Mengenai Saya

Turn to Allah. He’s never far away. Put your trust in Him. Raise your hands and pray: " OOO Ya Allah, guide my steps don’t let me go astray. You’re the only one that showed me the way.." InsyaAllah..we'll find the way..Aameen..

KAIN KAFAN DARIPADA RASULULLAH S.A.W


Seorang wanita datang kepada Rasulullah s.a.w. Ia menyerahkan kain yang ditenunnya sendiri dan diserahkan kepada Rasulullah s.a.w sebagai rasa cintanya kepada Rasulullah s.a.w. Dengan senang hati Rasulullah s.a.w menerima pemberian itu dan memakainya. Dengan memakai kain pemberian wanita itu, Rasulullah s.a.w keluar menemui sahabatnya. Salah seorang daripada sahabat melihat begitu indahnya kain yang dipakai Rasulullah s.a.w, lau berkata, “Wahai Rasulullah, alangkah indahnya kain yang engkau pakai itu. Betapa senangnya jika aku memakainya,” ujarnya.

“Baiklah,” jawab Rasulullah s.a.w ringkas. Setelah keluar dari suatu majlis,Rasulullah s.a.w datang lagi ke tempat itu, tetapi tidak lagi menggunakan kain tenun yang baru dipakai itu. Kain pemberian wanita itu berlipat di tangannya, dan kemudian diserahkan kepada sahabat yang memujinya tadi. “Terimalah kain ini dan pakailah,” ujar Rasulullah s.a.w Melihat peristiwa itu, ramai sahabat yang mencela lelaki itu. Kain pemberian wanita itu sangat disenangi Rasulullah s.a.w kerana itu dipakainya, tetapi Rasulullah s.a.w tidak pernah menolak permintaan seseorang. “Mengapa engkau masih memintanya ?” sungut para sahabat.

Apa jawab sahabat yang meminta kain kepada Rasulullah s.a.w, “Saya minta kain itu bukan untuk saya pakai, melainkan untuk saya gunakan untuk kain kafanku.”

AL- QURAN DITURUNKAN SEBAGAI PERINGATAN BAGI MANUSIA



طه

Maksudnya:

"Taa, Haa."
(Surah Taha: Ayat 1)

  مَآأَنْزَلْنَاعَلَيْكَ الْقُرْءَانَ لِتَشْقَىَ  
Maksudnya:

"Kami tidak menurunkan al- Quran kepadamu (wahai Muhammad) agar kamu menjadi susah
(Surah Taha: Ayat 2)


إِلَّاتَذْكِرَةً لِّمَن يَخْشَىَ
Maksudnya:

"Tetapi sebagai peringatan bagi orang yang takut (kepada Allah)."
(Surah Taha: Ayat 3)

   تَنزِيلًامِّمَّنْ خَلَقَ الْأَرْضَ وَالسَّمَوَتِ الْعُلَى
Maksudnya:

"Iaitu diturunkan daripada Allah yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi."
(Surah Taha: Ayat 4)

       الرَّحْمَنُ عَلَى الْعَرْشِ اسْتَوَىَ

Maksudnya:

"(Iaitu) Tuhan yang Maha Pemurah, yang bersemayam di atas Arasy."
(Surah Taha: Ayat 5)


   لَهُ مَافِى السَّمَوَتِ وَمَافِى الْأَرضِ وَمَا بَيْنَهُمَا وَمَا تَحْتَ الثَّرَىَ
Maksudnya:

"Kepunyaan-Nyalah semua yang ada di langit, semua yang ada di bumi, semua yang ada di antara keduanya, dan semua yang ada di bawah tanah."
(Surah Taha: Ayat 6)
  

 وَإِن تَجْهَرْ بِالْقَوْلِ فَإِنَّهُ يَعْلَمُ السِّرَّوَأَخْفَى
Maksudnya:

"Dan jika kamu menguatkan ucapanmu, maka sesungguhnya Dia mengetahui rahsia dan yang lebih tersembunyi.*"
(Surah Taha: Ayat 7)


     اللهُ لَآإِلَهَ إِلَّاهُوَ لَهُ الْأَسْمَآءُالْحُسْنَىَ
Maksudnya:

"Dialah Allah, tidak ada Tuhan melainkan Dia, Dia yang mempunyai al-Asma'ul-Husna (nama- nama yang baik)."
(Surah Taha: Ayat 8)


* Tidak perlu menguatkan suara dalam berdoa kerana Allah mendengar semua doa itu walaupun diucapkan dengan suara yang perlahan.