya sesuatu yang setara dan sebanding dengan Allah S.w.t yang ditujukan kepadanya doa permohonan, yang diuntukkan kepadanya satu- satu cara ibadat dan yang ditakuti bala bencananya.

Dan dengan syirik yang demikian, maka akidah tauhid orang yang melakukannya telah berbelahbahagidan orang musyrik inilah yang dijanjikan Allah dengan neraka.

Syirik yang kecil atau yang tersembunyi itu pula ialah kepercayaan, perkataan atau perbuatan yang menyebabkan berlakunya syirik terhadap kekuasaan atau undang- undang peraturan Allah.

Syirik yang tersembunyi itu amat banyak, di antaranya:

(1) Mempercayai sesuatu yang menjadi sebab itu dengan keadaan hakikatnya memberi kesan baik atau buruk,

(2) Menaruh perasaan takut dan gerun kepada kekuatan sesuatu yang lain dari Allah,

(3) Menumpukan harapan kepada sesuatu yang lain dari Allah,

(4) Bersumpah dengan sebarang sebutan yang lain daripada menyebut nama atau sifat Allah,

(5) Mengatakan: kalaulah tidak kerana pertolongan Allah dan pertolongan si anu, tentulah aku tidak berjaya,

(6) Mengatakan: kalaulah tidak kerana ayam berkokok, polis meronda atau sebagainya, tentulah rumahku dimasuki pencuri,

(7) Melakukan sesuatu ibadat, atau daya usaha pengorbanan, atau perjuangan bukan kerana menjunjung perintah Allah semata- mata, tetapi juga untuk tujuan- tujuan yang lain.

Wallahu a'lam

SYIRIK PADA ULUHIYAH DAN RUBUBIYAH ALLAH


Syirik ialah mempersekutukan sesuatu dengan Allah S.w.t pada sifat "Uluhiyah"-Nya atau "Rububiyah"-Nya.

Sifat "Uluhiyah" Allah S.w.t ialah sifat-Nya berhak disembah, dicintai, dipatuhi perintah-Nya,ditumpui dan dipohonkan untuk mendapat segala kebaikan dan menolak sebarang mala petaka dan perkara- perkara yang tidak diingini.

Sifat "Rububiyah"Nya pula ialah sifat mentadbir dan menguruskan, cara menjaga dan memelihara, mengasuh dan mendidik sekalian alam yang telah diciptakan-Nya, iaitu dengan mengadakan segala keperluan yang dihajati oleh wujud tiap- tiap satunya, mengatur dan menyusun undang- undang dan peraturan bagi kesuburan, perkembangan dan kesempurnaan masing- masing, serta menyatakan dan menunjukkan hukum- hukum halal haram dan sah batal untuk kebaikan jasmani dan kebahagiaan rohani manusia.

Maka sesiapa yang menganggap bahawa mana- mana satu dari sifat- sifat itu ada pada sesuatu yang lain daripada Allah S.w.t nescaya ia telah melakukan syirik dengan Allah, walaupun ia pada masa itu masih beriman kepada Allah.

Tentang ini Allah S.w.t berfirman dalam surah Yusuf, ayat 106, maksudnya:
"Meskipun kebanyakan mereka beriman kepada Allah dalam pada itu mereka tidak sunyi dari perbuatan syirik."

Dengan itu setiap orang yang beriman itu  adalah dilarang mendewa- dewakan sebarang makhluk dengan mengasihinya dan menurut perintahnya sebagaimana ia mencintai dan mentaati Allah, atau meminta dan mengharapkan hasil sesuatu hajat dari sesuatu makhluk atau dengan sesuatu cara, kecuali setelah diketahui bahawa makhluk atau cara yang tersebut diharuskan oleh Allah bagi seseorang menggunakannya sebagai jalan, sebab atau alat untuk menjayakan maksudnya.

Demikian juga amatlah salahnya menerima sebarang undang- undang dan peraturan, atau hukum hakam yang diadakan oleh yang lain daripada Allah, kecuali sekadar yang berdasarkan aturan, kenyataan atau pengajaran yang dibawa oleh Rasulullah S.a.w.

Kesimpulan hadis ini, mengingatkan manusia daripada terjerumus ke dalam sebarang iktikad atau perbuatan syirik supaya terselamat daripada balasan buruk yang dijanjikan.

 

LUASNYA ILMU ALLAH TIDAK TERHINGGA



Firman Allah di dalam Al-Quran:


قُل لَّوۡ كَانَ ٱلۡبَحۡرُ مِدَادٗا لِّكَلِمَٰتِ رَبِّي لَنَفِدَ ٱلۡبَحۡرُ قَبۡلَ
أَن تَنفَدَ كَلِمَٰتُ رَبِّي وَلَوۡ جِئۡنَا بِمِثۡلِهِۦ مَدَدٗا

Say (Muhammad): "If the ocean turned to ink for writing down the colloquy of my Lord, the ocean itself would be exhausted ere the words (and wonders) of my Lord come to end, even if we brought another like it for replenishment."

Katakanlah (Muhammad): "Kalau sekiranya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimah- kalimah Tuhanku, sesungguhnya habislah lautan itu sebelum habis (ditulis) kalimah- kalimah Tuhanku, meskipun kami datangkan tambahan sebanyak itu (pula)."

(Surah Al-Kahf: 109)



قُلۡ إِنَّمَآ أَنَا۠ بَشَرٞ مِّثۡلُكُمۡ يُوحَىٰٓ إِلَيَّ أَنَّمَآ إِلَٰهُكُمۡ إِلَٰهٞ وَٰحِدٞۖ فَمَن كَانَ يَرۡجُواْ لِقَآءَ رَبِّهِۦ فَلۡيَعۡمَلۡ عَمَلٗا صَٰلِحٗا وَلَا
يُشۡرِكۡ بِعِبَادَةِ رَبِّهِۦٓ أَحَدَۢا

Say (Muhammad): "I am only a man like you, but it has been communicated to me that your Lord is one and single God, and that whosoever hopes to meet his Lord should do what is right, and not associate any one in the worship of his Lord."

Katakanlah (Muhammad): "Sesungguhnya aku ini hanya seorang manusia seperti kamu, yang diwahyukan kepadaku: "Bahawa sesungguhnya Tuhan kamu itu adalah Tuhan Yang Maha Esa." Barang siapa mengharap perjumpaan dengan Tuhannya, maka hendaklah dia mengerjakan amal soleh dan janganlah dia mempersekutukan seorang pun dalam beribadah kepada Tuhannya."

(Surah Al-Kahf: 110)

ADAB-ADAB BERSAMA ALLAH



1. Cintakan Allah SWT.

2. Ikhlaskan segala amalan semata-mata kerana Allah SWT.

3. Takut dan sentiasa berharap kepada Allah SWT.

4. Bersyukur apabila diberi nikmat.

5. Bersabar apabila ditimpa kesusahan.

6. Melihat Taufiq dan Hidayah daripada Allah SWT apabila dapat melakukan ibadat dan ketaatan.

7. Sentiasa berzikir mengingati Allah SWT dan sentiasa bertaubat memohon keampunan dariNya.

8. Tidak berputus asa, malah sentiasa mengharapkan rahmat daripadaNya.

9. Melakukan segala perintah Allah dan meninggalkan segala laranganNya.

10. Beriman dengan penuh keyakinan terhadap Qada’ dan Qadar Allah SWT kerana setiap perkara yang berlaku ada hikmah disebaliknya yang tidak diketahui.

FADHLAT SURAH MUAWWIZAT (3 QUL)


‘Surah Al-Muawwizat’ yang lebih dikenali sebagai ’3 Qul’ adalah surah-surah yang terdiri daripada Surah Al-Ikhlas (112), surah Al-Falaq (113) dan surah An-Naas (114).

Ibnu Hajar Al Asqolani menyatakan bahawa; “Yang dimaksudkan dengan ‘Al-Muawwizat’ adalah surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Naas.” (Fathul Bari 9/62)


Sebagaimana dalam post ana terdahulu, surah An-Naas dan surah Al-Falaq merupakan dua surah yang mengandungi permohonan perlindungan (‘Al-Mu’awwizataini’). Kedua Surah ini tersebut mempunyai kedudukan yang tinggi di antara surah-surah yang lain.


Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Telah diturunkan kepadaku ayat-ayat yang tidak sepertinya iaitu ‘Al-Mu’awwizataini’ (Surah An-Naas dan surah Al-Falaq).” (HR Muslim no. 814, At Tirmidzi no. 2827, An Naasa’i no. 944)


“Setelah turunnya dua surah ini, Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam mencukupkan kedua-duanya dengan ‘Surah Al-Ikhlas’, sebagai bacaan (wirid) untuk membentengi dari pandangan buruk jin maupun manusia.” (HR. At Tirmidzi radhiallahu ‘anhu)





Fadhilat Surah Al-Muawwizat


Keistimewaan dan khasiatnya mengamalkan ‘Surah Al-Muawwizat’ (Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Naas) adalah:


 1.Pelindung / pendinding diri.
 2.Penyembuh segala penyakit zahir dan batin.
 3.Segala keperluan hidupnya akan dicukupkan dan sempurna.
 4.Terpelihara daripada segala keburukan dan kemudaratan.
 5.Memperoleh pahala sunnah apabila diwiridkan selepas solat fardhu.



Waktu Membaca Surah Al-Muawwizat

• Ketika Wirid Selepas Solat


i. Selesai solat dianjurkan pula membaca surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Naas, setiap satunya sekali. Daripada Uqbah bin Amir, katanya;

أَمَرَنِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ أَقْرَأَ الْمُعَوِّذَاتِ دُبُرَ كُلِّ صَلَاةٍ

“Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam memerintahkan padaku untuk membaca Muawwizaat di akhir solat (sesudah salam).” (HR. An Nasai no. 1336 dan Abu Daud no. 1523. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini sahih).

ii. Uqbah bin ‘Amir berkata, dari Rasulullah shalallahu’ alaihi wasallam, sabdanya:

اقْرَأُوا الْمُعَوِّذَاتِ فِيْ دُبُرِ كُلِّ صَلاَةٍ

“Bacalah Al-Muawwizat pada setiap kali selepas solat.” (HR. Abu Dawud no. 1523, disahihkan oleh Asy Syaikh Al Albani dalam Ash Shahihah no. 1514)

• Di Waktu Pagi Dan Petang


Pada waktu pagi dan petang, kita dianjurkan membaca ‘Surah Al-Muawwizat’ sebanyak tiga kali. Keutamaan yang diperolehi adalah, akan dijaga dari segala sesuatu (segala keburukan).

“Al-Muawwizat juga dijadikan wirid / zikir di waktu pagi dan petang. Sesiapa yang membacanya sebanyak tiga kali diwaktu pagi dan petang, nescaya Allah SWT akan mencukupinya dari segala sesuatu.” (HR. Abu Dawud no. 4419, An Naasaa’i no. 5333, dan At Tirmidzi no. 3399)



• Waktu Malam Dan Hujan

‘Surah Al-Muawwizat’ digalakkan dibaca ketika hujan dan pada waktu malam;


i. Dari Mu’adz bin Abdullah bin Khubaib dari bapanya ia berkata;

خَرَجْنَا فِى لَيْلَةِ مَطَرٍ وَظُلْمَةٍ شَدِيدَةٍ نَطْلُبُ رَسُولَ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- لِيُصَلِّىَ لَنَا فَأَدْرَكْنَاهُ فَقَالَ « أَصَلَّيْتُمْ ». فَلَمْ أَقُلْ شَيْئًا فَقَالَ « قُلْ ». فَلَمْ أَقُلْ شَيْئًا ثُمَّ قَالَ « قُلْ ». فَلَمْ أَقُلْ شَيْئًا ثُمَّ قَالَ « قُلْ ». فَقُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ مَا أَقُولُ قَالَ « (قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ) وَالْمُعَوِّذَتَيْنِ حِينَ تُمْسِى وَحِينَ تُصْبِحُ ثَلاَثَ مَرَّاتٍ تَكْفِيكَ مِنْ كُلِّ شَىْءٍ »



“Pada malam hujan lagi gelap-gelita kami keluar mencari Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam untuk solat bersama kami, lalu kami menemuinya. Baginda bersabda, “Apakah kamu telah solat?“ Namun sedikitpun aku tidak berkata-kata. Baginda bersabda, “Katakanlah“. Namun sedikit pun aku tidak berkata-kata. Baginda bersabda, “Katakanlah“. Namun sedikit pun aku tidak berkata-kata. Kemudian Baginda bersabda, “Katakanlah“. Hingga aku berkata, “Wahai Rasulullah, apa yang harus aku katakan?” Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Katakanlah (bacalah surah)‘Qul Huwallahu Ahad’, ‘Qul A’udzu Birabbil Falaq’ dan ‘Qul A’udzu Birabbinnaas’ ketika petang dan pagi sebanyak tiga kali, maka dengan ayat-ayat ini akan mencukupkanmu (menjagamu) dari segala keburukan.“ (HR. Abu Daud no. 5082 dan An Nasai no. 5428. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini hasan).


ii. Dalam kitab Tirmidzi, an-Nasai dan sunan Abu Daud disebutkan bahawa Abdullah bin Habib berkata, “Kami keluar pada waktu malam, ketika itu hujan sedang turun dan sangat gelap, kami mencari Nabi untuk mendoakan akan kami, lalu kami mencari Baginda lalu bersabda, “Katakanlah”, maka aku tidak mengatakan sesuatu, kemudian Nabi bersabda lagi, “Katakanlah”, Aku tidak mengatakan apa-apa, kemudian Nabi bersabda lagi, “Katakanlah”, maka, aku berkata, “Ya Rasulullah! Apa yang harus aku katakan?” Nabi menjawab : “Katakanlah ‘Surah Muawwizat’ ketika pagi dan petang hari sebanyak tiga kali, maka hal tersebut akan membuatmu terlindung dari segala sesuatu.”“ Imam Tirmidzi mengatakan bahawa hadis ini berdarjat hadis hasan sahih.



iv. Baca Al-Muawwizat Sebelum Tidur

Pada waktu ini, kita dianjurkan membaca ‘Surah Al-Muawwizat’ (surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Naas) dengan terlebih dahulu mengumpulkan kedua telapak tangan, lalu keduanya ditiup, lalu dibacakanlah tiga surah ini. Setelah itu, kedua telapak tangan tadi diusapkan pada anggota tubuh yang mampu dijangkau dimulai dari kepala, wajah, dan tubuh bahagian depan. Cara seperti tadi diulang sebanyak tiga kali.


i.“Demikian juga disunahkan membaca Al-Muawwizat sebelum tidur. Caranya, membaca ketiga Surah ini lalu meniupkan pada kedua-dua telapak tangannya, kemudian diusapkan ke kepala, wajah dan seterusnya ke seluruh anggota badan, sebanyak tiga kali.” (HR. Al-Bukhari 4630)

ii. Diriwayatkan dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha bahawa Rasulullah SAW pada setiap malam apabila hendak tidur, Baginda membaca Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Naas, Ditiupkan pada kedua-dua tapak tangan kemudian disapukan keseluruh tubuh dan kepala Baginda. Katanya:

أَنَّ النَّبِىَّ – صلى الله عليه وسلم – كَانَ إِذَا أَوَى إِلَى فِرَاشِهِ كُلَّ لَيْلَةٍ جَمَعَ كَفَّيْهِ ثُمَّ نَفَثَ فِيهِمَا فَقَرَأَ فِيهِمَا ( قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ ) وَ ( قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ الْفَلَقِ ) وَ ( قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ النَّاسِ ) ثُمَّ يَمْسَحُ بِهِمَا مَا اسْتَطَاعَ مِنْ جَسَدِهِ يَبْدَأُ بِهِمَا عَلَى رَأْسِهِ وَوَجْهِهِ وَمَا أَقْبَلَ مِنْ جَسَدِهِ يَفْعَلُ ذَلِكَ ثَلاَثَ مَرَّاتٍ

“Nabi shallallahu ’alaihi wa sallam ketika berada di tempat tidur di setiap malam, Baginda mengumpulkan kedua telapak tangannya lalu kedua telapak tangan tersebut ditiup dan dibacakan ’Qul huwallahu ahad’ (surah Al-Ikhlas), ’Qul a’udzu birobbil falaq’ (surah Al-Falaq) dan ’Qul a’udzu birobbin naas’ (surah An-Naas). Kemudian Baginda mengusapkan kedua telapak tangan tadi pada anggota tubuh yang mampu dijangkau dimulai dari kepala, wajah, dan tubuh bahagian depan. Baginda melakukan yang demikian sebanyak tiga kali.” (HR. Bukhari no. 5017)


v. Al-Muawwizat Ketika Perawatan (Ruqyah)

Tatkala meruqyah, kita dianjurkan membaca ‘Surah Al-Muawwizat’ (surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Naas).



1. Sayyidatina ‘Aisyah Radhiallahu’ anha ada meriwayatkan:

عَنْعَائِشَةَرَضِياللَّهُعَنْهَاأَنَّرَسُولَاللَّهِصَلَّىاللَّهُعَلَيْهِوَسَلَّمَكَانَإِذَااشْتَكَىيَقْرَأُعَلَىنَفْسِهِبِالْمُعَوِّذَاتِوَيَنْفُثُفَلَمَّااشْتَدَّوَجَعُهُكُنْتُأَقْرَأُعَلَيْهِوَأَمْسَحُبِيَدِهِرَجَاءَبَرَكَتِهَا. )رواهالبخاري(

Daripada Aisyah radiallahu ‘anhaa; “Bahawasanya Rasulullah sallaLlahu-’ alaihi-wa-sallam apabila sakit baginda membaca sendiri Al-Muawwizat (Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Naas), kemudian meniup padanya. Dan apabila rasa sakitnya bertambah aku yang membacanya kemudian aku usapkan ke tangannya mengharap keberkahan dari surah-surah tersebut.” (Hadis riwayat Al-Bukhari)

2. Bukhari membawakan bab dalam sahihnya ‘Meniupkan bacaan ketika ruqyah’. Lalu dibawakanlah hadits serupa di atas dan dengan cara seperti dijelaskan:

عَنْ عَائِشَةَ – رضى الله عنها – قَالَتْ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ – صلى الله عليه وسلم – إِذَا أَوَى إِلَى فِرَاشِهِ نَفَثَ فِى كَفَّيْهِ بِقُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ وَبِالْمُعَوِّذَتَيْنِ جَمِيعًا ، ثُمَّ يَمْسَحُ بِهِمَا وَجْهَهُ ، وَمَا بَلَغَتْ يَدَاهُ مِنْ جَسَدِهِ . قَالَتْ عَائِشَةُ فَلَمَّا اشْتَكَى كَانَ يَأْمُرُنِى أَنْ أَفْعَلَ ذَلِكَ بِهِ

Dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha, beliau berkata, “Apabila Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam hendak tidur, Baginda akan meniupkan ke telapak tangannya sambil membaca QUL HUWALLAHU AHAD (surah Al Ikhlas) dan Mu’awidzatain (Surah An Naas dan Al Falaq), kemudian Baginda mengusapkan ke wajahnya dan seluruh tubuhnya. Aisyah berkata, “Ketika sakit, Baginda menyuruhku melakukan hal itu (sama seperti ketika Baginda hendak tidur).“(HR. Bukhari no. 5748)


 Wallahu A’lam...
 

10 SEBAB DOA TERHIJAB


“Wahai Ibrahim Adham, kami telah berdoa kepada Allah, tetapi tidak diperkenankan-Nya lagi. Beritahulah kami apakah sebabnya?” Ibrahim Adham menjawab, terhijabnya doa disebabkan 10 perkara..”

1) Kamu mengenali Allah tetapi
 tidak menunaikan hakNya (perintahNya).

2) Kamu membaca al-Quran tetapi
 tidak beramal dengannya.

3) Kamu mendakwa iblis itu musuh
 kamu tetapi kamu menurut hasutannya.

4) Kamu mendakwa mencintai
 Rasulullah tetapi kamu meninggalkan
 amalan dan sunnahnya.

5) Kamu mendakwa mencintai syurga
 tetapi kamu tidak beramal untuk
 mendapatkannya.

6) Kamu mendakwa membenci neraka
 tetapi kamu tidak meninggalkan
 perbuatan dosa.

7) Kamu mendakwa mati itu benar
 tetapi kamu tidak bersedia untuk
 menghadapinya.

8) Kamu sibuk menceritakan
 keaiban orang lain tetapi kamu lupa
 keaiban diri sendiri.

9) Kamu makan rezeki Allah tapi
 kamu tidak mensyukurinya.

10) Kamu mengebumikan jenazah
 saudaramu tetapi kamu lupa mengambil
 ikhtibar daripadanya.

nauzubillah… mohonlah doa dengan sebaiknya… moga Dia menjawab segala permintaan kita insyaAllah..

 

FADHILAT MEMBACA SURAH AL-WAQIAH


Surah Al-Waqiah adalah surah yang ke -56 di dalam Al-Quran, terletak pada juzuk ke 27 dan terdiri dari 96 ayat. Dinamakan Al-Waqiah kerana diambil dari lafaz Al-Waqiah yang terdapat pada ayat pertama surah ini, yang ertinya kiamat.

Di dalam surah Al-Waqiah ini menerangkan tentang hari kiamat, balasan yang diterima oleh orang-orang mukmin dan orang-orang kafir. Diterangkan juga penciptaan manusia, tumbuh-tumbuhan dan api, sebagai bukti kekuasaan Allah SWT dan adanya hari berbangkit.

Al-Waqiah Surah Kekayaan

Surah Al-Waqiah memang terkenal dengan beberapa khasiatnya dan kelebihan tersendiri dan hadis mengenainya adalah sahih.

1. Dengan mewiridkan surah Al-Waqiah sebagai bacaan rutin setiap hari dan malam, maka Allah menjauhkan kefakiran selamanya. Sa’ad Al Mufti mengatakan, bahawa hadis ini sahih.

Rasulullah SAW bersabda:

Man qara’a suratal-Waqi’ati lam yaftaqir abada.
 “Sesiapa (membiasakan) membaca surah Al-Waqiah, maka ia tidak akan kefakiran selamanya.”


2. Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa membaca surah Al-Waqiah setiap hari, ia tidak akan ditimpa kefakiran.”

3. Daripada Ibnu Mas’ud r.a., Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa membaca surah Al-Waqiah setiap malam, maka dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya.” (HR: Al- Baihaqi)

4. Rasulullah SAW bersabda: “Ajarkanlah surah Al-Waqiah kepada isteri-isterimu. Kerana sesungguhnya ia adalah surah Kekayaan.” (Hadis riwayat Ibnu Ady)

5. Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang membaca surah Al-Waqiah setiap malam maka dia tidak akan tertimpa kefakiran dan kemiskinan selamanya. Dan surah Al-Waqi’ah adalah surah kekayaan, maka bacalah ia dan ajarkan kepada anak-anakmu semua.”


Menurut fatwa sebahagian Ulama’ katanya: “Sesiapa membaca surah Al-Waqiah pada setiap hari dan malam dalam satu majlis sebanyak 40 kali, selama 40 hari pula, maka Allah akan memudahkan rezekinya dengan tanpa kesukaran dan mengalir terus dari pelbagai penjuru serta berkah pula.”

Khasiat Surah Al-Waqiah
 
Di dalam surah Al-Waqiah terkandung beberapa fadhilat dan khasiat, antara lain:


1. Mereka yang membacanya sebagai wirid, Insya’Allah akan beroleh kesenangan selama-lamanya.

2. Bila orang membiasakan membaca surah ini setiap malam satu kali, maka dia dijauhkan dari kemiskinan selamanya.

3. Mereka yang membacanya sebanyak 14 X setiap lepas Solat Asar, Insya’Allah akan dikurniakan dengan kekayaan dan rezeki yang berlimpah ruah.

4. Jika dibaca surah ini sebanyak 41 X dalam satu majlis, Insya’Allah ditunaikan segala hajatnya khususnya yang berkaitan dengan rezeki.

5. Menjadi orang kaya yang sentiasa bersyukur, amalkan membaca surah ini sebanyak 3 X selepas Solat Subuh dan 3 X selepas Solat Isyak. Insya’Allah tidak akan berlalu masa setahun itu melainkan ia akan dijadikan seorang yang hartawan lagi dermawan.

6. Amalan orang-orang sufi, supaya dilimpahkan rezeki; Insya’Allah berhasil:
 •Hendaklah berpuasa selama seminggu bermula pada hari Jumaat.
 •Selepas tiap solat fardhu bacalah Surah Al-Waqiah sebanyak 25 kali sehinggalah sampai pada malam Jumaat berikutnya.
 •Pada malam Jumaat berikutnya, selepas solat Maghrib bacalah Surah Al-Waqiah sebanyak 25 kali dan selepas solat Isyak sebanyak 125 kali.
 •Diikuti dengan selawat ke atas Nabi sebanyak 1000 kali.
 •Setelah selesai, hendaklah ia memperbanyakkan sedekah.
 •Kemudian amalkanlah Surah Al-Waqiah ini sekali pada waktu pagi dan petang.

7. Selepas solat Isyak, ambillah segelas air lalu bacalah Surah Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqi’ah, ayat 35-38 sebanyak 7 X. Tiup dalam air dan minum. Dalam hati, niat untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga kita.

Makna Surah Al-Waqi’ah Ayat 35-38 ialah : “Sesungguhnya, Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa. Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya serta yang sebaya dengan umurnya.”

8. Surah Al-Waqiah ini jika dibaca di sisi mayat atau orang yang sedang nazak, Insya’Allah di permudahkan untuk roh keluar dari jasadnya. Jika dibaca disisi orang sakit, diringankan kesakitannya. Jika di tulis, kemudian dipakaikan kepada orang yang hendak bersalin, Insya’Allah segera melahirkan dengan mudah. Boleh juga dibaca di sisi orang yang hendak bersalin sebagai selusuh.


Petua Kaya Syeikh Abi’l Abbas

Menurut As’Syeikh Abi’l Abbas katanya; Dengan mengamalkan seperti berikut, Insya’Allah, ia akan menjadi orang kaya:


1. Bila hendak mengamalkan surah Al- Waqiah ini, terlebih dahulu berpuasa selama 7 hari, di mulai pada hari Jumaat berakhir pada hari Khamis. Buka puasanya hanya makan sayur-sayuran / tumbuhan sahaja (tidak memakan sesuatu yang bernyawa seperti tidak makan ikan, daging, segala haiwan).

2. Dalam 7 hari itu, sesudah solat fardhu, membaca surah Al-Waqiah sebanyak 25 X. Apabila bacaan tersebut di mulai setelah solat fardhu Subuh pada hari Jumaat pertama, maka diakhirilah pembacaan Al-Waqi’ah itu pada setelah fardhu Isyak pada Jumaat berikutnya.

3. Pada malam Jumaat terakhir ini hendaklah membaca surah Al-Waqiah sebanyak 125 X, kemudian berselawat 1000 X.


Insya’Allah, dengan mengamalkan surah Al-Waqiah seperti yang diberitahu dalam hadis-hadis Nabi SAW, kita akan memperolehi rezki yang banyak, supaya kita dapat menolong dan membantu orang lain yang memerlukan bantuan dan memperbanyakkan lagi amal jariah kita supaya dapat dibawa ke sana nanti.

Bacalah surah Al-Waqiah ini dengan hati yang ikhlas memohon rezki dariNya. Jangan berniat untuk kaya di dunia yang sementara. Dalam niat kita dengan rezeki yang banyak kita dapat beribadat kepadaNya dan membuat amal jariah. Barulah Allah SWT memperkenankan doa-doa kita.

.

.

والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته
 

MIMPI-MIMPI NABI MUHAMMAD S.A.W


Daripada Abdul Rahman Bin Samurah RA berkata, Nabi Muhammad SAW bersabda:
 “Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan……..”

1-Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datangi oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya,maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.

2-Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

3-Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.

4-Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikat Ahzab,tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.

5-Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya,ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.

6-Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka dengan MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA membolehkan dia menyertai kumpulan para nabi dan duduk di sebelahku.

7-Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-benderang.

8-Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidak pun membalas bicaranya,maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya,lalu berbicara mereka dengannya.

9-Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya, maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu terbentenglah muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.

Sabda Rasulullah SAW yang mulia, “sampaikanlah pesananku kepada umatku yang lain walaupun dengan sepotong ayat”..

 

FADHILAT MENYEBUT NAMA AL-SALAM


    AL- SALAM
 

Al- Salam, bagi Allah beerti terpelihara zat-Nya, sifat-Nya, perbuatan-Nya dari sebarang kekurangan, keaiban dan kecacatan dari sifat- sifat yang tidak layak dengan kesempurnaan-Nya.

Daripada nama al- Salam ini diambil perkataan al- Salamah yang beerti terselamat dan aman dari sebarang ketakutan.


Rasulullah S.a.w menyifatkan orang Islam itu dalam sabdanya yang diriwayatkan daripada Jabir:


Maksudnya: "Orang Islam ialah orang yang memelihara lidah dan tangannya hingga orang Islam lain terselamat daripada kedua- duanya."

(Riwayat Imam Muslim)


Al- Salam ini juga diambil dari perkataan al- Islam yang beerti agama Islam sebagaiman firman Allah S.w.t:

Maksudnya: " Sesungguhnya agama di sisi Allah ialah Islam."
(Surah Aali 'Imraan: 19)

Rahsia dan keistimewaan nama ini:
Orang- orang Islam yang menyebut nama ini akan mendapat tiga perkara dari saudaranya:

1. Jika ia tidak mendatangkan faedah krpadanya, maka ia tidak akan memudaratkannya.

2. Jika ia tidak menyukakannya, nescaya ia tidak akan mendukacitakannya.

3. Jika ia tidak memujinya, nescaya ia tidak akan mencelanya.

Wallahu a'lam.

DOA BANGUN TIDUR


اَلْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِيْ أَحْيَانَا بَعْدَمَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُوْرُ

Segala puji hanyalah untuk Allah yang telah menghidupkan kami setelah Dia mematikan kami. Kepada- Nyalah tempat kembali.

DOA SEBELUM TIDUR


بِسْمِكَ اللَّهُمَّ أَمُوْتُ وَأَحْيَى
Dengan nama-Mu, Ya Allah, aku mati dan aku hidup.

CARA MALAIKAT MENGAMBIL NYAWA

Di antara malaikat ada yang ditugaskan mengambil nyawa manusia dengan cara- cara yang tertentu.

Cara malaikat mengambil nyawa orang Mukmin

Allah S.w.t berfirman dalam surah Al-Nahl ayat 32 yang di antara maksud- maksudnya:
Orang- orang yang bertaqwa diambil nyawa mereka oleh malaikat dengan keadaan serba baik, mereka diberikan oleh malaikat yang tersebut berita gembira dengan katanya: " Selamat sejahteralah engkau dari segala yang mendukacitakanmu, masuklah ke dalam syurga yang Allah janjikan engkau mendapatnya dengan amal- amal baik yang engkau telah lakukan.

Allah S.w.t juga berfirman dalam surah Fussilat ayat 30, yang di antara maksud- maksudnya:
 Orang yang mengaku keesaan Allah dan "Rububiah"Nya serta terus melakukan apa yang dikehendaki dan dituntut oleh akuannnya itu, sentiasalah malaikat turun membantu mereka dengan memberi ilham, membuka jalan- jalan kebajikan sehingga bila sampai ajalnya, datanglah malaikat yang hendak mengambil nyawanya, memberi perangsang kepadanya supaya jangan takut menghadapi segala peringkat keadaan hari akhirat, dan jangan pula berdukacita meninggalkan segala apa jua yang disukai di dunia ini, serta menyuruh mereka bergembira dengan mendapat syurga yang dijanjikan Allah sebagai penghargaan kepada kebaikkan yang mereka telah amalkan.

Cara malaikat mengambil nyawa orang kafir dan orang zalim.

Allah S.w.t berfirman dalam durah Al- An'am, ayat 93, dan dalam surah Al-Anfal, ayat 50, dan juga dalam surah Muhammad S.a.w, ayat 27 yang di antara maksud- maksudnya:

Orang- orang yang berlaku zalim menganiaya dirinya sendiri atau makhluk- makhluk yang lain, amatlah dahsyat keadaannya pada ketika masing- masing menderita "Sakaratul maut" sekiranya masing- masing tidak bertaubat sebelum itu, tiap- tiap seorang diseksa oleh malaikat yang datang hendak mengambil nyawanya dengan memukul muka dan seluruh badannya sambil malaikat itu berkata kepadanya:" Keluarkanlah dan lepaskanah dirimu dari penderitaan ini kalau engkau dapat berbuat demikian; pada saat ini bermulalah masa engkau menerima balasan azab siksa yang menghinakanmu kerana engkau telah mengatakan yang bukan- bukan terhadap Allah serta pula engkau telah berlaku sombong takbur, tidak mahu menerima dan tidak mematuhi ayat-ayat perintah Allah."

Apabila masing- masing diambil nyawanya oleh malaikat sambil memukul muka dan seluruh badannya, tidaklah ada sebarang cara yang boleh mereka lakukan untuk melepaskan diri dari azab yang dijanjikan oleh Allah baginya.

Ayat- ayat yang tersebut mengingatkan kita supaya segera bertaubat dan kembali ke jalan yang diredhai Allah, bersiap sedia dengan bekalan akhirat sebelum sampai ajal yang tidak seorangpun mengetahui bilakah masa datangnya. Mudah- mudahan dengan berbuat demikian dapatlah kita mengadap Allah S.w.t  dengan sepenuh perasaan gembira dan tenang tenteram. Aameen..

Wallahu a'lam...


 

AMAL-AMAL ORANG KAFIR TIDAK DITERIMA

 Allah S.w.t berfirman di dalam Al-Quran:

۞وَقَالَ ٱلَّذِينَ لَا يَرۡجُونَ لِقَآءَنَا لَوۡلَآ أُنزِلَ عَلَيۡنَا ٱلۡمَلَٰٓئِكَةُ أَوۡ نَرَىٰ رَبَّنَاۗ لَقَدِ ٱسۡتَكۡبَرُواْ فِيٓ أَنفُسِهِمۡ وَعَتَوۡ عُتُوّٗا كَبِيرٗا

Those who do not hope to meet Us say: "Why are no angels sent down to us, or why do we not see our Lord?" They are full of self-conceit and behave with intense arrogance.

Dan orang yabg tidak mengharapkan pertemuan dengan Kami (di akhirat)¹ berkata:" Mengapa bukan para malaikat yang diturunkan kepda kita atau (mengapa) kita (tidak) melihat tuhan kita?" Sesungguhnya mereka telah menyombongkan diri mereka dan benar- benar melampaui batas (dalam melakukan kezaliman)
(Surah Al-Furqan:21)


يَوۡمَ يَرَوۡنَ ٱلۡمَلَٰٓئِكَةَ لَا بُشۡرَىٰ يَوۡمَئِذٖ لِّلۡمُجۡرِمِينَ
وَيَقُولُونَ حِجۡرٗا مَّحۡجُورٗا

The day they see the angels there will be no happy tidings for the sinners; and they will say: "There is an insurmountable barrier!"

(Ingatlah) pada hari (ketika) mereka melihat para malaikat, pada hari itu tidak ada khabar gembira bagi orang yang berdosa dan mereka berkata: "Hijran mahjura"²
(Surah Al-Furqan:22)


وَقَدِمۡنَآ إِلَىٰ مَا عَمِلُواْ مِنۡ عَمَلٖ فَجَعَلۡنَٰهُ هَبَآءٗ مَّنثُورًا

We shall turn to their deeds and scatter them like particles of dust.

Dan Kami akan perlihatkan segala amal³ yang mereka kerjakan, lalu Kami akan jadikan amal itu (bagaikan) debu yang berterbangan.
(Surah Al-Furqan:23)

¹. Di hari mereka menemui kematian atau hari kiamat.
². Ini satu ungkapan yang biasa disebut oleh orang Arab ketika menemui musuh yang tidak dapat dielakkan lagi atau ketika ditimpa sesuatu bencana yang tidak dapat dihindari. Ungkapan ini beerti "Semoga saya terhndar daripada bahaya ini". 
³. Amal yang mereka kerjakan di sini ialah amal- amal baik yang mereka kerjakan di dunia. Amal- amal itu tidak dibalas oleh Allah S.w.t kerana mereka tidak beriman.

 

GANGGUAN KETIKA MENUNAIKAN SOLAT


Antara gangguan ketika menunaikan solat adalah:

1) Berasa was-was ketika melakukan takbiratul ihram

Saat membaca takbiratul ihram, ‘Allahu Akbar’, seseorang akan berasa ragu-ragu apakah takbir yang dilakukannya itu sah atau belum sah.

Sehingga dia mengulanginya sekali lagi dengan membaca takbir. Perasaan itu akan berterusan kadang-kadang sampai imam hampir rukuk.

Ibnu Qayyim berkata, “Termasuk tipu daya syaitan yang banyak mengganggu mereka adalah was-was dalam bersuci (berwuduk) dan niat atau saat takbiratul ihram dalam solat”. Was-was itu membuat mereka terseksa.

2) Tidak memberi tumpuan ketika membaca bacaan dalam solat.

Sahabat Rasulullah, Uthman bin Abil ‘Ash datang kepada Rasulullah dan mengadu, “Wahai Rasulullah, sesungguhnya syaitan hadir dalam solatku dan membuat bacaanku salah.” Rasulullah menjawab, “Itulah syaitan yang disebut dengan khinzib.

“Apabila kamu berasakan kehadirannya, ludahlah ke kiri tiga kali dan berlindunglah kepada Allah. Aku pun melakukan hal itu dan Allah SWT gangguan itu dariku” (Hadis Riwayat Muslim).

3) Lupa jumlah rakaat yang dikerjakan

Abu Hurairah r.a berkata, “Sesungguhnya Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Jika seorang daripada kalian solat, syaitan akan datang kepadanya untuk menggoda sampai mereka tidak tahu berapa rakaat yang dikerjakan. Apabila seorang daripada kalian mengalami hal itu, hendaklah ia sujud dua kali (sujud sahwi) saat ia masih duduk dan sebelum salam, setelah itu baru mengucapkan salam.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).

4) Hadirnya fikiran yang memalingkan tumpuan

Abu Hurairah berkata, “Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Apabila dikumandangkan azan solat, syaitan akan berlari seraya terkentut-kentut sampai ia tidak mendengar suara azan.

Apabila muazin selesai azan, ia kembali lagi dan jika iqamat dikumandangkan dia berlari. Apabila selesai iqamat, dia kembali lagi.

Ia akan selalu bersama orang yang solat seraya berkata kepadanya,’Ingatlah apa yang tadinya tidak kamu ingat!’ Sehingga orang itu tidak tahu berapa rakaat ia solat.” (Hadis Riwayat Bukhari).

5) Tergesa-gesa menyelesaikan solat

Ibnu Qayyim berkata: “Sesungguhnya tergesa-gesa itu datang daripada syaitan, kerana tergesa-gesa adalah sifat gelabah yang menghalangi seseorang untuk berhati-hati, tenang dan santun serta meletakkan sesuatu pada tempatnya.

Tidak ada ketenangan atau thuma’ninah. Pada zaman Rasulullah ada orang solat dengan tergesa-gesa. Akhirnya Rasulullah memerintahkannya untuk mengulanginya kerana solat yang ia kerjakan belum sah.

Rasulullah bersabda kepadanya, “Apabila kamu solat, bertakbirlah (takbiratul ihram). Lalu bacalah daripada al-Quran yang mudah bagimu, lalu rukuklah sampai kamu benar-benar rukuk (thuma’ninah), lalu bangkitlah daripada rukuk sampai kamu tegak berdiri.

Kemudian sujudlah sampai kamu benar-benar sujud (thuma’ninah) dan lakukanlah hal itu dalam setiap rakaat solatmu.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).

6) Melakukan gerakan yang tidak perlu

Dahulu ada seorang sahabat yang bermain kerikil ketika sedang tasyahud. Ia membolak-balikkannya. Melihat hal itu, Ibnu Umar segera menegurnya selepas solat.

“Jangan bermain kerikil ketika solat kerana perbuatan itu berasal daripada syaitan. Tapi kerjakan seperti apa yang dikerjakan Rasulullah”. Orang itu bertanya, “Apa yang dilakukannya? “Kemudian Ibnu Umar meletakkan tangan kanannya di atas paha kanannya dengan jari telunjuk menunjuk ke arah kiblat atau tempat sujud. “Demikianlah saya melihat apa yang dilakukan Rasulullah s.a.w,” kata Ibnu Umar (Hadis Riwayat Tirmidzi).

7) Melihat ke kiri atau ke kanan ketika solat

Sedar atau tidak, jika seseorang itu melihat ke kiri atau ke kanan, itu akibat godaan syaitan yang menggoda. Kerana itu, selepas takbiratul ihram, pusatkan pandangan pada satu titik iaitu tempat sujud. Sehingga perhatian kita menjadi fokus dan dicuri syaitan. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Aisyah beliau berkata, “Saya bertanya kepada Rasulullah hukum melihat ketika solat”. Rasulullah menjawab, “Itu adalah curian syaitan atas solat seorang hamba.” (Hadis Riwayat Bukhari).

8) Menguap dan mengantuk

Rasulullah bersabda bermaksud: “Menguap ketika solat itu daripada syaitan. Kerana itu, apabila kamu ingin menguap, tahanlah.” (Hadis Riwayat Thabrani).

Dalam riwayat lain Rasulullah bersabda, “Ada pun menguap itu datangnya daripada syaitan, hendaklah seseorang mencegahnya (menahannya) selagi boleh. Apabila ia berkata ‘ha…’ bererti syaitan tertawa dalam mulutnya” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).

9) Bersin berulang kali ketika solat

Syaitan ingin mengganggu kekhusyukan solat dengan bersin sebagaimana yang dikatakan Abdullah bin Mas’ud, “Menguap dan bersin dalam solat itu daripada syaitan.” (Riwayat Thabrani).

Ibnu Mas’ud berkata, “Bersin yang tidak disenangi Allah adalah yang terjadi dalam solat sedangkan bersin di luar solat itu tetap disenangi Allah. Hal itu tidak lain kerana syaitan memang ingin mengganggu solat seseorang dengan pelbagai cara.”

10) Terasa ingin buang angin atau buang air

Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Apabila seorang daripada kalian bimbang apa yang dirasakan di perutnya apakah keluar sesuatu daripadanya atau tidak, janganlah sekali-kali ia keluar dari masjid sampai ia yakin mendengar suara (keluarnya angin) atau mencium baunya” (Hadis Riwayat Muslim).

Berbahagialah orang Muslim yang selama ini terbebas daripada pelbagai macam gangguan syaitan dalam solat mereka. Semoga kita semua dibebaskan Allah daripada gangguan berkenaan.

Bagi yang berasakan gangguan itu, sebahagian atau keseluruhannya, janganlah putus asa untuk berjihad melawan syaitan terkutuk.

 

ADAB- ADAB KETIKA MEMBACA AL-QURAN


WAJIB bagi kita menghalalkan apa yang dihalalkan al-Quran dan mengharamkan apa yang diharamkannya. Diwajibkan pula beradab dengannya dan berakhlak terhadapnya.

Ketika membaca al-Quran, seorang Muslim perlu memperhatikan adab berikut untuk mendapatkan kesempurnaan pahala dalam membacanya.

• Membacanya dalam keadaan sempurna, suci daripada najis dan dengan duduk yang sopan dan tenang. Dianjurkan agar pembaca berada dalam keadaan suci.
 Imam Haromain berkata: “Orang yang membaca al-Quran dalam keadaan najis, dia tidak dikatakan mengerjakan hal yang makruh akan tetapi dia meninggalkan sesuatu utama”.

• Membacanya dengan perlahan (tartil) dan tidak cepat agar dapat menghayati ayat yang dibaca.

 Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Siapa saja yang membaca al-Quran (khatam) kurang dari tiga hari, bererti dia tidak memahami.” (Hadis Riwayat: Ahmad dan penyusun Kitab Sunan)

Sebahagian kelompok daripada generasi pertama membenci pengkhataman al-Quran sehari semalam berdasarkan hadis di atas. Rasulullah memerintahkan Abdullah Ibnu Umar untuk mengkhatamkan al-Quran setiap satu minggu (tujuh hari) (Muttafaq Alaih). Ini dilakukan Abdullah bin Mas’ud, Uthman bin Affan, Zaid bin Tsabit. Mereka mengkhatamkan al-Quran sekali dalam seminggu.

• Membaca al-Quran secara khusyuk dengan menangis kerana sentuhan pengaruh ayat yang dibaca yang menyentuh jiwa dan perasaan.
 Dalam hal ini, Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Bacalah al-Quran dan menangislah, apabila kamu tidak menangis maka usahakan menangis kerana ayat yang engkau baca.” (Hadis Riwayat: Al-Bazzar)

Allah s.w.t juga menjelaskan sebahagian daripada sifat hamba-Nya yang soleh dengan firman-Nya yang bermaksud: “Dan mereka segera tunduk sujud itu sambil menangis, sedang Al-Quran menambahkan mereka khusyuk.” (Surah Al-Isra’: Ayat 109)

• Membaguskan suara membacanya, sebagaimana sabda Rasulullah yang bermaksud: “Hiasilah al-Quran dengan suaramu.” (Hadis Riwayat: Ahmad, Ibnu Majah & Al-Hakim). Dalam hadis lain dijelaskan: “Tidak termasuk umatku orang yang tidak melagukan al-Quran.” (Hadis Riwayat: Al-Bukhari dan Muslim)

Maksud hadis di atas ialah membaca al-Quran dengan susunan bacaan yang jelas dan terang makhroj hurufnya, panjang pendeknya bacaan, tidak sampai keluar daripada ketentuan kaedah Tajwid.

• Membaca al-Quran dimulai dengan isti’adzah. Allah berfirman yang bermaksud: “Dan bila kamu akan membaca al-Quran, maka mintalah perlindungan kepada Allah daripada (godaan-godaan) syaitan yang terkutuk.” (Surah An-Nahl: Ayat 98)

• Apabila ayat yang dibaca dimulai dari awal surah, selepas isti’adzah terus membaca Basmalah dan apabila tidak di awal surah cukup membaca isti’adzah. Khusus untuk surat At-Taubah, walaupun dibaca mulai awal surat tidak perlu membaca Basmalah. Cukup dengan membaca isti’adzah saja.

• Membaca al-Quran dengan berusaha mengetahui ertinya dan memahami inti daripada ayat yang dibaca dengan beberapa kandungan ilmu yang ada di dalamnya. Firman Allah bermaksud: “Maka apakah mereka tidak memperhatikan al-Quran, ataukah hati mereka terkunci?” (Surah Muhammad: Ayat 24)

• Membaca al-Quran dengan tidak mengganggu orang sedang solat, dan tidak perlu membacanya dengan suara yang terlalu keras atau di tempat yang banyak orang. Bacalah dengan suara atau dalam hati secara khusyuk. Rasulullah bersabda bermaksud: “Orang yang terang-terangan (di tempat orang banyak) membaca al-Quran, sama dengan orang yang terang-terangan dalam sedekah.” (Hadis Riwayat Tirmidzi, Nasa’i, dan Ahmad)

Dalam hadis lain dijelaskan: “Ingatlah bahawa setiap hari dari kamu munajat kepada Rabbnya, maka janganlah salah satu daripada kamu mengganggu yang lain, dan salah satu daripada kamu tidak boleh mengangkat suara atas yang lain di dalam membaca (al-Qur’an).” (Hadis Riwayat: Abu Dawud, Nasa’i, Baihaqi dan Hakim)

Jangan jadikan ibadah yang kita lakukan sia-sia kerana kita tidak mengendahkan sunnah Rasulullah dalam melaksanakan ibadah membaca al-Quran.

Misalnya, membaca dengan suara keras pada larut malam, yang akhirnya mengganggu orang yang istirahat dan solat malam.

• Dengarlah bacaan al-Quran. Jika ada yang membaca al-Quran, maka dengarlah bacaannya itu dengan tenang. Allah berfirman yang bermaksud: “Dan tatkala dibacakan al-Quran, maka dengarlah dan diamlah, semoga kamu diberi rahmat.” (Surah Al-A’raaf: Ayat 204)

• Membaca dengan saling bergantian. Membaca al-Quran, boleh dilakukan secara bergantian dan yang mendengarnya haruslah dengan khusyuk dan tenang. Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Tidaklah berkumpul suatu kaum di dalam rumah Allah, mereka membaca al-Quran dan saling mempelajarinya kecuali akan turun atas mereka ketenangan dan mereka diliputi oleh rahmat (Allah), malaikat menyertai mereka, dan Allah membanggakan mereka di kalangan (malaikat) yang ada di sisi-Nya.” (Hadis Riwayat: Abu Dawud)

• Melakukan sujud Tilawah (sujud Sajdah) pada saat selesai membaca ayat Sajdah, pada bila-bila masa saja, baik siang ataupun malam, jika pembacanya belum batal daripada wuduk. Tatacara pelaksanaannya dimulai daripada takbir, lalu sujud, kemudian membaca “Subhaana Rabbiyal A’laa”’ (Maha Suci Rabb-ku Yang Maha Tinggi), lalu dilanjutkan dengan doa sujud Tilawah. Selepas itu bangkit daripada sujud tanpa takbir dan salam, kerana tidak ada riwayat daripada Nabi s.a.w mengenai hal itu, kecuali jika sujud Tilawah itu dilakukan di tengah-tengah pelaksanaan solat, maka ia bertakbir ketika sujud dan bangkit daripada sujud.

• Berdoa selepas membaca al-Quran. Dalam sebuah riwayat dijelaskan, bahawa sahabat apabila khatam membaca al-Quran, mereka berkumpul untuk berdoa dan mengucapkan: “Semoga rahmat turun atas selesainya membaca al-Quran.”

Sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a dijelaskan bahawa apabila dia sudah khatam membaca Al-Quran, dia mengumpulkan keluarganya dan berdoa. (Hadis Riwayat: Abu Dawud)

Setiap orang Islam wajib mengatur hidupnya sesuai dengan tuntutan al-Quran. Ia harus dipelihara kesucian dan kemuliaannya, serta dipelajari dan difahami ayat-ayatnya.

Pelaksanaan ini adalah sebagai tanda kita beriman kepada al-Quran.
 

10 ORANG SOLAT TIDAK DITERIMA


Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud : “Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya.” (Tabyinul Mahaarim)

Rasulullah S.A.W telah bersabda bahwa : “10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T, antaranya :

1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.

2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.

3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.

4. Orang lelaki yang melarikan diri.

5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).

6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.

7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.

8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.

9. Orang-orang yang suka makan riba’.

10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar.”

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : “Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S.W.T dan jauh dari Allah.”

Hassan r.a berkata : “Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk.”

ALLAH NAME WITH ROSES








SAVE FROM THE FIRE


 





ALLAH IS ONE





FADHILAT MEMBACA SURAH AD-DUKHAN


Surah Ad-Dukhan (bahasa Arab:الدخان) adalah surah ke 44 dalam Al-Qur’an. Surah ini tergolong surah ‘makkiyah’ yang terdiri atas 59 ayat. Dinamakan Ad-Dukhan kerana kata Ad-Dukhan yang terdapat pada ayat 10 yang bererti ‘Kabut, Jerubu atau Asap’.

Ia mengandungi amaran Allah S.w.t terhadap kaum kafir musyrik yang menetang Nabi Muhammad S.a.w bahawa mereka akan ditimpakan azab sengsara semasa langit membawa asap kemarau yang menyebabkan kebuluran yang amat dashyat.


Menurut riwayat Bukhari secara ringkas dapat diterangkan sebagai berikut:

Orang-orang kafir Mekkah telah melampaui batas dalam penentangan dan menghalangi agama Islam, dengan menyakiti dan mendurhakai Nabi Muhammad S.a.w, kerana itu Nabi S.a.w berdoa kepada Allah S.w.t agar diturunkan azab. Sebagaimana Doa Nabi Yusuf a.s. dikabulkan Allah ke atas orang-orang yang derhaka kepada Baginda a.s. dengan musim kemarau yang panjang, sehinggakan orang-orang kafir memakan tulang dan bangkai kerana kelaparan.

Mereka selalu menengadah ke langit mengharap pertolongan Allah S.w.t, tetapi tidak satupun yang mereka lihat kecuali kabut jerubu yang menutupi pandangan mereka.

Akhirnya mereka datang kepada Nabi, agar Nabi memohon kepada Allah supaya hujan diturunkan. Setelah Allah S.w.t mengabulkan doa Nabi dan hujan diturunkan, mereka kembali kafir seperti asal, kerana itu Allah menyatakan bahawa mereka nanti akan diazab dengan azab yang pedih.


Menurut tafsir Ahmad Sonhadji, surah ini diturunkan di Makkah selepas turunnya surah az-Zukhruf, Ad-Dukhan ertinya asap.

Dinamakan surah ini Ad-Dukhan kerana Allah menjadikan asap tebal seperti kabus hitam yang menutupi langit menyebabkan cuaca gelap bagi menakutkan atau memberi peringatan kepada yang tidak mahu percaya kepada hari kiamat dan pembalasan; sebagaimana yang Allah nyatakan dalam ayat 10 dalam surah ini;
Oleh itu tunggulah (wahai Muhammad) semasa langit membawa asap kemarau yang jelas nyata (yang menyebabkan kebuluran yang dahsyat). (Ad-Dukhan; Ayat:10)

Terdapat beberapa hadis Rasulullah S.a.w yang menyatakan fadhilat, faedah dan hikmah bagi mereka yang mengamalkan membaca surah Ad Dukhan ini, diantaranya:

1. Dari Khalil bahawa Rasulullah Sa.w bersabda: “Di dalam Al Quran terdapat 7 surah yang dimulai dengan Haa Miim, akan datang di depan setiap pintu neraka jahanam dan memohon kepada Allah S.w.t dengan katanya; “Ya Allah! Janganlah Dikau masukkan ke dalam neraka ini orang yang percaya kepadaku dan membacaku.” (HR: Al Baihaqi).

2. Daripada Zaid Ibnu Haritsah r.a, sesungguhnya Rasulullah S.a.w bersabda kepada Ibnu Zayyad; “Sesungguhnya aku simpan sesuatu, maka apakah ia?. Maka Nabi S.a.w simpan baginya surah Ad-Dukhan, maka baginda bersabda dia ialah (Ad-Dukhan) dan bersabda lagi; Pergilah. Masyaallah, kemudian dia pergi”.

3. Dari Abi Ja’far r.a., beliau berkata, Rasulullah S.a.w bersabda: “Orang yang membaca surah Ad-Dukhan dalam solat-solat fardhu dan nafilahnya (sunatnya), maka Allah akan membangkitkannya bersama orang-orang yang mendapatkan penjagaan Allah pada hari Kiamat, menaunginya di bawah Arsy-Nya, menghisabnya dengan mudah dan memberi kitab (catatan amal) nya dari sebelah kanannya.” (HR: Abu Hamzah Tsumali)

Malam Jumaat

1. Daripada Abi Hurairah r.a berkata, Nabi S.a.w bersabda: “Sesiapa membaca “Haa Miim – Ad Dukhan” pada malam Jumaat; maka diberi keampunan baginya”. (HR: Ibnu Katsir).

2. Dari Umamah pula menyatakan bahawa Rasulullah S.a.w pernah bersabda: “Sesiapa yang membaca surah Ad Dukhan pada malam atau hari Jumaat maka Allah akan membinakan sebuah rumah dalam syurga.” (HR: At Tabrani).

3. Disebutkan dalam tafsir al-Burhan, dari Nabi S.a.w bersabda; “Orang yang membacanya (surah ad-Dukhan) pada malam Jumaat, maka akan diampuni dosa-dosanya yang telah lalu.”Baginda S.a.w juga bersabda, “Orang yang membaca surah ad-Dukhan pada malam Jumaat akan dimintakan ampun (atas dosa-dosanya) menjelang paginya oleh tujuh puluh ribu Malaikat.”


Membaca Surat Ad-Dukhan, dimohonkan ampun oleh Malaikat.

1. Rasulullah S.a.w bersabda: “Sesiapa membaca Ad-Dukhan setiap malam, maka tujuh puluh ribu (70.000) malaikat memohon ampun untuknya.” (HR. Tirmidzi).

2. Daripada Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah S.a.w telah bersabda: “Sesiapa yang membaca surah “Haamim – Ad Dukhan” pada waktu malam; maka esoknya 70 ribu malaikat akan meminta ampun baginya“. (HR.Ibnu Katsir)

3. Rasulullah SAW bersabda : “Sesiapa membaca Ad-Dukhan di waktu malam, maka 70.000 malaikat memohon ampun untuknya.” (HR. Tirmidzi).



Khasiat Ayat-Ayat Surah Ad-Dukhan
 1.Mengamalkan membaca keseluruhan surah Ad-Dukhan ini, akan terselamat dari segala gangguan.
 2.Khasiat ayat 1-8 – Membantu membinasakan musuh.
 3.Khasiat ayat 12– Dijauhkan daripada ditimpa bala.
 4.Khasiat ayat 68-73 - Dapat membantu memenangi berhujah.


Mudah-mudahan kita sentiasa dapat membaca surah Ad-Dukhan bersekali dengan Surah Yasin, pada malam Jumaat agar kita terselamat dari huru hara di Padang Mahsyar. Surah Ad-Dukhan yang mengandungi 59 ayat ini dikaitkan dengan memohon keampunan dan elok difahami erti dan maksudnya. Dan istimewanya membaca Surah Ad-Dukhan juga, Malaikat akan memohon ampun untuk pembacanya.

.

.والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته
 

FADHILAT MENYEBUT NAMA AL-QUDDUS


AL- QUDDUS
 

Al- Quddus, bagi Allah bererti Allah itu bersih dari segala sifat kekurangan dan kecacatan.

Diriwayatkan daripada 'Aisyah R.a, bahawa Rasulullah S.a.w membaca ketika ruku' dan sujudnya:

Maksudnya:

"Dia Maha Suci, Dia Maha Kudus, Dia Tuhan (yang disembah) oleh malaikat dan roh (Jibrail)."

(Riwayat Imam Muslim)


Rahsia dan keistimewaan nama ini:

Seluruh anggota serta pancaindera tidak akan melihat kemaksiatan ketika menyebutnya, mata akan terhindar daripada melihat yang haram, telinga akan terhindar dari mendengar perkataan yang dimurkai Allah,  kerana nama ini mempunyai kesan yang mendalam terhadap anggota serta pancaindera badan. Oleh yang demikian, sesiapa yang ingin untuk menghindarkan diri dari syahwat atau nafsu badan dan kemaksiatan, hendaklah ia selalu menyebut nama ini, mudah- mudahan Allah menjauhkan dirinya dari godaan syaitan.


Wallahu a'lam.
 

FADHILAT DI BULAN REJAB


Fadhilat Bulan Rejab


1. Sabda Nabi S.a.w: "Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan du hari Qiamat. (Al- Hadis)

2. Sabda Nabi S.a.w: "Bulan Rejab bulan Allah, bulan Syaaban bulanku dan bulan Ramadhan adalah bulan umatku." (Al- Hadis)

3. Kemuliaan Rejab dengan malam Israk Mikrajnya, Syaaban dengan malam nisfunya, Ramadhan dengan Lailatul- Qadarnya." (Al- Hadis)

4. Malam awal Rejab mustajab doanya (dalam kitab Raudhoh Imam Nawawi).

5. Puasa 1 hari di dalam bulan Rejab mendapat syurga yang tertinggi (Firdaus). Puasa 2 hari dilipatgandakan pahalanya. (Al- Hadis)

6. Puasa 3 hari pada bulan Rejab dijadikan parit yang panjang yang menghilang dia ke neraka (panjangnya setahun perjalanan). (Al- Hadis)

7. Puasa 4 hari pada bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan daripada penyakit yang besar- besar, dan daripada fitnah dajal di hari Qiamat. (Al- Hadis)

8. Puasa 5 hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur. Puasa 6 hari pada bulan Rejab keluar daripada kubur bercahaya mukanya. (Al-Hadis)

9. Puasa 7 hari pada bulan Rejab ditutup daripadanya 7 pintu neraka. (Al- Hadis)

10. Puasa 8 hari pada bulan Rejab dibuka baginya 8 pintu syurga.

11. Puasa 9 hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu menyeru: (La ilaa ha illallah), tidak ditolak dia masuk ke syurga. (Al- Hadis)

12. Pusa 10 hari pada bulan Rejab Allah jadikan baginya hamparan perhentian di titi Siratulmustaqim pada tiap- tiap satu batu. (Al- Hadis)

13. Puasa 16 belas hari bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga. (Al- Hadis)

14. Puasa 19 hari pada bulan Rejab dibina baginya sebuah mahligai Nabi Allah Ibrahim dan Nabi Allah Adam. (Al- Hadis)

15. Pusa 20 hari pada bulan Rejab  diampunkan segala dosanya yang telah lalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggal daripada umurnya (pembaharuan umur). (Al- Hadis)

16. Berakata Sayidina Ali:
 • Puasa Rejab 13 hari seperti puasa 3000 tahun.
 • Puasa Rejab 14 hari seperti puasa 10000 tahun.
 • Puasa Rejab 15 hari seperti puasa 100 000 tahun.

17. Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Quran atas segala Qalam.

18. Puasa sehari pada bulan Rejab seperti puasa 40 tahun dan diberi minum air dari syurga.

19. Puasa 10 hari pada bulan Rejab dijadikan dua sayap, terbang seperti kilat di atas titi Siratulmustaqim di hari kiamat. (Al- Hadis)

20. Puasa sehari pada bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumurnya. (Al- Hadis).
 Berseru dari langit:

Gembiralah kamu dengan kemuliaan yang besar: dan diminumkan dia ketika hendak mati. Mati dengan puasa, masuk kubur dengan puasa, keluar kubur dengan puasa, dan masuk Syurga dengan puasa (Al- Hadis), lepas dari azab kubur (Al- Hadis)- (berpuasa pada siang hari dan beribadat pada malamnya).

21. Bulan Rejab Syahrullah (Bulan Allah), diampunkan dosa orang- orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah. Puasa bulan Rejab wajib baginya:

(a) diampunkan dosanya yang lalu.
 (b) dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal.
 (c) terlepas dari dahaga di hari kiamat. (Al- Hadis)

22. Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya, seperti puasa pahalanya. (Al- Hadis)

23. Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap- tiap hari sekurang- kurangnya sebiji roti. (Al- Hadis)

24. Siapa bersedekah pada bulan Rejab seperti sedekah 1000 dinar, dituliskan kepadanya tiap sehelai bulu roma jasadnya 1000 kebajikan, diangkat 1000 darjat, dihapus seribu kejahatan. (Al- Hadis)

25. Tiap sehari puasanya pada bulan Rejab dan sedekahnya pada bulan Rejab seperti ibadat 1000 Haji dan Umrah. Dibina 1000 mahligai, 1000 bilik dan 1000 bidadari, lebih cantik daripada matahari 1000 kali, kerana keistimewaan bulan Rejab, bulan Allah. (Al- Hadis)

26. Bersedekah pada bulan Rejab dijauhkan Allah daripada api nerak, kerana kemuliaan bulan Rejab, bulan Allah. (Al- Hadis)

27. Allah jadikan di belakang bukit Jabal Qaf bumi, yang putih yang penuh dengan Malaikat dengan panji- panji berhimpun pada tiap malam Rejab meminta ampun oleh mereka kepada umat Muhammad. Allah menjawab: Telah aku ampunkan mereka! (Al- Hadis)

28. Barangsiapa meminta ampun (beristighfar) kepada Allah pagi dan petang 70 kali atau 100 kali, pada bulan Rejab diharamkan tubuhnya daripada api neraka. (Al- Hadis)

29. Sesiapa berpuasa sebulan pada bulan Rejab, Allah berseru kepadanya: " Telah wajib hakmu atasKu, maka mintalah olehmu kepadaKu." Demi ketinggianKu dan KebesaranKu, tiada Aku tolakkan hajatmu. Engkau adalah jiranKu di bawah 'arasyKu, engkau kekasihKu daripada segala makhlukKu, engkau terlebih.

30. Rejab bulan menabur benih.
Syaaban bulan menyiram tanaman.
Ramadhan bulan menuai.

31. Rejab mensucikan badannya.
Syaaban menyucikan hatinya.
Ramadhan mensucikan rohnya.

32. Rejab bulan maghfirah (keampunana).
Syaaban bulan syafaat.
Ramadhan bulan menggadakan kebajikan.
33. Rejab bulan taubat.
Syaaban bulan muhibbah.
Ramadhan dilimpahi pahala amalan seperti hujan mencurah banyaknya.

34. Rejab diganda 70 pahala.
Syaaban diganda 700 pahala.
Ramadhan diganda 1000 pahala

Amalan Bulan Rejab
1. Berpuasa dan bacalah:

لااِلهَ اِلَّااللهُ قَبْلَ كُلِّ أَحَد, لاَاِلهَ اِلَّااللهُ بَعْدَ كُلِّ اَحَد, لاَاِلَهَ اِلَّااللهُ يَبْقَى رَبُّنَا وَيَفنَى كُلُّ اَحَدْ
(10 kali setiap hari)

2. Sembahyang- sembahyang sunat mengiringi fardhu, sesudah sembahyang fardhu.
3. Sembahyang sunat Isyrak, sembahyang sunat Dhuha, sembahyang sunat Tasbih.
4. Berdoa memohon keampunan dan taubat, minta diterima amal ibadat, minta srlamat di funia dan di akhirat, minta masuk syurga, minta dicurahi rahmat.
5. Bersedekah dan berzikir:

لَااِلَهَ اِلَّا اللهُ dan اللهُ اكبر
100 kali selepas sembahyang Subuh dan Asar.

6. Bertasbih:

i)  سُبْحَانَ رَبِّىَ الْاَعْلَى
100 kali
(Maha suci Tuhanku yang Maha Tinggi)
ii) سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ, سُبْحَانَ اللهِ الْعَظِيْمِ
100 kali
(Maha suci Allah dan dengan segala pujiannya, Maha Suci Allah yang Maha Agung)

iii) سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُللهِ وَلَاالَهَ اِلَّا اللهُ وَاللهُ اكبر, ولَاحَوْلَ وَلَا قُوَّةَ اِلَّا بِاللهِ العَلِىّ العَظِيْمِ
100 kali
(Maha Suci Allah dan segala kepujian bagi Allah, tiada Tuhan meainkan Allah, Allah Maha Agung, tiada sesuatu daya dan tiada suatu kekuatan melainkan dengan Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung).

iv) Selawat:
 اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ,وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّد
 100 kali

8. Istighfar:
اَسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ وَأَتُوْبُ اِلَيْهِ
 atau 100 kali pagi dan petang.

9. Membaca Al-Quran dan Iatighfar kepada Ibu Bapa:
رَبِّ اغْفِرْلِيْ وَلِوَالِدَىَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِىْ صَغِيْرًا
(Ya Tuhanku, ampunilah aky dan dua ibu bapaku, rahmatilah keduanya sepertimana mereka mendidik aku di waktu kecil).

Pada Malamnya:
1. Solat sunat Tahajjud sekurang- kurangnya 2 rakaat sebanyak- banyaknya 8- 12 rakaat.
2. Solat sunat Tasbih dan sunat witir.
3. اَسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ وَأَتُوْبُ اِلَيْهِ
70 atau 100 kali pagi dan petang.
4. Berdoa memohon sesuatu ke hadrat Allah
dan doa kepada Ibu Bapa:

رَبِّ اغْفِرْلِيْ وَلِوَالِدَىَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِىْ صَغِيْرًا
(Ya Tuhanku, ampunilah aku dan dua ibu bapaku, rahmatilah keduanya sepertimana mereka mendidik aku di waktu kecil).

5. Berselawat, berzikir, bertasbih sehingga naik fajar subuh.
• Beramallah sekadar kemampuan iman masing- masing. Kalau tidak dapat kesemuanya, janganlah ditinggalkan kesemuannya.

• Kalau tidak dapat diamalkn setiap hari dan malam pada bulan rejab, amalkan pada hari Jumaat dan Isnin.

Wallahu a'lam..

 

BENTUK KALIMAH ALLAH KETIKA SOLAT

 

GERAK SOLAT BENTUK NAMA NABI S.A.W

 

PERISTIWA ISRAK DAN MIKRAJ

Peristiwa Israk Mikraj Nabi Muhammad S.A.W. – 27 Rejab

1. Sebelum Israk dan Mikraj

Rasulullah S. A. W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika’il. Hati Baginda S.a.w dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam (‘alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan was- wasnya.
Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman ke dalam dada Rasulullah S.a.w.
Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan “khatimin nubuwwah”.
Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan “Israk” itu.

2. Semasa Israk (Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa):

Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S.a.w diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:

i. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah.
ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A. S. menerima wahyu daripada Allah;
iii. Baitul-Laham (tempat Nabi ‘Isa A. S. dilahirkan);

Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S.a.w. menghadapi gangguan jin ‘Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :

- Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. Apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S. A. W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad “Fisabilillah” yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.

- Tempat yang berbau harum. Rasulullah S.a.w diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Masyitah (tukang sisir rambut anak Fir’aun) bersama suami dan anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir’aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir’aun sebagai Tuhan).

- Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).

- Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.

- Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.

- Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.

- Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.

- Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.

- Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.

- Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.

- Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.

- Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S. A. W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.

- Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.

Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.

Rasulullah S. A. W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.

3. Semasa Mikraj (Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah):

Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S.a.w. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

a. Langit Pertama: Rasulullah S.a.w dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A.s. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.

b. Langit Kedua: Nabi S. A. W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi ‘Isa A. S. dan Nabi Yahya A. S.

c. Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A. S.

d. Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A. S.

e. Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A. S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.

f. Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A. S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.

g. Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma’mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S. A. W., Nabi Ibrahim A. S. bersabda, “Engkau akan berjumpa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha’if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu

 "LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH”.

Mengikut riwayat lain, Nabi Irahim A. S. bersabda, “Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu:

"SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA lah ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA lah HAULA WA lah QUWWATA ILLA BILLAHIL- ‘ALIYYIL-’AZHIM."

Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga”. Setelah melihat beberpa peristiwa! lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).

h. Tangga Kelapan: Di sinilah disebut “al-Kursi” yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.a.w menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S. A. W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.

i. Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.a.w masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur ‘Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.

j. Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S.w.t dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah S.w.t dan Muhammad S.a.w Rasul-Nya:

Allah S.w.t : "Ya Muhammad".
Rasulullah : "Labbaika".
Allah S. W. T : "Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan".
Rasulullah : "Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan ‘Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan".
Allah S. W. T : "aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah ‘Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang".

4. Selesai munajat, Rasulullah S.a.w di bawa menemui Nabi Ibrahim A.s. kemudian Nabi Musa A.s yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S.a.w merayu kepada Allah S.w.t agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.

5. Selepas Mikraj

Rasulullah S.a.w turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu’alam.

(Sumber : Kitab Jam’ul-Fawaa`id)

Kesimpulannya, peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.

Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.

Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.

Mafhum Firman Allah S.w.t : “Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” (Surah Al-Israa’: Ayat 1). wallahua’lam..

 

BISMILLAH ENAM

Fadhilat Bismillah Enam

 

بِسْمِ اللهِ السَّمِيْعِ الْبَصِيْرِ الَّذِى لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَىْءٌ وَهُوَ بِكُلِّ شَىْءٍ عَلِيْم

 بِسْمِ اللهِ الْخَلاَّقِ الْعَلِيْمِ الَّذِى لَيْسَ كَمِثْلِهِ
شَىْءٌ وَهُوَ الفَتَّاحُ العَلِيْم
ُ
بِسْمِ اللهِ الَّذِى لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَىْءٌ وَهُوَ الْعَلِيْمُ الْخَبِيْر
ُ
بِسْمِ اللهِ الَّذِى لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَىْءٌ وَهُوَ الْحَلِيْمُ الْقَدِيْر
ُ
بِسْمِ اللهِ الْعَزِيْزِالْكَرِيْمِ الَّذِى لَيْسَ كَمِثْلِهِ
 شَىْءٌ وَهُوَ الْعَزِيْزُالْكَرِيْمُ
 

بِسْمِ اللهِ الْغَفُوْرِ الرَّحِيْمِ الَّذِى لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَىْءٌ وَهُوَ الْغَفُوْرُالرَّحِيْمُ. فَاللهُ خَيْرٌ حَافِظًا وَهُوَ أَرْحَمُ الرَّاحِمِيْنَ

* Makbul segala hajat dan cita-cita.
* Luas rezkinya.
* Jika ditiup kepada perempuan nescaya kasih ia kepada kita.
* Menang dalam peperangan.
* Penerang hati.
* Diajuhkan dari segala penyakit.
* Dibaca 70 kali tiap-tiap hari aman dari ancaman raja-raja dan pembesar yang zalim yang hendak membunuhnya.
* Dibaca di tempat yang suci nescaya dapat melihat malaikat, jin dan syaitan.
* Dibaca di malam jumaat 20 kali boleh melihat orang di dalam kubur.
* Aman daripada binatang2 buas.
* Air laut menjadi tawar.
* Terlepas daripada terkena bunuh jika dibaca kepada tubuh badan.
* Jika ditulis dan dijadikan azimat atau dibaca pada sawah aman daripada ancaman babi, tikus atau burung.
* Terselamat daripada bahaya musuh dan seteru.
* Terselamat dari karam dilaut.
* Jika dibaca pada minyak malam jumaat tiga kali boleh memudahkan perempuan beranak jika meminumnya.
* Orang yang pekak jika dibaca pada telinganya selama 7 hari nescaya mendengar.
* Orang gila atau yang dirasuk oleh iblis apabila dibaca ditelinga tiga kali insyaallah lari iblisnya.
* Boleh tawarkan segala jenis bisa termasuk bisa sengat binatang seperti lebah, ular dan ikan.
* Boleh tawarkan segala jenis racun dan santau, seperti yang diperbuat daripada miang rebung, ulat buku mati beragan, hempedu katak dan sebagainya.
* Terkeluar daripada penjara apabila dibaca bersungguh-sungguh.
* Dijadikan jampi untuk menghalau jin dan syaitan.

Cara untuk merawat pesakit yang menderita kerana perkara diatas; letakkan tangan ditempat yang sakit, tahan nafas dan baca al-Fatehah dan juga ayat Bismillah Enam ini. Tiup tempat tersebut dah urut sedikit. Baca juga ayat ini pada air untuk disapukan pada tempat yang sakit dan untuk di minum. Angin akan keluar daripada pesakit dan diikuti oleh muntah, insyaallah.

Doa ini juga boleh digunakan kepada binatang yang termakan rumput yang diracun atau yang dipatuk ular. Kaedah rawatannya adalah dengan memberi makan rumput dan meminum air yang telah dibacakan dengan doa diatas.

AMAL LAH BISMILLAH ENAM INI KERANA IANYA MENJADIKAN SEGALA JENIS RACUN AKAN TAWAR DAN TIDAK MEMBERI MUDHARAT KEPADA PENGAMAL KALAU TERMINUM. GELAS YANG MENGANDUNGI RACUN AKAN PECAH KALAU DIPEGANG OLEH PENGAMAL BISMILLAH ENAM. INSYAALLAH



DOA MASUK MASJID



اَللَّهُمَّ افْتَحْ لِيْ أَبْوَابَ رَحْمَتِكَ
Ya Allah, Semoga Engkau membukakan untukku pintu- pintu rahmat-Mu.

DOA KELUAR MASJID


اَللَّهُمَّ إِنِّى أَسْأَلُكَ مِنْ فَضْلِكَ


Ya Allah, aku memohon kepada-Mu dengan sesungguh hati semoga Engkau melimpahkan anugerah-Mu kepadaku.
 

LARANGAN BERPIHAK KEPADA ORANG KAFIR


لَّا يَتَّخِذِ ٱلۡمُؤۡمِنُونَ ٱلۡكَٰفِرِينَ أَوۡلِيَآءَ مِن دُونِ ٱلۡمُؤۡمِنِينَۖ وَمَن يَفۡعَلۡ ذَٰلِكَ فَلَيۡسَ مِنَ ٱللَّهِ فِي شَيۡءٍ إِلَّآ أَن تَتَّقُواْ مِنۡهُمۡ تُقَىٰةٗۗ وَيُحَذِّرُكُمُ ٱللَّهُ نَفۡسَهُۥۗ وَإِلَى ٱللَّهِ
ٱلۡمَصِيرُ

Those who believe should not take unbelievers as their friends¹ in preference to those who believe -- and whoever does so should have no (expectations) of God -- unless to safeguard yourselves against them. But God commands you to beware of Him, for to God you will journey in the end.

Janganlah orang mukmin mengambil orang kafir menjadi wali¹ dengan meninggalkan orang mukmin. Barangsiapa berbuat demikian, nescaya lepaslah dia daripada pertolongan Allah, kecuali kerana (tipu helah) memelihara diri daripada sesuatu yang mereka takuti. Dan Allah memperingatkan kamu terhadap diri (seksa)Nya. Dan hanya kepada Allah tempat kembali(mu).
(Surah Ali-'Imraan: 28)



قُلۡ إِن تُخۡفُواْ مَا فِي صُدُورِكُمۡ أَوۡ تُبۡدُوهُ يَعۡلَمۡهُ ٱللَّهُۗ وَيَعۡلَمُ مَا فِي ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَمَا فِي ٱلۡأَرۡضِۗ وَٱللَّهُ عَلَىٰ كُلِّ
شَيۡءٖ قَدِيرٞ

Say: "Whether you conceal or reveal whatsoever is in your hearts it is all known to God, as is known to Him all that is in the heavens and the earth; and God has the power over all things."

Katakanlah:" Jika kamu menyembunyikan apa yang ada di dalam hatimu atau kamu melahirkannya, pasti Allah mengetahui." Allah mengetahui apa- apa yang ada di langit dan apa- apa yang ada di bumi. Dan Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.
(Surah Ali-'Imraan: 29)



يَوۡمَ تَجِدُ كُلُّ نَفۡسٖ مَّا عَمِلَتۡ مِنۡ خَيۡرٖ مُّحۡضَرٗا وَمَا عَمِلَتۡ مِن سُوٓءٖ تَوَدُّ لَوۡ أَنَّ بَيۡنَهَا وَبَيۡنَهُۥٓ أَمَدَۢا بَعِيدٗاۗ وَيُحَذِّرُكُمُ
ٱللَّهُ نَفۡسَهُۥۗ وَٱللَّهُ رَءُوفُۢ بِٱلۡعِبَادِ

On the day when every man will find whatever of good he has earned and of evil, and is confronted with it, he shall wish that a distance appeared between him and that day -- (that it were far away). God bids you beware of Him, though compassionate is God to His votaries.

Pada hari ketika setiap diri mendapati segala kebajikan yang trlah dilakukannya dihadapkan (kepadanya), begitu (juga) kejahatan yang telah dikerjakannya, dia ingin sekiranya antara dia dan hari itu ada masa yang jauh dan Allah memperingatkan kamu terhadap diri (seksa)Nya. Dan Allah sangat penyayang kepada hamba- hamba-Nya.
(Surah Ali-'Imraan: 30)

¹. Auliya' adalah jama' dari kata wali beerti teman akrab, juga beerti pemimpin, pelindung atau penolong.
 

HIKMAH DISEBALIK MUSIBAH


Sekiranya seseorang itu ditimpa kemalangan atau musibah maka hendaklah ia menerima kejadian itu dengan tabah hati dan bersabar, kerana sikap yang demikian akan membawa kebaikan kepadanya.

Di antara kebaikan- kebaikan itu ialah:
(1) Jika ia biasa mengerjakan sesuatu amal yang baik semasa ia berkeadaan sihat, kemudian ia tidak dapat mengerjakannya disebabkan bencana yang menimpanya, maka Tuhan perintahkan malaikat penulis amalnya supaya menuliskan untuknya amal yang baik yang tak dapat dikerjakan itu.

(2) Jika Tuhan hapuskan kesan- kesan bencana yang menimpanya itu, maka Tuhan jadikan bencana itu sebagai "Kifarah" yang menghapuskan dosa- dosanya yang telah lalu serta dijadikannya hidup berkeadaan baharu, suci bersih dari dosa.

(3) Jika Tuhan sempurnakan ajalnya dengan kemalangan itu, maka ia diberi ampun dan dilimpahkan rahmat kepadanya.

KEISTIMEWAAN RASULULLAH S.A.W


Dari Jabir Bin Abdullah R.a, katanya: Rasulullah S.a.w bersabda: " Aku dikurniakan beberapa keistimewaan yang tidak pernah diberikan perkara- perkara itu kepada seseorang pun dari Nabi- nabi yang terdahulu daripadaku, dan biasanya seseorang Nabi itu diutuskan kepada kaumnya sahaja, sedang aku diutuskan kepada umat manusia seluruhnya."
Dan pada satu riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah (Baginda S.a.w bersabda): "..sedang aku diutuskan kepada sekalian makhluk".

(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
 

AKHIRAN UMUR DUNIA


Apabila sampai masa berakhirnya umur dunia ini, maka menurut ayat 65, surah Az- Zumar, ditiupkan sangkakala: tiupan yang pertamanya, lalu matilah pada waktu itu sekalian yang bernyawa yang ada di langit dan di bumi melainkan mereka yang Tuhan kehendaki terkemudian matinya, mereka itu menurut keterangan hadis ialah Jibrail, Mikail, Israfil, Izrail dan malaikat- malaikat yang memikul Arasy dan yang terakhir sekali mati di antara mereka ialah Izrail.

Setelah semuanya mati, dan segala urusan langit, bumi dan lain- lainnya berada hanya dalam genggaman kuasa Allah semata- mata maka menurut keterangan  hadis Bukhari, Muslim, An- Nasa'ie dan Ibnu Majah, Allah S.w.t bertitah dengan firman-Nya yang bererti:" Di manakah raja- raja pemerintah bumi dahulu, di manakah orang- orang yang gagah berjuang, di manakah orang- orang yang sombong takbur?" .

Dan menurut ayat 16 surah Ghafar, Allah S.w.t bertitah lagi dengan firman-Nya yang bermaksud:" Kepunyaan siapakah kuasa memerintah pada hari ini?" Allah S.w.t menjawab sendiri dengan firman-Nya yang bermaksud: "Kepunyaan Allah yang Maha Esa, lagi yang Maha Perkasa Kekuasaan-Nya."

Kemudian, menurut ayat 68, surah Az-Zumar, Tuhan perintahkan pula supaya ditiupkan sangkakala: tiupan kali yang ke dua, maka dengan serta merta sekalian yang mati kembali hidup dengan kuasa Allah.

Menurut ayat 28, surah Luqman- soal menghidupkan kembali sekalian yang mati itu dengan sekaligus: sama mudahnya seperti menghidupkan seseorang sahaja. Setelah sekalian yang mati hidup kembali, mereka bangkit dari kubur masing- masing menunggu untuk menerima apa yang akan diperintahkan kepada mereka.
Setelah itu, maka sudah semestinya tiap- tiap yang berakal fikiran, berusaha pada tiap- tiap saat hidupnya menjaga dan memelihara dirinya daripada melakukan sebarang kejahatan atau kedurhakaan serta sentiasa beramal soleh, supaya ia tidak mati melainkan dalam keadaan mematuhi perintah Allah, semoga ia dibangkitkan Allah hidup semula dengan keadaan gembira dan bahagia.

 

AL-QURAN AL-KARIM


Kitab suci Al- Quran Al-Karim yang diturunkan oleh Allah S.w.t kepada Nabi Muhammad S.a.w, nabi dan rasul yang akhir sekali, ialah kitab suci yang akhir sekali yang memansuhkan kitab- kitab suci yang terdahulu daripadanya.

Al-Quran Al-Karim diturunkan oleh Allah S.w.t kepada baginda S.aw dalam masa umat manusia terutama kaum Yahudi dan Nasrani berada dalam persengketaan dan perselisihan dalam berbagai- bagai masalah termasuk masalah ketuhanan dan kerasulan. Masing- masing pihak membenarkan pihaknya dan menyalahkan yang lain.

Al-Quran Al-Karim antara lainnya, mempunyai dua tugas yang besar.

1. Mengakui kebenaran yang terkandung dalam kitab- kitab suci yang terdahulu daripadanya, mengenai beribadat kepada Allah semata- mata, beriman kepada rasul- rasulnya, menjalankan kebenaran dan keadilan, berakhlak dengan sifat- sifat yang mulia dan mengakui benar adanya balasan pada hari akhirat.
2. Mengawasi kitab- kitab yang tersebut serta mendedahkan perubahan, pindaan dan tokok tambah yang terdapat dalam kitab- kitab itu, yang dilakukan oleh kaum Yahudi dan Nasrani.

Hakikat ini ditegaskan oleh Allah S.w.t di dalam Al-Quran Al- Karim, bermaksud:

" dan Kami turunkan kepadamu (wahai Muhammad) kitab Al- Quran dengan membawa kebenaran, untuk mengesahkan benarnya kitab- kitab suci yang terdahulu daripadanya dan untuk memelihara serta mengawasinya..."
(Surah Al-Ma'idah: 48).

" Di antara orang- orang Yahudi ada yang mengubah (atau menukar ganti) kalam Allah (isi kitab Taurat), dari tempat dan maksudnya yang sebenar..."
(Surah Al- Nisa': 46)

" dan di antara orang- orang yang berkata: ' Bahawa kami ini orang- orang Nasrani, kami juga telah mengambil perjanjian setia mereka, maka mereka juga melupakan (meninggalkan) sebahagian dari apa yang diperingatkan mereka dengannya..."
(Surah Al-Ma'idah: 14)

Jelasnya sesiapa yang hendak mencari kebenaran dan hendak mencapai pengajaran- pengajaran Ilahi yang benar, tidak akan dapat di mana- mana pun selain daripada yang terhimpun di dalam Al- Quran Al- Karim, kerana Al- Quranlah kitab suci yang terpelihara keasliannya dan terselamat pengajarannya daripada sebarang perubahannya, pindaan dan tokok tambah, serta telah disambut dan diterima oleh umat Islam dari Nabi Muhammmad S.a.w, yang menerimanya dari malaikat Jibrail A.s, yang membawa turunnya dari Allah S.w.t.

Al- Quran juga sebuah kitab yang terhimpun di dalamnya:

1) Dasar- dasar suci dan mulia, dan sebenar- benar cara serta sebaik- baik peraturan,

2) Segala apa jua yang diperlukan oleh umat manusia meliputi akidah kepercayaan, amal ibadat, adab sopan, dan segala bentuk muamalat (kira bicara dan perhubungan sesama manusia dalam bidang perniagaan, perusahaan dan sebagainya)

3) Segala peraturan yang menjamin wujudnya orang perseorangan yang sempurna, keluarga yang mulia, masyarakat yang baik dan kerajaan yang adil.

Hakikat ini diterangkan oleh Allah S.w.t dalam ayat 15-16, surah Al- Ma'idah.
Di antara maksud- maksudnya:

1) Bahawa umat Muhammad S.a.w telah datang kepada mereka, dari Allah S.w.t, seorang rasul selaku obor- obor atau suluh yang menerangi pandangan hati nurani manusia, dan sebuah kitab Al- Quran yang menyatakan segala yang dihajati oleh umat manusia untuk kesempurnaan dan kesentosaan,

2) Bahawa melalui rasul dan kitab yang tersebut, Allah S.w.t dengan peraturan dan undang- undang-Nya:
a) Menunjukkan jalan keselamatan hidup di dunia dan di akbirat kepada sesiapa yang menerima dan menurut peraturan dan cara bawaan hidup yang diredhainya,

b) Mengeluarkan manusia dari gelap gelita kufur, kejahilan, maksiat dan sebagainya kepada sinaran cahaya iman, ilmu pengetahuan, amal ibadat dan perkara- perkara yang mulia

c) Memimpin manusia ke jalan yang tidak ada kebimbangan sesat bagi sesiapa yang melaluinya, dan tidak pula berat atau payah dijalani, iaitu jalan "Siratul Mustakim" yang betul lurusnya.
 

KOLAM AL-KAUTSAR


Di antara perkara- perkara akhirat yang wajib diketahui serta dipercayai dan diakui benarnya ialah ada di sana kolam air bagi tiap- tiap seorang Nabi untuk diminum oleh umat masing- masing.

Bagi Nabi Muhammad S.a.w disediakan sebuah kolam yang airnya lebih putih daripada susu dan lebih mais daripada air madu, piala- pialanya banyak tidak terhitung.

Nabi Muhammad S.a.w akan berada dekat kolam itu pada hari kiamat menunggu sesiapa di antara umatnya S.a.w yang datang minum dari airnya.

Sesiapa yang dapat minum dari air kolam itu tidak akan merasai haus dahaga selamanya, ada pun minuman- minuman yang ada dalam syurga maka disediakan hanya untuk di minum buat berlazat- lazat dan bersukaria sahaja, kerana: " Sesungguhnya engkau wahai penduduk syurga tidak akan merasai haus dahaga di dalamnya". (Surah Taha: 119)

Air kolam itu tidak dapat di minum oleh sesiapa yang menukar bawaan hidupnya yang baik kepada yang tidak baik selepas Nabi Muhammad S.a.w menyatakan apa yang baik dan apa yang sebaliknya, bahkan orang yang tersebut disekat dari sampainya ke kolam itu dan dijauhkan daripadanya.

Kolam itu namanya "Kolam Al-Kautsar", kerana airnya adalah dari air sebatang  sungai di syurga yang bernama "Al-Kautsar" yang dikurniakan Tuhan khas kepada Nabi Muhammad S.a.w; sungai itulah yang memenuhi kolam yang tersebut melalui dua saluran emas dan perak. Bau tanah dasar sungai itu lebih harum daripada kasturi.


 

MENOLAK KATA- KATA BURUK

عَنْ أَبِي الدَّرْدَاء رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ الَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَليْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ قَالَ:  مَنْ رَدَّ عَنْ عِرْضِ أَخِيْهِ رَدَّاللهُ عَنْ
وَجْهِهِ النَّارَ يَوْمَ القِيَامةِ
-الأمام أحمد والترمذي


Maksudnya:

"Dari Abu Ad-Darda' R.a, dari Nabi S.a.w bahawa Baginda bersabda: " Sesiapa yang menolak kata- kata buruk terhadap kehormatan dari saudaranya, nescaya Allah menolak api neraka daripada mengenainya pada hari kiamat."
(Hadis Riwayat Imam Ahmad Dan Tarmizi)

ALHAMDULILLAH