Mengenai Saya

Turn to Allah. He’s never far away. Put your trust in Him. Raise your hands and pray: " OOO Ya Allah, guide my steps don’t let me go astray. You’re the only one that showed me the way.." InsyaAllah..we'll find the way..Aameen..

DUNIA DAN DAYA PENARIKNYA


Tak dapat dinafikan bahawa dunia ini mempunyai daya penarik yang kuat, kerana Tuhan telah menjadikannya berkeadaan demikian ialah untuk menguji manusia siapakah yang lebih menguasai hawa nafsunya, dan dapat menggunakan dunia itu menurut yang diredhai Allah setelah ia diberi kuasa menguruskan mana- mana yang ada padanya; (Ayat 7, surah Al-Kahfi)

Rasulullah S.a.w menyuruh umatnya memelihara dan mengawal diri daripada diruntun oleh kemanisan dan keindahan yang menjadi daya penarik dunia dengan sentiasa bertaqwa, iaitu mencegah diri daripada melakukan segala larangan Allah serta menyempurnakan suruhannya sambil mengingati kerendahan mutu segala kesenagan dan kemewahan yang ada di dunia, dan kesingakatan masanya, berbanding dengan segala nikmat akhirat yang kekal abadi.

Di antara daya penarik dunia yang ditentukan oleh Rasulullah S.a.w supaya seseorang memelihara dan mengawal diri daripada runtunannya ialah daya penarik perempuan, kerana daya penariknya amat kuat sehingga lelaki yang tegas pendiriannya dan bijak pandai sanggup memusuhi akal fikirannya, menentang ilmu pengetahuannya, meruntuhkan rumah tangganya, dan melanggar undang- undang negara dan hukum agama, sebagaimana yang terkandung dalam hadis al-Khudri, yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim.

Dari Abu Sa 'id Al- Khudri R.a, bahawa Nabi S.a.w bersabda: "Sesungguhnya dunia ini manis dan indah, dan sesungguhnya Allah menjadikan kamu wakil menguruskan apa yang ada padanya, maka dengan itu Ia sentiasa memerhatikan bagaiman cara kamu menjalankan urusan itu; oleh itu hendaklah kamu menjaga diri dari keburukan yang disebabkan oleh dunia dan khasnya oleh perempuan kerana sesungguhnya fitnah yang mula- mula menimpa kaum Bani Israil adalah berpunca dari orang- orang perempuan."

Rasulullah S.a.w tentukan daya penarik perempuan dengan ingatannya Rasulullah S.a.w yang demikian kerana jenis perempuan selain daripada kurang akal fikirannya dan agamanya, sebagaimana yang terkandung juga pada hadis Abu Sa 'id  yang tersebut, menjadi alat pemancing syaitan.

Sebagaimana yang dinyatakan pada hadis Khuzaifah R.a yang diriwayatkan oleh Ruzaini, bahkan Rasulullah S.a.w telah pun menyatakan bahawa di antara daya penarik dunia yang terbesar sekali bahayanya kepada jenis lelaki  ialah daya penarik jenis perempuan, kerana lazimnya mereka mendorong lelaki dengan tutur kata yang manis, gerak geri yang menarik, dan pakaian yang memberahikan, melakukan maksiat dan melalaikannya daripada menjalankan tanggungjawabnya.

Mengenai ini Ibnu Abbas R.a, pernah berkata, maksudnya:" Kebanyakan lelaki dari umat- umat yang telah lalu menjadi kafir adalah berpunca daripada perempuan, dan pada masa yang akan datang pun ada juga orang- orang lelaki berlaku kufur disebabkan angkara perempuan."

Berhubung dengan kenyataan Rasulullah S.a.w tentang besarnya bahaya daya penarik perempuan terhadap lelaki itu ialah hadis yang berikut:

Dari Usamah Bin  Zaid R.a, bahawa Nabi S.a.w bersabda: "Tidak ada sesuatu fitnah (bencana)  yang lebih besar dan lebih bermaharajalela selepas wafatku (terhadap kaum lelaki), selain daripada fitnah yang berpunca dari kaum perempuan." (Bukhari,Muslim,Imam Ahmad, Nasa'ie dan Ibnu Majah)

Oleh kerana daya penarik dunia dan perempuan amatlah besar bahayanya, maka Rasulullah S.a.w memberi amaran kepada setiap orang yangingatkan keselamatan supaya melengkapkan dirinya dengan sifat taqwa, kerana sifat taqwalah yang dapat mempengaruhi segenap perasaan dan tingkah lakunya untuk menghadapi bahaya yang berpunca dari daya penarik dunia dan perempuan.

Peringatan Rasulullah S.a.w mengenai kaum perempuan yang tersebut memang pahit tetapi benar, dan sudah menjadi kenyataan yang dapat disaksikan dalam setiap masyarakat yang telah lalu lebih- lebih lagi yang ada sekarang.

Oleh itu tiap- tiap sesorang perempuan Islam yang beriman hendaklah sentiasa memelihara diri dengan mengikut ajaran- ajaran agama yang Maha Suci.