Mengenai Saya

Turn to Allah. He’s never far away. Put your trust in Him. Raise your hands and pray: " OOO Ya Allah, guide my steps don’t let me go astray. You’re the only one that showed me the way.." InsyaAllah..we'll find the way..Aameen..

AIR PENDINGIN UNTUK UMMU SYARIK


Ghaziah binti Jabit ad Dausiyah atau Ummu Syarik dari Azad, isteri Abu Akr, telah masuk Islam. Dia hijrah ke Madinah bersama Abu Hurairah dan suku Daus.

Suatu hari datang keluarga suaminya kepada Ghaziyah, mereka menanyakan apakah wanita itu telah memeluk agama Muhammad. Dengan tenang Ummu Syarik atau Ghaziyah berkata, "Demi Allah aku telah memeluk agamanya." Dengan marahnya, keluarga itu mengusir  Ghaziyah dari negeri itu dan menyeksanya. Wanita itu lantas dinaikkan ke atas punggung unta tunggangan mereka yang paling buruk dan kasar. Mereka memberinya madu dan roti tapi tidak memberinya air seteguk pun.

Apabila tengah hari ketika panas matahari menyengat terik, hauslah Ghaziyah tapi tidak dihiraukannya. Mereka memasang khemah di pasang pasir itu dan membiarkan wanita itu sendirian di tengah- tengah panas matahari. "Akalku hilang, begitu pula pendengaran dan penglihatanku," begitu Ghaziyah menceritakan penderitaannya pada waktu itu. Tiga hari kemudian mereka datang dan berkata kepada, "Tinggalkan agamamu," pintanya, tetapi Ghaziyah tidak tahu apa yang mereka ucapkan kecuali kata demi kata. Wanita itu terlalu lelah dalam penderitaan hingga tidak mampu mendengarkan ucapan mereka.

Dengan sisi- sisa kekuatannya, Ghaziyah lalu memberi isyarat dengan menundingkan jarinya ke langit sebagai pernyataan tauhid kepada Allah. "Demi Allah, dalam keadaan payah seperti itu aku melihat sebuah timba tergantung di atas dadaku, maka aku pun mengambil dan meminumnya seteguk dan timba itu tercabut dariku. Ketika aku melihatnya, ternyata timba itu tergantung antara langit dan bumi." Demikian pengakuan Ghaziyah.

Peristiwa itu berulang sampai tiga kali, yang terakhir ini Ummu Syarik meminumnya sampai kenyang dan menuangkan air itu ke atas kepala, wajah dan bajunya. Ketika mereka melihatnya lalu berkata,"Dari mana engkau mendapatkan ini, hai musuh Allah?" Dengan lantang Ummu Syarik menjawab," Musuh Allah adalah orang lain, siapa saja yang menentang agama-Nya. Tentang pertanyaanmu dari mana asal minuman ini, berasal dari Allah sebagai rezeki yang dibenarkan Allah kepadaku."

Keluarga Abu Akr itu segera menuju qirbah- qirbah mereka, ternyata mereka mendapatinya masih terikat. Akhirnya mereka berkata, "Kami bersaksi bahawa Tuhanmu adalah Tuhan kami juga dan yang memberimu rezeki di tempat ini setelah kami perlakukan kamu seperti ini, adalah Tuhan yang menetapkan Islam." Setelah itu mereka langsung masuk Islam bahkan lalu ikut hijah semuanya menuju Rasulullah S.a.w. "Mereka mengetahui kelebihanku atas mereka dan apa yang diperbuat Allah terhadapku."

Itulah kisah Ummu Syarik wanita penuh iman, teguh menanggung seksaan dan penderitaan yang akhirnya dibantu Allah secara nyata. Ummu Syarik sering menghebahkan dirinya kepada Nabi sebagai wanita yang cantik. Rasulullah menerima hebah itu dan Allah menamakannya sebagai wanita beriman.

Peristiwa ini diabadikan dalam surah Al- Ahzab ayat 50 yang ertinya demikian. "Dan perempuan Mukminin yang menyerahkan dirinya kepada Nabi kalau Nabi mahu mengahwininya sebagai pengkhususan bagimu. Bukan untuk semua orang Mukmin."
 

MEMOHON PERLINDUNGAN DARI FITNAH

  
اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ النَّار وَعَذَابِ النَّار وَفِتْنَةِ الْقَبْرِ وَعَذَابِ الْقَبْرِ وَشَرِّ فِتْنَةِ الْغِنَى وَشَرِّ فِتْنَةِ الْفَقْرِ  

Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon perlindunganMu dari fitnah dan seksaan neraka, fitnah dan seksaan kubur, dan dari kejahatan fitnah kekayaan dan kemiskinan.

DUNIA DAN DAYA PENARIKNYA


Tak dapat dinafikan bahawa dunia ini mempunyai daya penarik yang kuat, kerana Tuhan telah menjadikannya berkeadaan demikian ialah untuk menguji manusia siapakah yang lebih menguasai hawa nafsunya, dan dapat menggunakan dunia itu menurut yang diredhai Allah setelah ia diberi kuasa menguruskan mana- mana yang ada padanya; (Ayat 7, surah Al-Kahfi)

Rasulullah S.a.w menyuruh umatnya memelihara dan mengawal diri daripada diruntun oleh kemanisan dan keindahan yang menjadi daya penarik dunia dengan sentiasa bertaqwa, iaitu mencegah diri daripada melakukan segala larangan Allah serta menyempurnakan suruhannya sambil mengingati kerendahan mutu segala kesenagan dan kemewahan yang ada di dunia, dan kesingakatan masanya, berbanding dengan segala nikmat akhirat yang kekal abadi.

Di antara daya penarik dunia yang ditentukan oleh Rasulullah S.a.w supaya seseorang memelihara dan mengawal diri daripada runtunannya ialah daya penarik perempuan, kerana daya penariknya amat kuat sehingga lelaki yang tegas pendiriannya dan bijak pandai sanggup memusuhi akal fikirannya, menentang ilmu pengetahuannya, meruntuhkan rumah tangganya, dan melanggar undang- undang negara dan hukum agama, sebagaimana yang terkandung dalam hadis al-Khudri, yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim.

Dari Abu Sa 'id Al- Khudri R.a, bahawa Nabi S.a.w bersabda: "Sesungguhnya dunia ini manis dan indah, dan sesungguhnya Allah menjadikan kamu wakil menguruskan apa yang ada padanya, maka dengan itu Ia sentiasa memerhatikan bagaiman cara kamu menjalankan urusan itu; oleh itu hendaklah kamu menjaga diri dari keburukan yang disebabkan oleh dunia dan khasnya oleh perempuan kerana sesungguhnya fitnah yang mula- mula menimpa kaum Bani Israil adalah berpunca dari orang- orang perempuan."

Rasulullah S.a.w tentukan daya penarik perempuan dengan ingatannya Rasulullah S.a.w yang demikian kerana jenis perempuan selain daripada kurang akal fikirannya dan agamanya, sebagaimana yang terkandung juga pada hadis Abu Sa 'id  yang tersebut, menjadi alat pemancing syaitan.

Sebagaimana yang dinyatakan pada hadis Khuzaifah R.a yang diriwayatkan oleh Ruzaini, bahkan Rasulullah S.a.w telah pun menyatakan bahawa di antara daya penarik dunia yang terbesar sekali bahayanya kepada jenis lelaki  ialah daya penarik jenis perempuan, kerana lazimnya mereka mendorong lelaki dengan tutur kata yang manis, gerak geri yang menarik, dan pakaian yang memberahikan, melakukan maksiat dan melalaikannya daripada menjalankan tanggungjawabnya.

Mengenai ini Ibnu Abbas R.a, pernah berkata, maksudnya:" Kebanyakan lelaki dari umat- umat yang telah lalu menjadi kafir adalah berpunca daripada perempuan, dan pada masa yang akan datang pun ada juga orang- orang lelaki berlaku kufur disebabkan angkara perempuan."

Berhubung dengan kenyataan Rasulullah S.a.w tentang besarnya bahaya daya penarik perempuan terhadap lelaki itu ialah hadis yang berikut:

Dari Usamah Bin  Zaid R.a, bahawa Nabi S.a.w bersabda: "Tidak ada sesuatu fitnah (bencana)  yang lebih besar dan lebih bermaharajalela selepas wafatku (terhadap kaum lelaki), selain daripada fitnah yang berpunca dari kaum perempuan." (Bukhari,Muslim,Imam Ahmad, Nasa'ie dan Ibnu Majah)

Oleh kerana daya penarik dunia dan perempuan amatlah besar bahayanya, maka Rasulullah S.a.w memberi amaran kepada setiap orang yangingatkan keselamatan supaya melengkapkan dirinya dengan sifat taqwa, kerana sifat taqwalah yang dapat mempengaruhi segenap perasaan dan tingkah lakunya untuk menghadapi bahaya yang berpunca dari daya penarik dunia dan perempuan.

Peringatan Rasulullah S.a.w mengenai kaum perempuan yang tersebut memang pahit tetapi benar, dan sudah menjadi kenyataan yang dapat disaksikan dalam setiap masyarakat yang telah lalu lebih- lebih lagi yang ada sekarang.

Oleh itu tiap- tiap sesorang perempuan Islam yang beriman hendaklah sentiasa memelihara diri dengan mengikut ajaran- ajaran agama yang Maha Suci.
 

FADHILAT MENYEBUT NAMA AL-JABBAR



AL- JABBAR
 
Bagi Allah, al-Jabbar ertinya bahawa Allah memaksa makhluk dan meluluskan apa yang dikehendaki-Nya ke atas mereka, sama ada berupa suruhan atau larangan dengan secara tegas, tanpa tiada siapa pun yang boleh menahan kehendak- Nya.

Firman Allah S.w.t:

Maksudnya: " Dialah Allah, yang tidak ada sebarang Tuhan melainkan Dia, Yang Menguasai (sekalian alam), Yang Maha Suci, Yang Maha Selamat Sejahtera (dari segala kekurangan), Yang Melimpahkan Keamanan, Yang Maha Pengawal serta Pengawas, Yang Maha Kuasa, Yang Maha Kuat (menundukkan segala- galanya) yang melengkapi segala kebesaran-Nya."
(Surah Al- Hasyr: 23)

Rahsia dan keistimewaan nama ini:
Sesiapa yang memperbanyakkan zikir ini, orang akan melihatnya dengan pandangan yang gerun dan hormat.

Wallahu 'a'lam.

MUHAMMAD S.A.W

 
 

MENGENAI SEDEKAH

(i)
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ أَنفِقُواْ مِمَّا رَزَقۡنَٰكُم مِّن قَبۡلِ أَن يَأۡتِيَ يَوۡمٞ لَّا بَيۡعٞ فِيهِ وَلَا خُلَّةٞ وَلَا شَفَٰعَةٞۗ وَٱلۡكَٰفِرُونَ هُمُ ٱلظَّٰلِمُونَ
(Al- Baqarah:2:254)

O believers, expend of what We have given you before the day arrives on which there will be no barter, and no friendship or intercession matter, and those who are disbelievers will be sinners.
(Al- Baqarah:2:254)

Wahai orang yang beriman! Belanjakanlah (ke jalan Allah) sebahagian dari rezeki yang telah Kami berikan kepadamu sebelum datang hari yang pada hari itu tidak ada lagi jual beli dan tidak ada lagi persahabatan yang akrab dan tidak ada lagi syafaat (hari kiamat).¹ Dan orang kafir itulah orang yang zalim. (Al-Baqarah: 2:254)

¹. Usaha perantaraan dalam memberikan sesuatu manfaat bagi orang lain atau mengelakkan suatu mudarat dari orang lain. Syafaat yang tidak diterima Allah adalah syafaat bagi orang kafir.


(ii)
مَّثَلُ ٱلَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمۡوَٰلَهُمۡ فِي سَبِيلِ ٱللَّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنۢبَتَتۡ سَبۡعَ سَنَابِلَ فِي كُلِّ سُنۢبُلَةٖ مِّاْئَةُ حَبَّةٖۗ وَٱللَّهُ يُضَٰعِفُ لِمَن يَشَآءُۚ وَٱللَّهُ وَٰسِعٌ عَلِيمٌ
(Al-Baqarah:2:261)

The semblance of those who expend their wealth in the way of God is that of a grain of corn from which grow seven ears, each ear containing a hundred grains. Truly God increases for whomsoever He will, for God is infinite and all-wise.
(Al-Baqarah:2:261)

Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah¹ adalah seumpama sebutir benih yang menumbuhkan tujuh tangkai; pada setiap tangkai seratus biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi sesiapa yang dikehendaki. Dan Allah Maha Luas (kurniaNya), lagi Maha Mengetahui. (Al-Baqarah: 2:261)

¹. Pengertian menafkahkan hartanya di jalan Allah meliputi; belanja untuk kepentingan jihad, pembangunan perguruan, rumah sakit, usaha penyelidikan ilmiah dan lain- lain.


(iii)
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لَا تُبۡطِلُواْ صَدَقَٰتِكُم بِٱلۡمَنِّ وَٱلۡأَذَىٰ كَٱلَّذِي يُنفِقُ مَالَهُۥ رِئَآءَ ٱلنَّاسِ وَلَا يُؤۡمِنُ بِٱللَّهِ وَٱلۡيَوۡمِ ٱلۡأٓخِرِۖ فَمَثَلُهُۥ كَمَثَلِ صَفۡوَانٍ عَلَيۡهِ تُرَابٞ فَأَصَابَهُۥ وَابِلٞ فَتَرَكَهُۥ صَلۡدٗاۖ لَّا يَقۡدِرُونَ عَلَىٰ شَيۡءٖ مِّمَّا كَسَبُواْۗ وَٱللَّهُ لَا يَهۡدِي ٱلۡقَوۡمَ ٱلۡكَٰفِرِينَ
(Al-Baqarah:2:264)

O believers, do not nullify your charity by giving to oblige and flaunting (your favours) like a man who spends of his wealth only to show off, but does not believe in God and the Last Day. His semblance is that of a rock covered with earth which is washed away by rain exposing the hard rock bare. So they gain nothing from their earnings. God does not guide a people who do not believe.
(Al-Baqarah:2:264)

Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu menghilangkan (pahala) sedekahmu dengan menyebut- menyebutnya dan (menyakiti perasaan si penerima), seperti orang yang menafkahkan hartanya kerana riyak kepada manusia dan dia tidak beriman kepada Allah dan hari kemudian. Maka perumpamaan orang itu seperti batu licin yang di atasnya ada tanah, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu jadilah dia bersih (tidak bertanah). Mereka tidak menguasai sesuatu pun dari apa yang mereka usahakan dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang yang kafir.¹ (Al-Baqarah:2: 264)

¹. Mereka tidak mendapat manfaat di dunia dari usaha- usaha mereka dan tidak pula mendapat pahala di akhirat.


(iv)
ٱلشَّيۡطَٰنُ يَعِدُكُمُ ٱلۡفَقۡرَ وَيَأۡمُرُكُم بِٱلۡفَحۡشَآءِۖ وَٱللَّهُ يَعِدُكُم مَّغۡفِرَةٗ مِّنۡهُ وَفَضۡلٗاۗ وَٱللَّهُ وَٰسِعٌ عَلِيمٞ
(Al-Baqarah:2:268)

Satan threatens you with want, and orders you (to commit) shameful acts. But God promises His pardon and grace, for God is bounteous and all-knowing.
(Al-Baqarah:2:268)

Syaitan menjanjikan (menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan menyuruh kamu berbuat kejahatan (bakhil) , sedangkan Allah menjanjikan untukmu keampunan dariNya dan kurniaanNya.¹ Dan Allah Maha Luas (kurniaanNya) lagi Maha Mengetahui.
(Al-Baqarah:2: 268)

¹. Balasan yang lebih baik dari apa yang dikerjakan ketika di dunia.


(v)
إِن تُبۡدُواْ ٱلصَّدَقَٰتِ فَنِعِمَّا هِيَۖ وَإِن تُخۡفُوهَا وَتُؤۡتُوهَا ٱلۡفُقَرَآءَ فَهُوَ خَيۡرٞ لَّكُمۡۚ وَيُكَفِّرُ عَنكُم مِّن سَيِّ‍َٔاتِكُمۡۗ وَٱللَّهُ بِمَا تَعۡمَلُونَ خَبِيرٞ
(Al-Baqarah:2:271)

If you give alms openly, it is well; but if you do it secretly and give to the poor, that is better. This will absolve you of some of your sins; and God is cognisant of all you do.
(Al-Baqarah:2:271)

Jika kamu menzahirkan sedekah(mu)¹ maka itu adalah baik sekali. Dan jika kamu menyembunyikannya² dan kamu berikan kepada orang fakir, maka menyembunyikan itu lebih baik bagimu. Dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebahagian kesalahan- kesalahanmu dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan. (Al-Baqarah:2: 271)

¹. Menzahirkan sedekah dengan tujuan supaya dicontohi oleh orang lain.

². Menyembunyikan (sedekah) lebih baik dari menzahirkannya, kerana menzahirkan sedekah boleh menimbulkan rasa riyak pada diri pemberi dan boleh pula menyakiti hati penerima sedekah.


(vi)
لِلۡفُقَرَآءِ ٱلَّذِينَ أُحۡصِرُواْ فِي سَبِيلِ ٱللَّهِ لَا يَسۡتَطِيعُونَ ضَرۡبٗا فِي ٱلۡأَرۡضِ يَحۡسَبُهُمُ ٱلۡجَاهِلُ أَغۡنِيَآءَ مِنَ ٱلتَّعَفُّفِ تَعۡرِفُهُم بِسِيمَٰهُمۡ لَا يَسۡ‍َٔلُونَ ٱلنَّاسَ إِلۡحَافٗاۗ وَمَا تُنفِقُواْ مِنۡ خَيۡرٖ فَإِنَّ ٱللَّهَ بِهِۦ عَلِيمٌ
(Al-Baqarah:2:273)

(Give to) the needy who are engaged in the service of God who are not able to move about in the land, whom the ignorant consider to be affluent as they refrain from asking. You can know them from their faces for they do not ask of men importunately. God is surely cognisant of good things that you spend.
(Al-Baqarah:2:273)

(Bersedekahlah, berzakatlah) kepada orang fakir yang terikat (oleh jihad) di jalan Allah, mereka tidak dapat (berusaha) di muka bumi, orang yang tidak tahu menyangka bahawa mereka orang kaya kerana mereka memelihara diri dari meminta- minta. Kamu (Muhammad) mengenali mereka dengan melihat sifat- sifatnya, mereka tidak meminta kepada orang secara mendesak. Dan apa saja harta yang baik yang kamu nafkahkan (di jalan Allah), maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahui.
(Al-Baqarah:2: 273)


(vii)
وَلَا يَحۡسَبَنَّ ٱلَّذِينَ يَبۡخَلُونَ بِمَآ ءَاتَىٰهُمُ ٱللَّهُ مِن فَضۡلِهِۦ هُوَ خَيۡرٗا لَّهُمۖ بَلۡ هُوَ شَرّٞ لَّهُمۡۖ سَيُطَوَّقُونَ مَا بَخِلُواْ بِهِۦ يَوۡمَ ٱلۡقِيَٰمَةِۗ وَلِلَّهِ مِيرَٰثُ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضِۗ وَٱللَّهُ بِمَا تَعۡمَلُونَ خَبِيرٞ
(Ali-'Imran:3:180)

Let not those who are niggardly of things that God has given them of His largesse think that this is good for them. In fact, it is worse; for what they grudged will be hung around their necks on the Day of Resurrection. To God belong the heavens and the earth, and God is aware of all you do.
(Ali-'Imran:3:180)

Sekali- kali janganlah orang yang bakhil dengan harta yang Allah berikan kepada mereka dari kurniaNya menyangka bahawa kebakhilan itu adalah baik bagi mereka. Sebenarnya kebakhilan itu buruk bagi mereka. Harta yang mereka bakhilkan itu akan dikalungkan kelak dilehernya pada hari kiamat, dan kepunyaan Allah-lah segala warisan (yang ada) di langit dan di bumi. Dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan.
(Ali-'Imran:3: 180)


(viii)
ٱلَّذِينَ يَبۡخَلُونَ وَيَأۡمُرُونَ ٱلنَّاسَ بِٱلۡبُخۡلِ وَيَكۡتُمُونَ مَآ ءَاتَىٰهُمُ ٱللَّهُ مِن فَضۡلِهِۦۗ وَأَعۡتَدۡنَا لِلۡكَٰفِرِينَ عَذَابٗا مُّهِينٗا
(An-Nisa':4:37)

Who are miserly and bid others to be so, and hide what God has given them in His largesse. We have prepared for unbelievers a shameful punishment.
(An-Nisa':4:37)

(Iaitu) mereka yang kikir dan menyuruh orang lain supaya kikir dan menyembunyikan kurniaan yang telah Allah berikan kepada mereka dan Kami telah menyediakan untuk orang kafir azab yang menghinakan.
(An-Nisa':4: 37)
 

JANTINA MALAIKAT


(i) Manusia tidak dapat mengetahui apakah jantina malaikat itu, kerana Allah tidak menjelaskannya di dalam Al-Quran melainkan perkara itu adalah termasuk di dalam golongan alam ghaib.

قُل لَّوۡ كَانَ فِي ٱلۡأَرۡضِ مَلَٰٓئِكَةٞ يَمۡشُونَ مُطۡمَئِنِّينَ لَنَزَّلۡنَا عَلَيۡهِم مِّنَ ٱلسَّمَآءِ مَلَكٗا رَّسُولٗا
(Al-Isra':17:95)

Say: "If angels had peopled the earth and walked about in peace and quiet, We would surely have sent to them an angel as messenger.
(Al-Isra':17:95)

Katakanlah (Muhammad): "Kalau seandai- andai ada malaikat- malaikat yang berjalan- jalan sebagai penghuni di bumi, nescaya Kami turunkan kepada mereka malaikat dari langit untuk menjadi rasul."
(Al-Isra':17:95)



(ii) Sesiapa yang mengatakan Malaikat itu perempuan, maka mereka dikatakan tidak beriman kepada hari akhirat.

إِنَّ ٱلَّذِينَ لَا يُؤۡمِنُونَ بِٱلۡأٓخِرَةِ لَيُسَمُّونَ ٱلۡمَلَٰٓئِكَةَ تَسۡمِيَةَ ٱلۡأُنثَىٰ وَمَا لَهُم بِهِۦ مِنۡ عِلۡمٍۖ إِن يَتَّبِعُونَ إِلَّا ٱلظَّنَّۖ وَإِنَّ ٱلظَّنَّ لَا يُغۡنِي مِنَ ٱلۡحَقِّ شَيۡ‍ٔٗا
(An-Najm:27-28)

Those who do not believe in the Hereafter give the angels names of females. Yet they have no knowledge of this, and follow nothing but conjecture, but conjecture cannot replace the truth.
(An-Najm:27-28)

Sesungguhnya orang- orang yang tidak beriman kepada hari akhirat sahajalah yang tergamak menamakan Malaikat itu dengan nama perempuan, sedang mereka tidak mempunyai sebarang pengetahuan mengenainya, mereka tidak lain hanyalah mengikut sangkaan semata- semata, padahal sesungguhnya sangkaan itu tidak dapat memenuhi kehendak menentukan sesuatu dari kebenaran (i'tiqad).
(An-Najm:27-28)



(iii) Juga sesiapa yang mengatakan Malaikat itu perempuan, akan ditanya dan akan menerima balasan di hari kemudian.

وَجَعَلُواْ ٱلۡمَلَٰٓئِكَةَ ٱلَّذِينَ هُمۡ عِبَٰدُ ٱلرَّحۡمَٰنِ إِنَٰثًاۚ أَشَهِدُواْ خَلۡقَهُمۡۚ سَتُكۡتَبُ شَهَٰدَتُهُمۡ وَيُسۡ‍َٔلُونَ
(Al-Zukhruf:43:19)

Yet they have made the angels, who are creatures of Ar-Rahman, females. Did they witness their creation? We shall record their testimony, and they will be interrogated.
(Al-Zukhruf:43:19)

Dan mereka menjadikan malaikat- malaikat hamba- hamba (Allah) Yang Maha Pemurah itu sebagai jenis perempuan. Apakah mereka menyaksikan penciptaan (malaikat- malaikat itu)? Kelak akan dituliskan kesaksian mereka dan akan diminta untuk bertanggungjawab.
(Al-Zukhruf:43:19)

II. IBLIS MAKHLUK ALLAH YANG SOMBONG


(i) Kesombongan Iblis dan menganggap hina kejadian Adam A.s

وَإِذۡ قَالَ رَبُّكَ لِلۡمَلَٰٓئِكَةِ إِنِّي خَٰلِقُۢ بَشَرٗا مِّن صَلۡصَٰلٖ مِّنۡ حَمَإٖ مَّسۡنُونٖ فَإِذَا سَوَّيۡتُهُۥ وَنَفَخۡتُ فِيهِ مِن رُّوحِي فَقَعُواْ لَهُۥ سَٰجِدِينَ فَسَجَدَ ٱلۡمَلَٰٓئِكَةُ كُلُّهُمۡ أَجۡمَعُون إِلَّآ إِبۡلِيسَ أَبَىٰٓ أَن يَكُونَ مَعَ ٱلسَّٰجِدِين قَالَ يَٰٓإِبۡلِيسُ مَا لَكَ أَلَّا تَكُونَ مَعَ ٱلسَّٰجِدِين قَالَ لَمۡ أَكُن لِّأَسۡجُدَ لِبَشَرٍ خَلَقۡتَهُۥ مِن صَلۡصَٰلٖ مِّنۡ حَمَإٖ مَّسۡنُونٖ
َََ(Al-Hijr:15:29)


But when your Lord said to the angels: "I am verily going to create a human being from fermented clay dried tingling hard; And when I have fashioned him and breathed into him of My spirit, bow before him in homage;" The angels bowed in homage in a body; Except Iblis. He refused to bow with the adorers. "How is it, O Iblis," said (the Lord), "you did not join those who bowed in homage?" "How could I bow," said he, "before a mortal whom You created from fermented clay dried tingling hard?"
(Al-Hijr:15:29)

Dan (ingatlah), ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: "Sesungguhnya Aku akan menciptakan seorang manusia daripada tanah liat kering (yang berasal) daripada lumpur hitam yang diberi bentuk. Maka apabila Aku telah menyempurnakan (kejadian)nya dan telah meniupkan ke dalamnya roh (ciptaan)Ku, maka tunduklah kamu kepada dengan bersujud.¹ Maka bersujudlah para malaikat itu semuanya bersama- sama. Kecuali Iblis. Ia enggan ikut bersama- sama (malaikat) yang sujud itu. Allah berfirman: "Wahai Iblis! Apa sebabnya kamu tidak (ikut sujud) bersama- sama mereka yang sujud itu?" Iblis berkata: "Aku sekali- kali tidak akan sujud kepada manusia yang Engkau telah ciptakannya daripada tanah liat yang kering (yang berasal) daripada lumpur hitam yang diberi bentuk."
(Al-Hijr:15:29)

¹.Sujud di sini bukan menyembah, tetapi penghormatan.



(ii) Akibat kesombongannya Iblis termasuk termasuk dalam golongan kafir

وَإِذۡ قُلۡنَا لِلۡمَلَٰٓئِكَةِ ٱسۡجُدُواْ لِأٓدَمَ فَسَجَدُوٓاْ إِلَّآ إِبۡلِيسَ
أَبَىٰ وَٱسۡتَكۡبَرَ وَكَانَ مِنَ ٱلۡكَٰفِرِينَ
(Al- Baqarah:2:34)

Remember, when We asked the angels to bow in homage to Adam, they all bowed but Iblis, who disdained and turned insolent, and so became a disbeliever.
(Al- Baqarah:2:34)

Dan (ingatlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada Malaikat: "Tunduklah (berilah hormat) kepada Nabi Adam". Lalu mereka sekaliannya tunduk memberi hormat melainkan Iblis yang enggan dan takbur, dan jadilah ia dari golongan yang kafir.
(Al- Baqarah:2:34)



(iii) Keengganan Iblis mengikut perintah Allah

وَلَقَدۡ خَلَقۡنَٰكُمۡ ثُمَّ صَوَّرۡنَٰكُمۡ ثُمَّ قُلۡنَا لِلۡمَلَٰٓئِكَةِ ٱسۡجُدُواْ  لِأٓدَمَ فَسَجَدُوٓاْ إِلَّآ إِبۡلِيسَ لَمۡ يَكُن مِّنَ ٱلسَّٰجِدِين قَالَ مَا مَنَعَكَ أَلَّا تَسۡجُدَ إِذۡ أَمَرۡتُكَۖ قَالَ أَنَا۠ خَيۡرٞ مِّنۡهُ خَلَقۡتَنِي مِن نَّارٖ وَخَلَقۡتَهُۥ مِن طِينَٖ
(Al- A'raf: 11-12)

Verily We created you and gave you form and shape, and ordered the angels to bow before Adam in homage; and they all bowed but Iblis who was not among those who bowed. "What prevented you" (said God), "from bowing (before Adam) at My bidding?" "I am better than him," said he. "You created me from fire, and him from clay."
(Al-A'raf:7:11-12)

Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu (Adam), lalu Kami bentuk tubuh(mu), kemudian Kami berfirman kepada para malaikat: "Bersujudlah kamu kepada Adam", maka mereka pun bersujud kecuali Iblis. Ia (iblis) tidak termasuk mereka yang bersujud. Allah berfirman: "Apakah yang menghalangmu untuk bersujud (kepada Adam) pada waktu Aku menyuruhmu?" Iblis menjawab: "Aku lebih baik daripada dia. Engkau ciptakan aku daripada api, sedangkan dia Engkau ciptakan daripada tanah."
(Al-A'raf:7:11-12)



وَإِذۡ قُلۡنَا لِلۡمَلَٰٓئِكَةِ ٱسۡجُدُواْ لِأٓدَمَ فَسَجَدُوٓاْ إِلَّآ إِبۡلِيسَ أَبَىٰ
(Taha:20:116)

When We said to the angels: ''Bow before Adam,'' they all bowed but Iblis, who refused.
(Taha:20:116)

Dan (ingatlah) ketika Kami berkata kepada malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam!" Lalu mereka pun sujud kecuali iblis; dia menolak.
(Taha:20:116)



وَإِذۡ قُلۡنَا لِلۡمَلَٰٓئِكَةِ ٱسۡجُدُواْ لِأٓدَمَ فَسَجَدُوٓاْ إِلَّآ إِبۡلِيسَ 
(Al-Kahfi:18:50)

When We said to the angels: "Bow before Adam in adoration," they all bowed but Iblis.
(Al-Kahfi:18:50)

Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para malaikat: "Bersujudlah kamu kepada Adam", maka bersujudlah mereka kecuali iblis.
(Al-Kahfi:18:50)



(iv) Allah mengejek kesombongan Iblis.

إِذۡ قَالَ رَبُّكَ لِلۡمَلَٰٓئِكَةِ إِنِّي خَٰلِقُۢ بَشَرٗا مِّن طِينٖ فَإِذَا سَوَّيۡتُهُۥ وَنَفَخۡتُ فِيهِ مِن رُّوحِي فَقَعُواْ لَهُۥ سَٰجِدِين فَسَجَدَ ٱلۡمَلَٰٓئِكَةُ كُلُّهُمۡ أَجۡمَعُون إِلَّآ إِبۡلِيسَ ٱسۡتَكۡبَرَ وَكَانَ مِنَ ٱلۡكَٰفِرِين قَالَ يَٰٓإِبۡلِيسُ مَا مَنَعَكَ أَن تَسۡجُدَ لِمَا خَلَقۡتُ بِيَدَيَّۖ أَسۡتَكۡبَرۡتَ أَمۡ كُنتَ مِنَ ٱلۡعَالِينََََ
(Sad:38:71-75)

When your Lord said to the angels: "I am going to create a man from clay; And when I have made him and have breathed into him of My spirit. Fall down in homage before him." Then the angels bowed before him in a body, Except Iblis. He was filled with pride and turned an unbeliever. Said (God): "O Iblis, what hindered you from adoring what I created by My own authority? Are you too proud, or too high and mighty?"
(Sad:38:71-75)

(Ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: "Sesungguhnya Aku akan menciptakan manusia daripada tanah. Kemudian apabila telah Aku sempurnakan kejadiannya dan Aku tiupkan roh (ciptaan)Ku kepadanya; maka tunduklah kamu dengan bersujud kepadanya." Lalu para malaikat itu bersujud semuanya, kecuali iblis; ia menyombongkan diri dan ia termasuk golongan yang kafir. (Allah) berfirman: "Wahai iblis, apakah yang menghalang kamu sujud kepada yang telah Aku ciptakan dengan kekuasaanKu. Apakah kamu menyombongkan diri atau kamu (merasa) termasuk golongan yang (lebih) tinggi?"
(Sad:38:71-75)


 

FADHILAT MENYEBUT NAMA AL- 'AZIZ


AL- 'AZIZ

Bagi Allah, al- 'Aziz bermaksud yang gagah perkasa, yang tunggal dengan keagungan dan kebesaran-Nya, Dialah yang memuliakan orang- orang yang dikehendaki-Nya dan menghina orang- orang yang dikehendaki-Nya.

Disebutkan dalam Al-Quran:

Maksudnya: "Dan ketahuilah, sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana."

(Surah Al- Baqarah: 260)

Rahsia dan keistimewaan nama ini:
1. Sesiapa yang selalu berzikir dengan menggunakan nama ini, ia akan menjadi mulia serta gagah di antara teman- temannya, serta Allah memuliakannya selepas ia berkeadaan hina, Allah menjadikannya kaya selepas ia miskin serta Allah mengurniakan keamanan dan kesejahteraan kepadanya selepas ia berada dalam keadaan takut.

2. Al- Sahrawardiy berkata: " Sesiapa membacanya selama tujuh hari berturut- turut, nescaya Allah menghinakan musuhnya serta melembutkan ke atasnya setiap orang yang memandangnya."

Wallahu a'lam.

DOA MEMAKAI PAKAIAN


اَللَّهُمَّ أسْأَلُكَ مِنْ خَيْرِهِ وَخَيْرِ مَاهُوَ لَهُ وَأَعُوْذُ بِكَ مِنْ شَرِّهِ وَشَرِّ مَا هُوَ لَهُ


Ya Allah, aku memohon kepadaMu kebaikan pakaian ini dan kebaikan sesuatu yang dibuat untuk pakaian ini. Aku berlindung denganMu dari kejahatan pakaian ini dan kejahatan sesuatu yang ada pada pakaian ini.


Catatan: Mulailah berpakaian dengan mendahulukan tangan dan kaki kanan.

TASBIH, TAHMID DAN TAKBIR


 

FADHILAT DI BULAN ZULHIJJAH


Dari sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas R.a, Rasullullah S.a.w telah menerangkan tentang fadhilat di bulan Zulhijjah iaitu :-

1. Tanggal 1 Zulhijjah kesalahan Nabi Adam A.s telah diampunkan Allah. Oleh itu sesiapa yang berpuasa pada hari itu dosanya akan diampunkan oleh Allah S.w.t.

 2. Tanggal 2 Zulhijjah doa nabi Yunus A.s diperkenankan Allah. Oleh itu sesiapa yang berpuasa pada hari itu seperti berpuasa setahun dan dicatitkan baginya seperti tidak pernah melakukan maksiat.

 3. Tanggal 3 Zulhijjah doa nabi Zakaria A.s telah diperkenankan oleh Allah. Oleh itu sesiapa yang berpuasa pada hari itu doanya juga akan diperkenankan oleh Allah S.w.t.

 4. Tanggal 4 Zulhijjah Nabi Isa A.s dilahirkan. Oleh itu sesiapa yang berpuasa pada hari itu akan terhindar dari kefakiran dan kemelaratan.

 5. Tanggal 5 Zulhijjah Nabi Musa A.s dilahirkan. Oleh itu sesiapa yang berpuasa pada hari itu akan terlepas ia dari sifat munafik dan siksaan kubur.

 6. Tanggal 6 Zulhijjah Allah telah membukakan pintu-pintu kebajikan kepada nabi-nabiNya. Oleh itu sesiapa yang berpuasa pada hari itu akan dipandang oleh Allah dengan pandangan rahmat.

 7. Tanggal 7 Zulhijjah pintu neraka Jahannam akan dikunci. Oleh itu sesiapa yang berpuasa pada hari itu akan dibukakan 30 pintu kemudahan dan dikunci 30 pintu kesulitannya.

 8. Tanggal 8 Zulhijjah Nabi Ibrahim telah mendapat perintah supaya menyembelih anaknya Ismail. Seharian ia berfikir sama ada perintah itu daripada Allah atau dari Syaitan. Hari itu dinamakan hari Tarwiyah (hari berfikir). Sesiapa yang berpuasa hari tersebut akan diberikan pahala yang banyak oleh Allah S.w.t.

 9. Tanggal 9 Zulhijjah Allah telah memberitahu kepada Nabi Ibrahim bahawa mimpinya itu adalah benar dari Allah, bukan dari syaitan. Oleh itu, hari tersebut telah dikenali sebagai 'Arafah' (Hari ketahui) Sunat bersedekah kepada fakir miskin. Sesiapa yang bersedekah pada hari tersebut akan dibangkitkan oleh Allah pada hari kiamat nanti dalam keadaan aman dan sentosa.

 10. Amalan sunat pada 10 Zulhijjah seperti :

• Mandi sunat Aidil Adha pada pagi harinya.
 •Sunat tidak menjamah makanan atau minuman sehinggalah selesai menunaikan solat Adha.
 •Keluar menuju ke masjid dengan satu jalan dan bila pulang menggunakan jalan yang lain.
 •Lebih afdal dengan berjalan kaki ke masjid.
 •Mengumandangkan takbir, tahmid dan tahlil bermula malam 10 Zulhijjah hinggalah terbenam matahari pada tanggal 13 Zulhijjah (Takbir Muqayyad).

 11. Sunat membaca doa akhir tahun pada tanggal 29 atau 30 Zulhijjah selepas solat Asar dan membaca doa awal tahun selepas solat Maghrib pada malam pertama awal Muharram.


Wallahu a'lam..
 

FADHILAT MENYEBUT NAMA AL- MUHAIMIN


AL- MUHAIMIN


Bagi Allah, al- Muhaimin bererti Allah S.w.t mengawas dan menjaga atas makhluk-Nya serta mengatur dengan teliti tentang hal-ehwal pekerjaan rezeki dan ajal mereka.

Firman Allah S.w.t:

"Dan Kami turunkan kepadamu (wahai Nabi Muhammad) kitab (Al-Quran) dengan membawa kebenaran untuk mengesahkan benarnya kitab- kitab suci yang telah diturunkan sebelumnya dan untuk memelihara serta mengawasinya."

(Surah Al- Maidah: 48)


Rahsia dan keistimewaan nama ini:


Sesiapa yang berwirid dengan menyebut nama ini setiap kali selepas sembahyang dengan 100 kali zikir, akan memancar di hatinya cahaya iman, akan hilanglah keraguannya serta kelupaannya, dan akan kuatlah ingatannya.

Wallahu a'lam.

AKIBAT TIDAK MENGHIRAUKAN PERINGATAN ALLAH S.W.T


وَلَقَدۡ صَرَّفۡنَا فِي هَٰذَا ٱلۡقُرۡءَانِ لِلنَّاسِ مِن كُلِّ مَثَلٖۚ وَكَانَ ٱلۡإِنسَٰنُ أَكۡثَرَ شَيۡءٖ جَدَلٗا
(Al-Kahfi:18:54)

"We have explained in various ways all things to men in this Qur'an; but of all things man is most contentious."
(Al-Kahfi:18:54)

"Dan sesungguhnya Kami telah mengulang- ulangi bagi manusia dalam al-Quran ini bermacam- macam perumpamaan. Dan manusia adalah makhluk yang paling banyak membantah."
(Al-Kahfi:18:54)



وَمَا مَنَعَ ٱلنَّاسَ أَن يُؤۡمِنُوٓاْ إِذۡ جَآءَهُمُ ٱلۡهُدَىٰ وَيَسۡتَغۡفِرُواْ رَبَّهُمۡ إِلَّآ أَن تَأۡتِيَهُمۡ سُنَّةُ ٱلۡأَوَّلِينَ أَوۡ يَأۡتِيَهُمُ ٱلۡعَذَابُ قُبُلٗا
(Al-Kahfi:18:55)

"There is nothing to prevent men from believing when the guidance has come to them, and asking for their Lord's forgiveness, unless they want the example of earlier people visited upon them, or the punishment to appear right before their eyes."
(Al-Kahfi:18:55)

"Dan tidak ada sesuatu pun yang menghalangi manusia daripada beriman ketika petunjuk telah datang kepada mereka dan memohon keampunan kepada Tuhannya, kecuali (keinginan menanti) datangnya hukum (Allah yang telah berlaku pada) umat- umat yang terdahulu atau datangnya azab atas mereka dengan nyata."
(Al-Kahfi:18:55)



وَمَا نُرۡسِلُ ٱلۡمُرۡسَلِينَ إِلَّا مُبَشِّرِينَ وَمُنذِرِينَۚ وَيُجَٰدِلُ ٱلَّذِينَ كَفَرُواْ بِٱلۡبَٰطِلِ لِيُدۡحِضُواْ بِهِ ٱلۡحَقَّۖ وَٱتَّخَذُوٓاْ ءَايَٰتِي وَمَآ أُنذِرُواْ هُزُوٗا
(Al-Kahfi:18:56)

"We never send apostles but to convey happy tidings, and to warn. But those who disbelieve contend with false arguments to nullify the truth. They make a mockery of My revelations and of what they had been warned."
(Al-Kahfi:18:56)

"Dan tidaklah Kami mengutus rasul- rasul melainkan pembawa berita gembira dan sebagai pemberi peringatan, tetapi orang yang kafir membantah dengan (cara) yang batil agar dengan demikian mereka dapat melenyapkan yang hak dan mereka menganggap ayat- ayat Kami dan peringatan- peringatan terhadap mereka sebagai olok- olokan."
(Al-Kahfi:18:56)



وَمَنۡ أَظۡلَمُ مِمَّن ذُكِّرَ بِ‍َٔايَٰتِ رَبِّهِۦ فَأَعۡرَضَ عَنۡهَا وَنَسِيَ مَا قَدَّمَتۡ يَدَاهُۚ إِنَّا جَعَلۡنَا عَلَىٰ قُلُوبِهِمۡ أَكِنَّةً أَن يَفۡقَهُوهُ وَفِيٓ ءَاذَانِهِمۡ وَقۡرٗاۖ وَإِن تَدۡعُهُمۡ إِلَى ٱلۡهُدَىٰ فَلَن يَهۡتَدُوٓاْ إِذًا أَبَدٗا
(Al-Kahfi:18:57)

"Who is more unjust than he who, on being reminded of his Lord's revelations, turns away from them, and forgets the evil deeds he had committed in the past. Verily We have placed a covering on their hearts so that they do not understand, and a deafness in their ears so that however you may call them to guidance they will never be guided aright."
(Al-Kahfi:18:57)

"Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang telah diperingatkan dengan ayat- ayat daripada Tuhannya, lalu dia berpaling daripadanya dan melupakan apa yang telah dikerjakan oleh kedua tangannya? Sesungguhnya Kami telah meletakkan tutupan di atas hati mereka, (sehingga mereka tidak) memahaminya, dan (Kami letakkan pula) sumbatan di telinga mereka; dan sungguhpun kamu (Muhammad) menyeru mereka kepada petunjuk, nescaya mereka tidak akan mendapat petunjuk selama- lamanya."
(Al-Kahfi:18:57)



وَرَبُّكَ ٱلۡغَفُورُ ذُو ٱلرَّحۡمَةِۖ لَوۡ يُؤَاخِذُهُم بِمَا كَسَبُواْ لَعَجَّلَ لَهُمُ ٱلۡعَذَابَۚ بَل لَّهُم مَّوۡعِدٞ لَّن يَجِدُواْ مِن دُونِهِۦ مَوۡئِلٗا
(Al-Kahfi:18:58)

"But your Lord is forgiving, full of benevolence. If He had pleased to punish them for their doings He would have punished them immediately. But a term is fixed for them from which they will find no escape."
(Al-Kahfi:18:58)

"Dan Tuhanmulah Yang Maha Pengampun lagi mempunyai rahmat. Jika Dia mengazab mereka kerana perbuatan mereka, tentu Dia akan menyegerakan azab bagi mereka. Tetapi bagi mereka ada waktu yang tertentu (untuk mendapat azab) yang mereka sekali- kali tidak akan menemukan tempat berlindung dariNya."
(Al-Kahfi:18:58)


 

I. KEJADIAN IBLIS


(i) Diciptakan oleh Allah dari api

قَالَ مَا مَنَعَكَ أَلَّا تَسۡجُدَ إِذۡ أَمَرۡتُكَۖ قَالَ أَنَا۠ خَيۡرٞ مِّنۡهُ
خَلَقۡتَنِي مِن نَّارٖ وَخَلَقۡتَهُۥ مِن طِينٖ
(Al-A'raf:7:12)

"What prevented you" (said God), "from bowing (before Adam) at My bidding?" "I am better than him," said he. "You created me from fire, and him from clay."
(Al-A'raf:7:12)

Allah berfirman: "Apakah yang menghalangmu untuk bersujud (kepada Adam) pada waktu Aku menyuruhmu?" Iblis menjawab:" Aku lebih baik daripada dia. Engkau ciptakan aku daripada api, sedangkan dia Engkau ciptakan daripada tanah."
(Al-A'raf:7:12)

 قَالَ أَنَا۠ خَيۡرٞ مِّنۡهُ خَلَقۡتَنِي مِن نَّارٖ وَخَلَقۡتَهُۥ مِن طِينٖ
(Sad:38:76)

He said: "I am better than he. You created me from fire, and him from clay."
(Sad:38:76)

Iblis berkata:" Aku lebih baik daripadanya, kerana Engkau ciptakan aku daripada api, sedangkan dia Engkau ciptakan daripada tanah."
(Sad:38:76)

(ii) Iblis menjadi nenek moyang kepada seluruh Syaitan dari golongan Jin

وَإِذۡ قُلۡنَا لِلۡمَلَٰٓئِكَةِ ٱسۡجُدُواْ لِأٓدَمَ فَسَجَدُوٓاْ إِلَّآ إِبۡلِيسَ كَانَ مِنَ ٱلۡجِنِّ فَفَسَقَ عَنۡ أَمۡرِ رَبِّهِۦٓۗ
(Al-Kahfi:18:50)

When We said to the angels: "Bow before Adam in adoration," they all bowed but Iblis. He was one of the jinni and rebelled against his Lord's command.
(Al-Kahfi:18:50)

Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para malaikat: "Bersujudlah kamu kepada Adam", maka bersujudlah mereka kecuali iblis. Dia adalah daripada golongan jin, maka dia menderhakai perintah Tuhannya.
(Al-Kahfi:18:50)


(iii) Iblis mempunyai keturunan

أَفَتَتَّخِذُونَهُۥ وَذُرِّيَّتَهُۥٓ أَوۡلِيَآءَ مِن دُونِي وَهُمۡ لَكُمۡ عَدُوُّۢۚ بِئۡسَ لِلظَّٰلِمِينَ بَدَلٗا
(Al-Kahfi:18:50)

And yet you take him and his offspring as your friends instead of Me, even though they are your enemies. How sad a substitute for the evil-doers!
(Al-Kahfi:18:50)

Patutkah kamu mengambil dia dan keturunannya sebagai pemimpin selain daripadaKu, sedang mereka adalah musuhmu? Sangat buruklah iblis itu sebagai pengganti (Allah) bagi yang zalim.
(Al-Kahfi:18:50)
 

MALAIKAT SEBAGAI PENJAGA YANG MENAUNGI MANUSIA DENGAN IZIN ALLAH


(i) Setiap manusia telah Allah sediakan Malaikat- Malaikat untuk menjadi pengawalnya.

وَهُوَ ٱلۡقَاهِرُ فَوۡقَ عِبَادِهِۦۖ وَيُرۡسِلُ عَلَيۡكُمۡ حَفَظَة

He has power over His creatures, and appoints guardians to watch over them.

Dan Dialah yang berkuasa atas sekalian hamba- hambaNya dan Ia mengutuskan kepada kamu pengawal- pengawal (Malaikat yang menjaga dan menulis segala yang kamu lakukan).

(Al-An'am : 61)


(ii) Malaikat akan mengiringi manusia itu dari hadapan atau belakangnya
لَهُۥ مُعَقِّبَٰتٞ مِّنۢ بَيۡنِ يَدَيۡهِ وَمِنۡ خَلۡفِهِۦ يَحۡفَظُونَهُۥ مِنۡ أَمۡرِ ٱللَّهِۗ

His angels keep watch over him in succession (night and day), in front and behind, by God's command.

Bagi tiap- tiap seorang ada Malaikat penjaganya yang silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan sebab perintah Allah.

(Ar-Ra'ad: 11)


(iii) Malaikat ditugaskan untuk menjaga dan menulis apa-apa yang manusia lakukan

وَإِنَّ عَلَيۡكُمۡ لَحَٰفِظِينَ. كِرَامٗا كَٰتِبِينَ. يَعْلَمُوْنَ مَا
تَفْعَلُوْنَ

Surely there are guardians over you, Illustrious scribes, Who know what you do.

Padahal sesungguhnya ada Malaikat- Malaikat yang menjaga dan mengawas segala bawaan kamu. (Mereka adalah makhluk) yang mulia (di sisi Allah), lagi yang ditugaskan menulis (amal- amal kamu). Mereka mengetahui apa yang kamu lakukan.
(Al-Infitar : 10-12)


(iv) Malaikat Raqib dan Atid akan mencatat dan mengawasi perbuatan manusia

اِذْ يَتَلَقَّى الْمُتَلَقِّيَانِ عَنِ الْيَمِيْنِ وَعَنِ الشِّمَالِ قَعِيْدٌ. مَا يَلْفِظُ مِنْ قَوْلٍ اِلاَّ لَديْهِ رَقِيْبٌ عَتِيْدٌ.

When the two (angels) who keep the account, one sitting on the right, one on the left, take it down, There is not a word he utters but an observer is ready (to make note of it).

Semasa dua Malaikat (yang mengawal dan menjaganya) menerima dan menulis segala perkataan serta perbuatannya, yang satu duduk di sebelah kanannya, dan yang satu lagi di sebelah kirinya. Tidak ada sebarang perkataan yang dilafazknnya (atau perbuatannya yang dilakukannya) melainkan ada di sisinya Malaikat Raqib (pencatat kebaikan dan Malaikat Atid (pencatat kejahatan).

(Qaf: 17-18)
 

KISAH SAIDINA UMAR AL-KHATTAB SEBELUM MEMELUK ISLAM


Hati kecilnya tidak sanggup lagi melihat abangnya terus-menerus menjadi seteru Allah. Sejak Islam bersinar di bumi yang kontang itu,entah sudah berapa nyawa yang rebah hasil perbuatannya. Dia menyedari tiada kekuatan yang ampuh untuk menghalang segala kedurjanaan abangnya. Kerana abangnya terkenal dengan sikap bengis,keras kepala dan tidak mahu tunduk kepada sesiapa pun. Lantaran keperibadiannya itu membuatkan kaumnya takut,tunduk dan terpaksa hormat kepadanya. Masa terus berlalu,kedurjanaan itu semakin meresahkan hati Fatimah. Dikala itu hanya Tuhan saja yang tahu isi hatinya.

Sikap abangnya yang terlalu menghina dan memusuhi Islam sangat menghiris hatinya. Segala peristiwa itu membuatkan Fatimah rasa malu pada Rasulullah s.a.w dan para sahabat,lebih-lebih lagi pada Allah s.w.t Itu semua membuatkan ia bangun ditengah malam untuk menceritakan segalanya pada Tuhan. Tuhan Yang Maha Baik tentu tidak akan melupakan hambanya. Fatimah pernah mendengar Rasulullah berdoa,demikian bunyinya: “Wahai Allah s.w.t ,muliakan Islam dengan salah seorang dari dua Umar,Umar bin Hisyam atau Umar bin Al Khattab.” Fatimah berharap sangat agar Tuhan memilih abangnya,Umar bin Al Khattab untuk menguatkan Islam.

Walaupun sifat abangnya terlalu garang,keras kepala,tegas dalam mempertahankan pendiriannya,dan menyeksa hambanya yang memeluk Islam hingga ada yang mati. Menurut sejarah,11 orang pernah diseksa oleh Umar hingga ada yang mati dan tercedera. Fatimah rasa bertanggungjawab untuk membetulkan dan mengislamkan abangnya. Tapi apalah dayanya,sedangkan keIslamannya sendiri masih disembunyikan dari pengetahuan abangnya. Kalau Umar tahu dia telah Islam,tentu buruk padahnya. Tentu berbagai penderitaan dan seksaan akan menimpanya. Sebab itulah Fatimah hanya mampu berdoa dan merintih kepada Allah siang dan malam. Semoga Allah selesaikan masalahnya segera. Bukankah Allah pernah berfirman dengan maksudnya:

“Pintalah kepada-Ku,nescaya Aku akan kabulkan permintaanmu.”

Fatimah Al-Khattab yakin sungguh-sungguh bahawa Tuhan tentu tidak memungkirkan janji-Nya. Kiranya dia benar-benar menyerah diri kepada Allah dengan penuh yakin bahawa Allah sahaja yang boleh menyelesaikannya. Tuhan yang Maha Penyayang,Maha Pengasih,Maha Mengetahui, Maha Mendengar lagi Maha Agung tentu mendengar rayuannya setiap hari dan pasti akan menunaikan permintaannya. Pada suatu malam,Fatimah dan suaminya Said bin Zaid membuka kembali lembaran - lembaran kalam Allah yang telah diajarkan oleh Rasulullah. Fatimah melagukan ayat-ayat itu dengan alunan irama yang indah,air matanya melimpah keluar ketika menghayati maksud dari ayat-ayat tersebut. Suaminya yang memerhati dan menyemak segala bacaannya turut terharu. Ayat-ayat yang dibaca oleh Fatimah menusuk kedalam jantungnya ,tenggelam dalam hatinya dan terus bertebaran ke dalam urat sarafnya.

Sedang masing - masing khusyuk menghayati maksud ayat Al-Quran itu,tanpa disedari ada sepasang mata yang sedang mengintip dan memasang telinga mendengar ayat yang dibaca. Mata itu memandang dengan pandangan sinis tanpa berkelip - kelip,merah menyala menahan marah. Walaupun kalimah yang dibaca itu agak kurang jelas namun dia yakin bahawa kedua suami isteri itu kini telah Islam sebagaimana kata seorang pemuda yang ditemuinya sebentar tadi. Dengan suara lantang,Umar menjerkah mereka. Fatimah tersentak lalu cepat-cepat dia menyimpan lembaran itu.

“Kalimah apa yang aku dengar tadi??” Mereka berpura-pura menggeleng-gelengkan kepala menandakan tidak tahu.

“Aku mendengar kamu berdua telah mengikut agama Muhammad?Benarkah begitu?” jeritnya bagaikan halilintar. “Apa pendapatmu sekiranya agama selain agamamu itu adalah benar?” jawab adik iparnya Said. Mendengar itu Umar melompat ke arah iparnya itu,terjadilah pergelutan. Umar menarik janggut Said. Said terlentang,lalu diduduki oleh Umar di atas dadanya,sehingga tidak bergerak.Melihat kejadian itu Fatimah menolak badan Umar untuk membela suaminya. Spontan Umar berdiri lalu menempeleng muka adiknya. Fatimah terjatuh,dan darah merah mengalir keluar dari hidung dan mulutnya.

Fatimah bangkit dari tempat jatuhnya,tiba-tiba seakan-akan ada satu seruan yang menggesanya supaya mengatakan sesuatu kerana masa itulah saat yang paling sesuai untuk diterangkan mengenai Islam. Tanpa menghiraukan darah yang berhamburan itu Fatimah berkata dengan penuh keyakinan: “Wahai musuh Allah,engkau pukul kami kerana kami mengEsa kan Allah. Engkau boleh buat sesuka hatimu. Sekalipun engkau bunuh kami,kami tetap mengaku bahawa tidak ada Tuhan selain Allah,dan bahawa Muhammad s.a.w itu adalah Rasul Allah,yang akan membersihkan dunia ini dari sebarang kezaliman dan penindasan.

”Darah yang mengalir keluar dari hidung dan mulut Fatimah serta jawapannya yang begitu berani,membawa kesan yang mendalam pada jiwa Umar. Dengan tiba-tiba dia rasa menyesal dan sedih atas tindakannya yang melulu itu. Dia merasa bersalah kerana memukul adik kandungnya sendiri.

Dengan suara merendah,Umar berkata: “Berikan aku apa yang kamu baca tadi.”

Fatimah agak keberatan memberi kan lembaran itu tetapi melihatkan kesungguhan abangnya yang ingin mengetahui akhirnya Fatimah mengeluarkan lembaran ayat Al-Quran itu dan diberikan kepada Umar. Ayat tersebut berbunyi: “Kami tidak menurunkan Al-Quran itu kepadamu agar kamu mendapat kesusahan,tetapi sebagai peringatan bagi orang-orang yang takut (kepada Allah). Diturunkan dari Allah yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi (iaitu) Tuhan yang Maha Pemurah yang bersemayam di atas arasy.” [Surah Thaha: 1-5]

Berkata Sayidina Umar Al-Khattab: "Aku mengamati semua sahabat,dan tidak menemukan sahabat yang lebih baik daripada menjaga lidah. Aku memikirkan tentang semua jenis pakaian,tetapi tidak menemukan pakaian yang lebih baik daripada taqwa. Aku merenungkan tentang segala jenis amal baik,namun tidak mendapatkan yang lebih baik daripada memberi nasihat baik. Aku mencari segala bentuk rezeki,tapi tidak menemukan rezeki yang lebih baik daripada sabar. Umar berpaling pada Fatimah seraya berkata “Alangkah baik dan indahnya kalimah-kalimah ini.”

Mendengar jawapan tersebut keluar dari bibir Umar,Fatimah terasa seakan - akan bermimpi tapi bila sedar kembali itulah sebenarnya kenyataan. Fatimah berkata sambil menyebut kata-kata Rasulullah: “Ya Allah,kuatkanlah Islam dengan Umar bin Hisyam atau Umar bin Al Khattab.Maka Allah telah memilih Umar,saudaraku sendiri.” Tiga kali Fatimah menyebut nama Allah kerana terlalu berterima kasih pada Tuhan yang telah memperkenankan doa Rasulullah s.a.w dan rintihan hatinya selama ini. Jiwa Umar kini telah berubah,jiwanya kini telah disinari dengan cahaya iman dan hidayah.

Umar berkata kepada Fatimah: “Tunjukkan kepadaku dimana Muhammad berada,aku akan datang padanya demi Islam.” Setelah memberitahu bahawa Rasulullah s.a.w berada dirumah Arqam bin Abi Arqam,Umar bergegas meninggalkan mereka untuk mendapatkan Rasulullah s.a.w Kalau sebelum ini tujuannya adalah untuk memerangi Rasulullah tapi kini untuk berdamai dan menyatakan keislamannya.

Fatimah memandang suaminya,Said tersenyum,Fatimah turut tersenyum gembira. Setelah membersihkan darah yang keluar dari hidung dan mulutnya,Fatimah lantas sujud syukur kepada Allah. Bersyukur kerana telah menyelesaikan masalahnya. Bersyukur kerana Allah telah menyelamatkan saudara kandungnya dari terus kufur. Begitulah seorang wanita yang terpimpin hatinya. Wanita yang kaya jiwanya dengan segala sifat kesabaran,redha,dan tawakal pada Allah s.w.t. tenang berada dalam penderitaan,hatinya mengenagi Allah dengan rasa takut dan harap kepada-Nya. Hatinya sentiasa merasa kehebatan,keagungan,kemurahan dan kasih sayang Allah s.w.t Setiap masa yang Allah anugerahkan kepadanya digunakan untuk berfikir, mencari dan mengenali Allah s.w.t .

Matanya digunakan untuk membaca ayat-ayat Allah sebanyak- banyaknya. Telinganya digunakan untuk mendengar tentang Allah. Kaki dan tangannya digunakan untuk berbakti kepada Allah. Kesimpulannya seluruh anggotanya digunakan untuk mencari keredhaan Allah. Maka di dunia lagi Allah beri kemenangan kepadanya. Sejuklah hati Fatimah melihat abangnya kini bukan lagi seperti abangnya dulu.

Telah berubah menjadi manusia yang sempurna lahir dan batin. Hasil dari kesungguhan Umar bermujahadah,Allah muliakan darjatnya sebaris dengan para sahabat yang lain seperti Sayidina Abu Bakar yang dijamin syurga. Sebelum tidur,dia mengenang kembali perbuatannya sepanjang hari. Kalau dia terbuat sesuatu yang tidak disukai Allah s.w.t ,Umar akan merotan badannya sendiri hingga bengkak - bengkak. Didermakan separuh dari hartanya untuk membantu memperjuangkan agama Islam.

Doa Sayidina Umar yang paling terkenal: “Ya Allah, sibukkanlah aku dalam urusan agama-Mu.”

Saidina Umar Al - Khattab paling kuat mempertahankan hukum Allah. Pada masa ia menjadi khalifah,satu ketika anaknya sendiri terlajak membuat maksiat,Anak itu dihukum sesuai dengan hukum syariat Islam,dan akhimya anak itu mati ketika menjalani hukuman tersebut. Ketegasan Umar membezakan perkara yang hak dan yang batil membuatkan beliau digelar ‘Al Farouq’.

Rasulullah s.a.w bersabda: “Sekiranya ada nabi selepasku nescaya Umarlah orangnya.”

Begitulah kehebatan Saidina Umar Al-Khattab. Namun,tentunya kita tidak melupakan adiknya, Fatimah kerana di rumah Fatimahlah,menjadi tempat terbukanya jiwa Umar menerima cahaya llahi.Maka atas dasar itulah sesuai sekali Fatimah digolong dalam kelompok wanita solehah ,wanita mukmin sejati yang begitu berani mempertahankan keyakinan dan imanannya.

Selain dari itu kehebatan Sayidina Umar ialah ia seorang yang sentiasa menjaga makan dan minumnya daripada sumber yang halal. Pada suatu hari ada seorang lelaki membawa secawan susu buat Umar. Kerana dahaga,baginda terus meminum susu itu tanpa mengetahui darimana ia diperoleh. Sesudah meminum susu itu beliau berasa pelik dengan rasa susu itu. Tanpa berlengah,

Umar bertanya kepada lelaki itu: “Dari manakah kamu dapat susu ini?”

Kemudian lelaki itu menjawab: “Saya mendapat susu ini daripada pengembala unta yang duduk menunggu unta yang disedekahkan dipadang pasir. Unta-untanya itu meragut rumput di situ.” Umar terkejut lalu menjolokkan jarinya ke dalam kerongkong memuntahkan air susu yang diminum.Umar berbuat demikian kerana tidak mengetahui asal usul pengembala dan rumput yang dimakan oleh unta itu milik siapa.

"Siapa yang banyak cakap,banyaklah salahnya,bila banyak salahnya, banyaklah dosanya,bila banyak dosanya,maka neraka adalah yang utama baginya" - [SAYIDINA UMAR AL-KHATTAB]

Pernah dilaporkan bahawa Umar juga seorang yang sangat berhati-hati,dan tidak mementingkan diri. Kisah ini terjadi ketika khalifah itu mendapat kasturi dari Bahrain. Umar mendapat beberapa kilo kasturi. Beliau mempunyai masalah menimbang semua kasturi itu. Beliau berhajat memberikan kasturi itu secara sama rata kepada orang Islam yang berada di kawasannya.

“Siapakah yang mahu menimbang buah kasturi ini. Saya mahu mengagihkan kasturi ini kepada semua orang Islam yang ada di sini supaya mereka dapat buah ini,” kata Umar. Mendengar berita itu,isterinya menawarkan diri menimbang kasturi itu. “Saya pandai menimbang kasturi itu,” kata isteri Umar. Umar tidak berkata apa-apa.Sejenak kemudian,beliau bersuara: “Siapakah yang mahu menimbang buah kasturi ini?” Tidak ada orang yang menjawab.

Tetapi isterinya sekali lagi menawarkan diri menimbangnya. “Saya pandai menimbang kasturi itu,” kata isterinya itu. Umar hanya mendiamkan dirinya. Kali ini masuk kali ketiga Umar bertanyakan soalan yang sama: “Siapakah yang mahu menimbang kasturi ini?” Secara sukarela isterinya sekali lagi menawarkan diri menimbang. Pada kali ini Umar tidak berdiam diri lalu beliau berkata:

“Saya tidak mahu kamu menyentuh kasturi itu kerana bau kasturi itu nanti pasti kamu sapukan kepada badanmu. Itu bukan hak kita.” Oleh kerana itu,Umar mahu orang lain selain daripada ahli keluarganya yang menimbang kasturi tersebut. Umar tidak mahu kedudukan dan kelebihannya sebagai khalifah disalahgunakan oleh ahli keluarga.

NABI SEBAGAI UTUSAN ALLAH


عن ابي هريرة, رضي الله عنه, قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: (( والذي نفس محمد بيده! لا يسمع بي احد من هذه الأمة يهو دي ولا نصراني, ثم يموت ولم يؤمن بالذي ارسلت به, الا كان من اصحاب النار)).    (مسلم)

Dari Abu Hurairah R.a, katanya: Rasulullah S.a.w bersabda: "Demi Tuhan yang diri Muhammad dalam kekuasaanNya! Tidak ada seorang pun dari umat manusia ini, samada yahudi atau nasrani, yang mendengar akan perihalku menjadi utusan Allah, kemudian ia mati sedang ia tidak beriman dengan agama Islam yang aku diutuskan membawanya, melainkan menjadilah ia dari ahli neraka".

(Hadis Riwayat Muslim)

KELEMBUTAN RASULULLAH S.A.W


حَدَّثَنَا عَبْدَانُ، قَالَ أَخْبَرَنَا عَبْدُ اللَّهِ، قَالَ أَخْبَرَنَا يُونُسُ، عَنِ الزُّهْرِيِّ، ح وَحَدَّثَنَا بِشْرُ بْنُ مُحَمَّدٍ، قَالَ أَخْبَرَنَا عَبْدُ اللَّهِ، قَالَ أَخْبَرَنَا يُونُسُ، وَمَعْمَرٌ، عَنِ الزُّهْرِيِّ، نَحْوَهُ قَالَ أَخْبَرَنِي عُبَيْدُ اللَّهِ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ، عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ، قَالَ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم أَجْوَدَ النَّاسِ، وَكَانَ أَجْوَدُ مَا يَكُونُ فِي رَمَضَانَ حِينَ يَلْقَاهُ جِبْرِيلُ، وَكَانَ يَلْقَاهُ فِي كُلِّ لَيْلَةٍ مِنْ رَمَضَانَ فَيُدَارِسُهُ الْقُرْآنَ، فَلَرَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم أَجْوَدُ بِالْخَيْرِ مِنَ الرِّيحِ الْمُرْسَلَةِ‏.‏


Telah menceritakan kepada kami Abdan dia berkata, telah mengabarkan kepada kami Abdullah telah mengabarkan kepada kami Yunus dari Az Zuhri dan dengan riwayat yang sama, telah menceritakan pula kepada kami Bisyir bin Muhammad berkata, telah mengabarkan kepada kami Abdullah berkata, telah mengabarkan kepada kami Yunus dan Ma'mar dari Az Zuhri seperti lainnya berkata, telah mengabarkan kepada kami Ubaidullah bin Abdullah dari Ibnu 'Abbas berkata, bahwa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam adalah manusia yang paling lembut terutama pada bulan Ramadlan ketika malaikat Jibril 'Alaihis Salam menemuinya, dan adalah Jibril 'Alaihis Salam mendatanginya setiap malam di bulan Ramadlan, di mana Jibril 'Alaihis Salam mengajarkan Al Qur'an. Sungguh Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam jauh lebih lembut daripada angin yang berhembus.

Narrated Ibn 'Abbas:

 Allah's Messenger (ﷺ) was the most generous of all the people, and he used to reach the peak in generosity in the month of Ramadan when Gabriel met him. Gabriel used to meet him every night of Ramadan to teach him the Qur'an. Allah's Messenger (ﷺ) was the most generous person, even more generous than the strong uncontrollable wind (in readiness and haste to do charitable deeds).



 

ORANG YANG MUFLIS



حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ، حَدَّثَنَا عَبْدُ الْعَزِيزِ بْنُ مُحَمَّدٍ، عَنِ الْعَلاَءِ بْنِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ، عَنْ أَبِيهِ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم قَالَ ‏"‏ أَتَدْرُونَ مَا الْمُفْلِسُ ‏"‏ ‏.‏ قَالُوا الْمُفْلِسُ فِينَا يَا رَسُولَ اللَّهِ مَنْ لاَ دِرْهَمَ لَهُ وَلاَ مَتَاعَ ‏.‏ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم ‏"‏ الْمُفْلِسُ مِنْ أُمَّتِي مَنْ يَأْتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ بِصَلاَتِهِ وَصِيَامِهِ وَزَكَاتِهِ وَيَأْتِي قَدْ شَتَمَ هَذَا وَقَذَفَ هَذَا وَأَكَلَ مَالَ هَذَا وَسَفَكَ دَمَ هَذَا وَضَرَبَ هَذَا فَيَقْعُدُ فَيَقْتَصُّ هَذَا مِنْ حَسَنَاتِهِ وَهَذَا مِنْ حَسَنَاتِهِ فَإِنْ فَنِيَتْ حَسَنَاتُهُ قَبْلَ أَنْ يُقْتَصَّ مَا عَلَيْهِ مِنَ الْخَطَايَا أُخِذَ مِنْ خَطَايَاهُمْ فَطُرِحَ عَلَيْهِ ثُمَّ طُرِحَ فِي النَّارِ ‏"‏ ‏.‏ قَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ ‏.‏


Dari Abu Hurairah R.a, bahawa Nabi S.a.w bersabda:" Tahukah kamu siapakah dia orang muflis?" Sahabat-sahabat baginda menjawab:" orang-orang muflis di antara kami, ya Rasulullah! ialah orang yang tidak ada wang ringgit dan tidak ada harta benda," Nabi S.a.w bersabda:" Sebenarnya orang muflis dari kalangan umatku ialah orang yang datang pada hari kiamat membawa sembahyang, puasa dan zakat, sedang datangnya itu dengan kesalahan memaki hamun orang ini dan menuduh orang itu, memakan harta benda orang ini, menumpah darah orang itu dan juga memukul orang, maka akan diambil dari amal kebajikannya serta diberi kepada orang itu, kemudian kiranya habis amal kebajikannya sebelum habis dibayar kesalahan-kesalahan yang ditanggungnya, akan diambil pula dari kesalahan-kesalahan orang yang dianiayakannya serta ditimpakan keatasnya, kemudian ia dihumbankan ke dalam neraka." (Hadis Riwayat Muslim dan Tarmizi)

Abu Hurairah narrated that the Messenger of Allah (s.a.w) said:
 "DO you know who the bankrupt is?" They said: "O Messenger of Allah! The bankrupt among us is the one who has no Dirham nor property." The Messenger of Allah (s.a.w) said: "The bankrupt in my Ummah is the one who comes with Salat and fasting and Zakat on the Day of Judgement, but he comes having abused this one, falsely accusing that one, wrongfully consuming the wealth of this one, spilling the blood of that one, and beating this one. SO he is seated, and this one is requited from his rewards. If his rewards are exhausted before the sins that he committed are requited, then some of their sins will be taken and cast upon him, then he will be cast into the Fire."


 

DOA UNTUK MENDAPATKAN MIMPI YANG BAIK


اَللَّهُمَّ إِنِّى أَسْأَلُكَ رُؤْيًا صَالِحَةً صَادِقَةً غَيْرَ كَاذِبَةٍ, نَافِعَةً غَيْرَ ضَارَّةٍ


Maksudnya:

Ya Allah, aku memohon kepada-Mu agar aku memperolehi mimpi yang baik dan betul, bukan mimpi yang dusta; mimpi yang bermanfaat, bukan mimpi yang mudarat.

DOA GELISAH TAK DAPAT TIDUR



اَللَّهُمَّ غَارَتِ النُّجُوْمُ وَهَدَأَتِ الْعُيُوْنُ وَأَنْتَ حَىٌّ قَيُّوْمٌ لَيْلِيْ وَأَنِمْ عَيْنِيْ
Maksudnya:

YA Allah, bintang-bintang telah pudar cahayanya, manusia telah tidur dengan tenang dan damai. Engkau Maha Hidup lagi Berdiri Sendiri, tiada pernah mengantuk dan tiada pula tidur. Wahai Zat (Tuhan) yang Maha Hidup lagi berdiri sendiri, tenangkanlah malamku ini dan tidurkanlah mataku ini.

LARANGAN BERKHIANAT DAN FAEDAH BERTAQWA

بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Allah S.w.t berfirman di dalam Al- Quran:

يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لَا تَخُونُواْ ٱللَّهَ وَٱلرَّسُولَ وَتَخُونُوٓاْ أَمَٰنَٰتِكُمۡ وَأَنتُمۡ تَعۡلَمُونَ
O you who believe, do not be faithless to God and His Apostle, nor violate your trusts knowingly.

Wahai orang yang beriman! Janganalah kamu mengkhianati Allah dan Rasul (Muhammad) dan (juga) janganlah kamu mengkhianati amanat- amanat yang diamanahkan ke atasmu, sedang kamu memgetahui.
(Surah Al-Anfal:27)



وَٱعۡلَمُوٓاْ أَنَّمَآ أَمۡوَٰلُكُمۡ وَأَوۡلَٰدُكُمۡ فِتۡنَةٞ وَأَنَّ ٱللَّهَ عِندَهُۥٓ أَجۡرٌ عَظِيمٞ

Know that your worldly possessions and your children are just a temptation, and that God has greater rewards with Him.

Dan ketahuilah bahawa hartamu dan anak- anakmu itu hanyalah sebagai cubaan dan sesungguhnya di sisi Allah-lah pahala yang besar.

(Surah Al-Anfal:28)


يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ إِن تَتَّقُواْ ٱللَّهَ يَجۡعَل لَّكُمۡ فُرۡقَانٗا وَيُكَفِّرۡ عَنكُمۡ سَيِّ‍َٔاتِكُمۡ وَيَغۡفِرۡ لَكُمۡۗ وَٱللَّهُ ذُو ٱلۡفَضۡلِ ٱلۡعَظِيمِ

O believers, if you follow the path shown by God, He will give you a standard (of right and wrong), and overlook your sins, and forgive you. God is abounding in benevolence.

Wahai orang yang beriman! Jika kamu bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia akan memberikanmu Furqan¹ dan menghapuskan segala kesalahan kamu dan mengampuni (dosa- dosa) kamu. Allah mempunyai kurniaan yang besar.
(Surah Al-Anfal:29)


¹. Petunjuk yang dapat membezakan antara yang hak dan yang batil, boleh juga diertikan di sini dengan pertolongan.

ZINA YANG MEMBAHAYAKAN


ZINA ialah melakukan persetubuhan terhadap perempuan yang bukan milik secara sah, sedang penzina itu adalah seorang yang waras, baligh, dengan kemahuan sendiri serta ia mengetahui perbuatan yang dilakukannya itu adalah haram.

Zina merupakan kejahatan yang sangat besar yang memberi kesan amat buruk kepada penzina itu sendiri khususnya dan kepada seluruh umat amnya. Di zaman sekarang di mana banyaknya saluran dan media yang berusaha menyeret ke arah perbuatan keji ini, maka amat perlu untuk setiap orang mengetahui bahaya dan akibat buruk yang timbul dari dosa zina.

Kita semua hendaklah lebih berhati-hati dan berwaspada agar tidak terjerumus, hatta, walaupun hanya mendekatinya.
Di antara akibat buruk dan bahaya tersebut adalah :
1- Dalam zina terkumpul bermacam-macam dosa dan keburukan yakni berkurangnya agama si penzina, hilangnya sikap wara’ (menjaga diri dari dosa), buruk keperibadian dan hilangnya rasa cemburu.

2- Zina membunuh rasa malu, padahal dalam Islam malu merupakan suatu hal yang amat diambil berat dan perhiasan yang sangat indah khasnya bagi wanita.

3- Menjadikan wajah pelakunya muram dan gelap.

4- Membuat hati menjadi gelap dan mematikan sinarnya.

5- Menjadikan pelakunya selalu dalam kemiskinan atau merasa demikian sehingga tidak pernah merasa cukup dengan apa yang diterimanya.
6- Akan menghilangkan kehormatan pelakunya dan jatuh martabatnya baik di hadapan Allah mahupun sesama manusia.

7- Allah akan mencampakkan sifat liar di hati penzina, sehingga pandangan matanya liar dan tidak terkawal.

8- Penzina akan dipandang oleh manusia dengan pandangan mual dan tidak percaya.

9- Zina mengeluarkan bau busuk yang mampu dihidu oleh orang-orang yang memiliki ‘qalbun salim’ (hati yang bersih) melalui mulut atau badannya.

10- Kesempitan hati dan dada selalu meliputi para pezina. Apa yang ia dapati dalam kehidupan ini adalah sebalik dari apa yang diingininya. Ini adalah kerana, orang yang mencari kenikmatan hidup dengan cara bermaksiat kepada Allah maka Allah akan memberikan yang sebaliknya dari apa yang dia inginkan dan Allah tidak menjadikan maksiat sebagai jalan untuk mendapatkan kebaikan dan kebahagiaan.

11- Penzina telah mengharamkan dirinya untuk mendapat bidadari yang jelita di syurga kelak.

12- Perzinaan menyeret kepada terputusnya hubungan silaturrahim, derhaka kepada orang tua, pekerjaan haram, berbuat zalim, serta menyia-nyiakan keluarga dan keturunan.
Bahkan boleh membawa kepada pertumpahan darah dan sihir serta dosa-dosa besar yang lain. Zina biasanya berkait dengan dosa dan maksiat yang lain sebelum atau bila berlakunya dan selepas itu biasanya akan melahirkan kemaksiatan yang lain pula.

13- Zina menghilangkan harga diri pelakunya dan merosakkan masa depannya di samping meninggalkan aib yang berpanjangan bukan sahaja kepada pelakunya malah kepada seluruh keluarganya.
14- Aib yang dicontengkan kepada pelaku zina lebih membekas dan mendalam daripada asakan akidah kafir, misalnya, kerana orang kafir yang memeluk Islam selesailah persoalannya, namun dosa zina akan benar-benar membekas dalam jiwa kerana walaupun akhirnya pelaku zina itu bertaubat dan membersihkan diri dia akan masih merasa berbeza dengan orang yang tidak pernah melakukannya.
15- Jika wanita yang berzina hamil dan untuk menutupi aibnya ia mengugurkan kandungannya itu maka dia telah berzina dan juga telah membunuh jiwa yang tidak berdosa. Jika dia ialah seorang wanita yang telah bersuami dan melakukan kecurangan sehingga hamil dan membiarkan anak itu lahir maka dia telah memasukkan orang asing dalam keluarganya dan keluarga suaminya sehingga anak itu mendapat hak warisan mereka tanpa disedari siapa dia sebenarnya. Amat mengerikan, naudzubillah min dzalik.

16- Perzinaan akan melahirkan generasi individu-individu yang tidak ada asal keturunan (nasab). Di mata masyarakat mereka tidak memiliki status sosial yang jelas.

17- Pezina lelaki bererti telah menodai kesucian dan kehormatan wanita.
18- Zina dapat menyemai permusuhan dan menyalakan api dendam antara keluarga wanita dengan lelaki yang telah berzina dengannya.

19- Perzinaan sangat mempengaruhi jiwa kaum keluarganya di mana mereka akan merasa jatuh martabat di mata masyarakat,
sehingga kadang-kadang menyebabkan mereka tidak berani untuk mengangkat muka di hadapan orang lain.

20- Perzinaan menyebabkan menularnya penyakit-penyakit berbahaya seperti aids, siphilis, dan gonorhea atau kencing bernanah.

21- Perzinaan menjadikan sebab hancurnya suatu masyarakat yakni mereka semua akan dimusnahkan oleh Allah akibat dosa zina yang tersebar dan yang dilakukan secara terang-terangan.

Hukuman Zina
Demikianlah besarnya bahaya dosa zina, sehingga Ibnul Qayyim, ketika mengulas tentang hukuman bagi penzina, berkata:

“Allah telah mengkhususkan hadd (hukuman) bagi pelaku zina dengan tiga kekhususan iaitu:

Pertama, hukuman mati secara hina (rejam) bagi pezina kemudian diringankan (bagi yang belum nikah) dengan dua jenis hukuman,
hukuman fizikal yakni dirotan seratus kali dan hukuman mental dengan diasingkan selama satu tahun.

Kedua, Allah secara khusus menyebutkan larangan merasa kasihan terhadap penzina.

Umumnya sifat kasihan adalah diharuskankan bahkan Allah itu Maha Pengasih namun rasa kasihan ini tidak boleh sehingga menghalang dari menjalankan syariat Allah.

Hal ini ditekankan kerana orang biasanya lebih kasihan kepada penzina daripada pencuri, perompak, pemabuk dan sebagainya.
Di samping itu penzinaan boleh dilakukan oleh siapa sahaja termasuk orang kelas atasan yang mempunyai kedudukan tinggi yang  menyebabkan orang yang menjalankan hukuman merasa enggan dan kasihan untuk menjalankan hukuman.

Ketiga, Allah memerintahkan agar pelaksanaan hukuman zina disaksikan oleh orang-orang mukmin dengan maksud menjadi pengajaran dan memberikan kesan positif bagi kebaikan umat.

Beberapa Perkara Penting Yang Perlu Diperhatikan

1- Orang yang berzina dengan banyak pasangan lebih besar dosanya daripada yang berzina hanya dengan satu orang, demikian juga orang yang melakukanya berkali-kali dosanya lebih besar daripada yang melakukannya hanya sekali.

2- Penzina yang berani melakukan maksiat ini dengan terang-terangan lebih buruk daripada mereka yang melakukannya secara sembunyi-sembunyi.

3- Berzina dengan wanita yang bersuami lebih besar dosanya daripada dengan wanita yang tidak bersuami kerana adanya unsur perbuatan zalim (terhadap suami wanita), boleh menyalakan api permusuhan dan merosak keutuhan rumah tangganya.

4- Berzina dengan jiran lebih besar dosanya daripada orang yang jauh rumahnya.

5- Berzina dengan wanita yang sedang ditinggalkan suami kerana perang (jihad) lebih besar dosanya daripada dengan wanita lain.

6- Berzina dengan wanita yang ada pertalian darah atau mahram lebih jahat dan hina daripada dengan yang tidak ada hubungan mahram.

7- Ditinjau dari segi waktu maka berzina di bulan Ramadhan, baik siangnya ataupun malamnya, lebih besar dosanya daripada waktu-waktu lain.

8- Kemudian dari segi tempat dilakukannya, maka berzina di tempat-tempat suci dan mulia lebih besar dosanya deripada tempat yang lain.

9- Pezina muhson (yang sudah bersuami atau beristeri) lebih hina daripada gadis atau jejaka,
orang tua lebih buruk daripada pemuda, orang alim lebih buruk daripada yang jahil dan orang yang berkemampuan (terutama dari segi ekonomi) lebih buruk deripada orang fakir atau lemah.


Bertaubat

Bertaubat ini bukan khusus hanya kepada penzina, bahkan kepada sesiapa sahaja yang menunjukkan jalan untuk terjadinya zina,
membantu dan memberi peluang kepada pelakunya dan siapa saja yang ikut terlibat di dalamnya.
Hendaknya mereka semua segera kembali dan bertaubat dengan sungguh-sungguh, menyesali apa yang pernah dilakukannya
dan berusaha sekuat tenaga untuk tidak kembali melakukannya.
Dan yang paling penting adalah memutuskan hubungun dengan siapa sahaja dan apa sahaja yang boleh menarik ke arah perbuatan keji tersebut.

Dengan demikian diharapkan Allah akan menerima taubat itu dan mengampuni segala dosa yang pernah dilakukan, dan ingatlah, tidak ada istilah ‘putus asa’ dalam mencari rahmat Allah.

Allah berfirman, mafhumnya:

“Dan juga mereka yang tidak menyembah sesuatu yang lain bersama-sama Allah, dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah membunuhnya, kecuali dengan jalan yang hak (yang dibenarkan oleh syarak), dan tidak pula berzina; dan sesiapa melakukan yang demikian, akan mendapat balasan dosanya;”

(Al-Furqaan 25:68)

“Akan digandakan baginya azab seksa pada hari kiamat, dan ia pula akan kekal di dalam azab itu dengan menerima kehinaan,” (Al-Furqaan 25:69)

“Kecuali orang yang bertaubat dan beriman serta mengerjakan amal yang baik, maka orang-orang itu, Allah akan menggantikan (pada tempat) kejahatan mereka dengan kebaikan; dan adalah Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."
(Al-Furqaan 25:70)
 

DAHAN KAYU MEMBENTUK KALIMAH ALLAH الله

 
 





SIFAT- SIFAT ABU BAKAR AS- SIDDIQ


Beliau Khalifah yang pertama, pejuang yang pertama sesudah Rasulullah S.a.w. Di dalam beribadatnya kepada Allah, kerana sungguh dan khusyuknya sampai dapat dicium dari mulutnya bau limpanya yang terbakar kerana takut akan Allah. Pada malam hari ia beribadat dengan membaca Al-Quran sepanjang- panjang malam. Kerana itu sewaktu masih di Mekah, sampai pihak Musyrikin meminta kepada Rasulullah S.a.w agar melarang beliau membaca Al-Quran, kerana suaranya yang menangis sambil membaca Al-Quran itu menggoda hati manusia, terutama kaum wanita. Mereka terus terpengaruh apabila terdengar Abu Bakar membaca Al-Quran. Biarpun belum semua yang telah mendengarkan bacaannya itu masuk Islam, akan tetapi hati simpatik dan senang kepada isi Al-Quran sudah tersemai di dalam kalbu mereka. Dengan demikian, keislaman mereka hanya menanti saatnya jua.

Pada suatu hari, Abu Bakar memakan sesuatu makanan. Kemudian ia mendapat tahu bahawa bahan makanan itu masih di dalam taraf shubhat, belum terang halal dan haramnya. Lalu dimasukkannya tangannya ke dalam mulutnya dan mengeluarkan isi makanan tersebut dari mulutnya. Amat berat sekali atas dirinya memakan makanan yang mengandungi syubhat, baik syubhat ria ataupun dosa- dosa lainnya. Beliau pernah mengeluarkan pendapat dalam bidang hubungannya dengan Allah, katanya:"Siapa yang telah merasai ma'rifat yang khalis (tulen) barang sedikit jua, yang demikian itu akan menyebabkan ia menjadi lalai daripada yang lain Allah dan akan merasa liar terhadap segala manusia."

Pada suatu peperangan Tabuk, Rasulullah S.a.w telah meminta kepada sekalian kaum Muslimin agar mengorbankan hartanya fi sabilillah. Maka datanglah Abu Bakar membawa sekalian hartanya dan diletakkannya di antara dua tangan Rasulullah S.a.w. Lalu Nabi berkata kepadanya:"Apa lagi yang engkau tinggalkan bagi anak-anakmu, hai Abu Bakar?" Jawabnya sambil ketawa:"Saya tinggalkan bagi mereka Allah dan Rasul-Nya."

Beliau berkata pula mengenai bidang nafsu dan makanan, katanya: "Tidak pernah saya ingin akan sesuatu makanan, melainkan saya halangi diri saya daripadanya. Kerana tidak ada yang membinasakan diri manusia selain dari syahwatnya." Di rumahnya selalu ia tidak makan dengan senang hati, seraya berkata: "Di dalam ibadat ada kekayaan bagi siapa yang menghendakinya."

Pada suatu hari beliau minta air. Lalu dibawa orang suatu tempat minuman isinya air dan madu. Setelah dekat dengan mulutnya, ia pun menangis sampai menangiskan sekalian yang berada dekat beliau. Kata mereka kepadanya: "Apa yang menyebabkan tuan menangis ini?" Jawabnya:" Suatu kali saya berada bersama Nabi S.a.w. Saya lihat Nabi menolakkan sesuatu daripada beliau seraya berkata: "Jauhlah engkau daripadaku." Saya tidak ada nampak seorang pun dekat Nabi. Jadi siapa yang ditolakkan Nabi itu. Lalu saya berkata kepada beliau:"Ya Rasulullah, apa ini?". Jawab Nabi S.a.w:"Iaitu dunia, ia menjelma kepadaku dengan segala isinya." Lalu aku katakan kepadanya:"Jauhlah engkau daripadaku." Lalu dunia itu pergi daripadaku, sambil berkata:"Demi Allah, kalau tuan lepas daripada saya, akan tetapi orang di belakang tuan tidak akan lepas daripada saya, kerana itulah yang menyebabkan saya menangis," kata Abu Bakar R.a.

Demikian sedikit kisah tentang kesucian jiwa Abu Bakar R.a baik sebelum menjadi Khalifah maupun sesudahnya.

 

SIFAT UTAMA SAHABAT-SAHABAT RASULULLAH S.A.W


Sifat- sifat utama dari sahabat- sahabat besar yang telah menyertai sejak awal Islam:

1) Zuhud terhadap dunia ini.

2) Tidak menghadapi hayat dunia ini dengan sepenuhnya, seperti yang dikehendaki oleh istilah hidup duniawi.
3) Mereka mencintai hidup seperti mencintai mati

4) Mereka benci akan harta dan barang- barang perhiasan dunia.
5) Mereka cinta segera bertemu dengan Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Penyayang.

Inilah rahsia- rahsia besar yang telah memberi kemenangan besar kepada perjuangan sahabat- sahabat hingga ke seluruh Tanah Arab dan seluruh Parsi, Syria dan Mesir semuanya Islam dalam masa 10 tahun di zaman Nabi S.a.w tambah 2 tahun di zaman Abu Bakar, tambah 10 tahun di zaman Umar R.a. Kalau sifat Khalifah dan gabenor- ganenornya serta komandan- komandannya tidak demikian suci akan banyak sekali rintangan yang terjadi sementara kemenangan terakhir belum terdapat pada negara yang besar di atas, seperti yang biasa di lihat pada sejarah kemenangan- kemenangan di atas dunia ini.
 

FADHILAT MENYEBUT NAMA AL-MU'MIN


Bagi Allah, al- Mu'min bererti Allah yang memberi dan menjamin keamanan dan keselamatan kepada hamba- hamba-Nya.


Allah S.w.t berfirman:


Maksudnya: " Maka hendaklah mereka menyembah Tuhan yang menguasai rumah (Kaabah) ini, Tuhan yang memberi penghidupan, menyelamatkan mereka dari kelaparan, dan mengamankan mereka dari ketakutan."

(Surah Quraisy: 3-4)


Rahsia dan keistimewaan Nama ini:


Orang yang menyebut nama ini hendaklah mengawal dan menjaga hatinya serta keadaannya, dan hendaklah ia juga memelihara seluruh anggotanya daripada perkara yang tidak berfaedah.

Sesiapa yang banyak menyebutkan nama ini, Allah akan menyelamatkan lidahnya dari perkataan yang dusta dan sia- sia.

MASA HARI KIAMAT DAN HURU HARANYA


Sayugianya diingat bahawa masa yang bermula dari ketika manusia bangkit dari kubur pergi ke padang mahsyar menghadiri perbicaraan dan hukuman Tuhan Rabbul 'alamiin, sehingga ke waktu manusia menduduki tempat masing- masing di syurga atau neraka, mengikut hukuman Tuhan yang maha adil, ialah masa hari kiamat yang terbesar, masa yang huru haranya menyelubungi jiwa dan tubuh badan manusia.
Tuhan yang amat mengasihani mengingatkan kita tentang keadaan huru haranya itu di dalam Al-Quran Al-karim, di antaranya:

Pertama:
Ayat 2 surah Al-Haj yang maksudnya: kedahsyatan masa hari kiamat itu sangatlah mengejutkan dan menjadikan seseorang terpegun dan terpinga- pinga sehingga orang ramai kelihatan seperti keadaan orang mabuk, dan kalau ditakdirkan ada pada masa itu perempuan yang mengandung, gugurlah anak kandungannya, kalau ada yang menyusukan anak, ia tidak akan ingatkan anak susuannya.

Kedua:
Ayat 88 dan 89 surah Al-Syu'ara' yang maksudnya: masa kiamat itu ialah masa yang harta benda dan anak pinak seseorang tidak akan memberi manfaat kepadanya kalau ia mengadap Tuhan dengan hati yang tidak bersih daripada kekotoran kufur dan syirik, sekalipun harta benda itu ia belanjakan pada jalan kebajikan dan anak pinak itu diberinya didikan agama dan akhlak yang mulia sehingga menjadi seorang anak yang soleh.

Ketiga:
Ayat 34- 37 surah 'Abas yang maksudnya: masa kiamat itu ialah masa yang tiap- tiap seseorang melarikan diri daripada saudaranya, ibu bapanya, isterinya dan anaknya, kerana masing- masing pada masa itu cukup sibuk dengan urusan keselamatan dirinya, tidak berpeluang hendak mengambil tahu hal orang lain sekalipun orang itu serapat- rapat, semulia- mulia dan sekasih- kasih orang kepadanya.

Wallahu a'lam..

MENJAUHI SYIRIK DALAM SEGALA BENTUKNYA


Syirik yabg besar atau yang nyata itu ialah mempercaya adanya sesuatu yang setara dan sebanding dengan Allah S.w.t yang ditujukan kepadanya doa permohonan, yang diuntukkan kepadanya satu- satu cara ibadat dan yang ditakuti bala bencananya.

Dan dengan syirik yang demikian, maka akidah tauhid orang yang melakukannya telah berbelahbahagidan orang musyrik inilah yang dijanjikan Allah dengan neraka.

Syirik yang kecil atau yang tersembunyi itu pula ialah kepercayaan, perkataan atau perbuatan yang menyebabkan berlakunya syirik terhadap kekuasaan atau undang- undang peraturan Allah.

Syirik yang tersembunyi itu amat banyak, di antaranya:

(1) Mempercayai sesuatu yang menjadi sebab itu dengan keadaan hakikatnya memberi kesan baik atau buruk,

(2) Menaruh perasaan takut dan gerun kepada kekuatan sesuatu yang lain dari Allah,

(3) Menumpukan harapan kepada sesuatu yang lain dari Allah,

(4) Bersumpah dengan sebarang sebutan yang lain daripada menyebut nama atau sifat Allah,

(5) Mengatakan: kalaulah tidak kerana pertolongan Allah dan pertolongan si anu, tentulah aku tidak berjaya,

(6) Mengatakan: kalaulah tidak kerana ayam berkokok, polis meronda atau sebagainya, tentulah rumahku dimasuki pencuri,

(7) Melakukan sesuatu ibadat, atau daya usaha pengorbanan, atau perjuangan bukan kerana menjunjung perintah Allah semata- mata, tetapi juga untuk tujuan- tujuan yang lain.

Wallahu a'lam

SYIRIK PADA ULUHIYAH DAN RUBUBIYAH ALLAH


Syirik ialah mempersekutukan sesuatu dengan Allah S.w.t pada sifat "Uluhiyah"-Nya atau "Rububiyah"-Nya.

Sifat "Uluhiyah" Allah S.w.t ialah sifat-Nya berhak disembah, dicintai, dipatuhi perintah-Nya,ditumpui dan dipohonkan untuk mendapat segala kebaikan dan menolak sebarang mala petaka dan perkara- perkara yang tidak diingini.

Sifat "Rububiyah"Nya pula ialah sifat mentadbir dan menguruskan, cara menjaga dan memelihara, mengasuh dan mendidik sekalian alam yang telah diciptakan-Nya, iaitu dengan mengadakan segala keperluan yang dihajati oleh wujud tiap- tiap satunya, mengatur dan menyusun undang- undang dan peraturan bagi kesuburan, perkembangan dan kesempurnaan masing- masing, serta menyatakan dan menunjukkan hukum- hukum halal haram dan sah batal untuk kebaikan jasmani dan kebahagiaan rohani manusia.

Maka sesiapa yang menganggap bahawa mana- mana satu dari sifat- sifat itu ada pada sesuatu yang lain daripada Allah S.w.t nescaya ia telah melakukan syirik dengan Allah, walaupun ia pada masa itu masih beriman kepada Allah.

Tentang ini Allah S.w.t berfirman dalam surah Yusuf, ayat 106, maksudnya:
"Meskipun kebanyakan mereka beriman kepada Allah dalam pada itu mereka tidak sunyi dari perbuatan syirik."

Dengan itu setiap orang yang beriman itu  adalah dilarang mendewa- dewakan sebarang makhluk dengan mengasihinya dan menurut perintahnya sebagaimana ia mencintai dan mentaati Allah, atau meminta dan mengharapkan hasil sesuatu hajat dari sesuatu makhluk atau dengan sesuatu cara, kecuali setelah diketahui bahawa makhluk atau cara yang tersebut diharuskan oleh Allah bagi seseorang menggunakannya sebagai jalan, sebab atau alat untuk menjayakan maksudnya.

Demikian juga amatlah salahnya menerima sebarang undang- undang dan peraturan, atau hukum hakam yang diadakan oleh yang lain daripada Allah, kecuali sekadar yang berdasarkan aturan, kenyataan atau pengajaran yang dibawa oleh Rasulullah S.a.w.

Kesimpulan hadis ini, mengingatkan manusia daripada terjerumus ke dalam sebarang iktikad atau perbuatan syirik supaya terselamat daripada balasan buruk yang dijanjikan.

 

LUASNYA ILMU ALLAH TIDAK TERHINGGA



Firman Allah di dalam Al-Quran:


قُل لَّوۡ كَانَ ٱلۡبَحۡرُ مِدَادٗا لِّكَلِمَٰتِ رَبِّي لَنَفِدَ ٱلۡبَحۡرُ قَبۡلَ
أَن تَنفَدَ كَلِمَٰتُ رَبِّي وَلَوۡ جِئۡنَا بِمِثۡلِهِۦ مَدَدٗا

Say (Muhammad): "If the ocean turned to ink for writing down the colloquy of my Lord, the ocean itself would be exhausted ere the words (and wonders) of my Lord come to end, even if we brought another like it for replenishment."

Katakanlah (Muhammad): "Kalau sekiranya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimah- kalimah Tuhanku, sesungguhnya habislah lautan itu sebelum habis (ditulis) kalimah- kalimah Tuhanku, meskipun kami datangkan tambahan sebanyak itu (pula)."

(Surah Al-Kahf: 109)



قُلۡ إِنَّمَآ أَنَا۠ بَشَرٞ مِّثۡلُكُمۡ يُوحَىٰٓ إِلَيَّ أَنَّمَآ إِلَٰهُكُمۡ إِلَٰهٞ وَٰحِدٞۖ فَمَن كَانَ يَرۡجُواْ لِقَآءَ رَبِّهِۦ فَلۡيَعۡمَلۡ عَمَلٗا صَٰلِحٗا وَلَا
يُشۡرِكۡ بِعِبَادَةِ رَبِّهِۦٓ أَحَدَۢا

Say (Muhammad): "I am only a man like you, but it has been communicated to me that your Lord is one and single God, and that whosoever hopes to meet his Lord should do what is right, and not associate any one in the worship of his Lord."

Katakanlah (Muhammad): "Sesungguhnya aku ini hanya seorang manusia seperti kamu, yang diwahyukan kepadaku: "Bahawa sesungguhnya Tuhan kamu itu adalah Tuhan Yang Maha Esa." Barang siapa mengharap perjumpaan dengan Tuhannya, maka hendaklah dia mengerjakan amal soleh dan janganlah dia mempersekutukan seorang pun dalam beribadah kepada Tuhannya."

(Surah Al-Kahf: 110)

ADAB-ADAB BERSAMA ALLAH



1. Cintakan Allah SWT.

2. Ikhlaskan segala amalan semata-mata kerana Allah SWT.

3. Takut dan sentiasa berharap kepada Allah SWT.

4. Bersyukur apabila diberi nikmat.

5. Bersabar apabila ditimpa kesusahan.

6. Melihat Taufiq dan Hidayah daripada Allah SWT apabila dapat melakukan ibadat dan ketaatan.

7. Sentiasa berzikir mengingati Allah SWT dan sentiasa bertaubat memohon keampunan dariNya.

8. Tidak berputus asa, malah sentiasa mengharapkan rahmat daripadaNya.

9. Melakukan segala perintah Allah dan meninggalkan segala laranganNya.

10. Beriman dengan penuh keyakinan terhadap Qada’ dan Qadar Allah SWT kerana setiap perkara yang berlaku ada hikmah disebaliknya yang tidak diketahui.

FADHLAT SURAH MUAWWIZAT (3 QUL)


‘Surah Al-Muawwizat’ yang lebih dikenali sebagai ’3 Qul’ adalah surah-surah yang terdiri daripada Surah Al-Ikhlas (112), surah Al-Falaq (113) dan surah An-Naas (114).

Ibnu Hajar Al Asqolani menyatakan bahawa; “Yang dimaksudkan dengan ‘Al-Muawwizat’ adalah surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Naas.” (Fathul Bari 9/62)


Sebagaimana dalam post ana terdahulu, surah An-Naas dan surah Al-Falaq merupakan dua surah yang mengandungi permohonan perlindungan (‘Al-Mu’awwizataini’). Kedua Surah ini tersebut mempunyai kedudukan yang tinggi di antara surah-surah yang lain.


Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Telah diturunkan kepadaku ayat-ayat yang tidak sepertinya iaitu ‘Al-Mu’awwizataini’ (Surah An-Naas dan surah Al-Falaq).” (HR Muslim no. 814, At Tirmidzi no. 2827, An Naasa’i no. 944)


“Setelah turunnya dua surah ini, Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam mencukupkan kedua-duanya dengan ‘Surah Al-Ikhlas’, sebagai bacaan (wirid) untuk membentengi dari pandangan buruk jin maupun manusia.” (HR. At Tirmidzi radhiallahu ‘anhu)





Fadhilat Surah Al-Muawwizat


Keistimewaan dan khasiatnya mengamalkan ‘Surah Al-Muawwizat’ (Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Naas) adalah:


 1.Pelindung / pendinding diri.
 2.Penyembuh segala penyakit zahir dan batin.
 3.Segala keperluan hidupnya akan dicukupkan dan sempurna.
 4.Terpelihara daripada segala keburukan dan kemudaratan.
 5.Memperoleh pahala sunnah apabila diwiridkan selepas solat fardhu.



Waktu Membaca Surah Al-Muawwizat

• Ketika Wirid Selepas Solat


i. Selesai solat dianjurkan pula membaca surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Naas, setiap satunya sekali. Daripada Uqbah bin Amir, katanya;

أَمَرَنِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ أَقْرَأَ الْمُعَوِّذَاتِ دُبُرَ كُلِّ صَلَاةٍ

“Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam memerintahkan padaku untuk membaca Muawwizaat di akhir solat (sesudah salam).” (HR. An Nasai no. 1336 dan Abu Daud no. 1523. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini sahih).

ii. Uqbah bin ‘Amir berkata, dari Rasulullah shalallahu’ alaihi wasallam, sabdanya:

اقْرَأُوا الْمُعَوِّذَاتِ فِيْ دُبُرِ كُلِّ صَلاَةٍ

“Bacalah Al-Muawwizat pada setiap kali selepas solat.” (HR. Abu Dawud no. 1523, disahihkan oleh Asy Syaikh Al Albani dalam Ash Shahihah no. 1514)

• Di Waktu Pagi Dan Petang


Pada waktu pagi dan petang, kita dianjurkan membaca ‘Surah Al-Muawwizat’ sebanyak tiga kali. Keutamaan yang diperolehi adalah, akan dijaga dari segala sesuatu (segala keburukan).

“Al-Muawwizat juga dijadikan wirid / zikir di waktu pagi dan petang. Sesiapa yang membacanya sebanyak tiga kali diwaktu pagi dan petang, nescaya Allah SWT akan mencukupinya dari segala sesuatu.” (HR. Abu Dawud no. 4419, An Naasaa’i no. 5333, dan At Tirmidzi no. 3399)



• Waktu Malam Dan Hujan

‘Surah Al-Muawwizat’ digalakkan dibaca ketika hujan dan pada waktu malam;


i. Dari Mu’adz bin Abdullah bin Khubaib dari bapanya ia berkata;

خَرَجْنَا فِى لَيْلَةِ مَطَرٍ وَظُلْمَةٍ شَدِيدَةٍ نَطْلُبُ رَسُولَ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- لِيُصَلِّىَ لَنَا فَأَدْرَكْنَاهُ فَقَالَ « أَصَلَّيْتُمْ ». فَلَمْ أَقُلْ شَيْئًا فَقَالَ « قُلْ ». فَلَمْ أَقُلْ شَيْئًا ثُمَّ قَالَ « قُلْ ». فَلَمْ أَقُلْ شَيْئًا ثُمَّ قَالَ « قُلْ ». فَقُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ مَا أَقُولُ قَالَ « (قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ) وَالْمُعَوِّذَتَيْنِ حِينَ تُمْسِى وَحِينَ تُصْبِحُ ثَلاَثَ مَرَّاتٍ تَكْفِيكَ مِنْ كُلِّ شَىْءٍ »



“Pada malam hujan lagi gelap-gelita kami keluar mencari Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam untuk solat bersama kami, lalu kami menemuinya. Baginda bersabda, “Apakah kamu telah solat?“ Namun sedikitpun aku tidak berkata-kata. Baginda bersabda, “Katakanlah“. Namun sedikit pun aku tidak berkata-kata. Baginda bersabda, “Katakanlah“. Namun sedikit pun aku tidak berkata-kata. Kemudian Baginda bersabda, “Katakanlah“. Hingga aku berkata, “Wahai Rasulullah, apa yang harus aku katakan?” Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Katakanlah (bacalah surah)‘Qul Huwallahu Ahad’, ‘Qul A’udzu Birabbil Falaq’ dan ‘Qul A’udzu Birabbinnaas’ ketika petang dan pagi sebanyak tiga kali, maka dengan ayat-ayat ini akan mencukupkanmu (menjagamu) dari segala keburukan.“ (HR. Abu Daud no. 5082 dan An Nasai no. 5428. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini hasan).


ii. Dalam kitab Tirmidzi, an-Nasai dan sunan Abu Daud disebutkan bahawa Abdullah bin Habib berkata, “Kami keluar pada waktu malam, ketika itu hujan sedang turun dan sangat gelap, kami mencari Nabi untuk mendoakan akan kami, lalu kami mencari Baginda lalu bersabda, “Katakanlah”, maka aku tidak mengatakan sesuatu, kemudian Nabi bersabda lagi, “Katakanlah”, Aku tidak mengatakan apa-apa, kemudian Nabi bersabda lagi, “Katakanlah”, maka, aku berkata, “Ya Rasulullah! Apa yang harus aku katakan?” Nabi menjawab : “Katakanlah ‘Surah Muawwizat’ ketika pagi dan petang hari sebanyak tiga kali, maka hal tersebut akan membuatmu terlindung dari segala sesuatu.”“ Imam Tirmidzi mengatakan bahawa hadis ini berdarjat hadis hasan sahih.



iv. Baca Al-Muawwizat Sebelum Tidur

Pada waktu ini, kita dianjurkan membaca ‘Surah Al-Muawwizat’ (surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Naas) dengan terlebih dahulu mengumpulkan kedua telapak tangan, lalu keduanya ditiup, lalu dibacakanlah tiga surah ini. Setelah itu, kedua telapak tangan tadi diusapkan pada anggota tubuh yang mampu dijangkau dimulai dari kepala, wajah, dan tubuh bahagian depan. Cara seperti tadi diulang sebanyak tiga kali.


i.“Demikian juga disunahkan membaca Al-Muawwizat sebelum tidur. Caranya, membaca ketiga Surah ini lalu meniupkan pada kedua-dua telapak tangannya, kemudian diusapkan ke kepala, wajah dan seterusnya ke seluruh anggota badan, sebanyak tiga kali.” (HR. Al-Bukhari 4630)

ii. Diriwayatkan dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha bahawa Rasulullah SAW pada setiap malam apabila hendak tidur, Baginda membaca Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Naas, Ditiupkan pada kedua-dua tapak tangan kemudian disapukan keseluruh tubuh dan kepala Baginda. Katanya:

أَنَّ النَّبِىَّ – صلى الله عليه وسلم – كَانَ إِذَا أَوَى إِلَى فِرَاشِهِ كُلَّ لَيْلَةٍ جَمَعَ كَفَّيْهِ ثُمَّ نَفَثَ فِيهِمَا فَقَرَأَ فِيهِمَا ( قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ ) وَ ( قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ الْفَلَقِ ) وَ ( قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ النَّاسِ ) ثُمَّ يَمْسَحُ بِهِمَا مَا اسْتَطَاعَ مِنْ جَسَدِهِ يَبْدَأُ بِهِمَا عَلَى رَأْسِهِ وَوَجْهِهِ وَمَا أَقْبَلَ مِنْ جَسَدِهِ يَفْعَلُ ذَلِكَ ثَلاَثَ مَرَّاتٍ

“Nabi shallallahu ’alaihi wa sallam ketika berada di tempat tidur di setiap malam, Baginda mengumpulkan kedua telapak tangannya lalu kedua telapak tangan tersebut ditiup dan dibacakan ’Qul huwallahu ahad’ (surah Al-Ikhlas), ’Qul a’udzu birobbil falaq’ (surah Al-Falaq) dan ’Qul a’udzu birobbin naas’ (surah An-Naas). Kemudian Baginda mengusapkan kedua telapak tangan tadi pada anggota tubuh yang mampu dijangkau dimulai dari kepala, wajah, dan tubuh bahagian depan. Baginda melakukan yang demikian sebanyak tiga kali.” (HR. Bukhari no. 5017)


v. Al-Muawwizat Ketika Perawatan (Ruqyah)

Tatkala meruqyah, kita dianjurkan membaca ‘Surah Al-Muawwizat’ (surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Naas).



1. Sayyidatina ‘Aisyah Radhiallahu’ anha ada meriwayatkan:

عَنْعَائِشَةَرَضِياللَّهُعَنْهَاأَنَّرَسُولَاللَّهِصَلَّىاللَّهُعَلَيْهِوَسَلَّمَكَانَإِذَااشْتَكَىيَقْرَأُعَلَىنَفْسِهِبِالْمُعَوِّذَاتِوَيَنْفُثُفَلَمَّااشْتَدَّوَجَعُهُكُنْتُأَقْرَأُعَلَيْهِوَأَمْسَحُبِيَدِهِرَجَاءَبَرَكَتِهَا. )رواهالبخاري(

Daripada Aisyah radiallahu ‘anhaa; “Bahawasanya Rasulullah sallaLlahu-’ alaihi-wa-sallam apabila sakit baginda membaca sendiri Al-Muawwizat (Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Naas), kemudian meniup padanya. Dan apabila rasa sakitnya bertambah aku yang membacanya kemudian aku usapkan ke tangannya mengharap keberkahan dari surah-surah tersebut.” (Hadis riwayat Al-Bukhari)

2. Bukhari membawakan bab dalam sahihnya ‘Meniupkan bacaan ketika ruqyah’. Lalu dibawakanlah hadits serupa di atas dan dengan cara seperti dijelaskan:

عَنْ عَائِشَةَ – رضى الله عنها – قَالَتْ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ – صلى الله عليه وسلم – إِذَا أَوَى إِلَى فِرَاشِهِ نَفَثَ فِى كَفَّيْهِ بِقُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ وَبِالْمُعَوِّذَتَيْنِ جَمِيعًا ، ثُمَّ يَمْسَحُ بِهِمَا وَجْهَهُ ، وَمَا بَلَغَتْ يَدَاهُ مِنْ جَسَدِهِ . قَالَتْ عَائِشَةُ فَلَمَّا اشْتَكَى كَانَ يَأْمُرُنِى أَنْ أَفْعَلَ ذَلِكَ بِهِ

Dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha, beliau berkata, “Apabila Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam hendak tidur, Baginda akan meniupkan ke telapak tangannya sambil membaca QUL HUWALLAHU AHAD (surah Al Ikhlas) dan Mu’awidzatain (Surah An Naas dan Al Falaq), kemudian Baginda mengusapkan ke wajahnya dan seluruh tubuhnya. Aisyah berkata, “Ketika sakit, Baginda menyuruhku melakukan hal itu (sama seperti ketika Baginda hendak tidur).“(HR. Bukhari no. 5748)


 Wallahu A’lam...
 

10 SEBAB DOA TERHIJAB


“Wahai Ibrahim Adham, kami telah berdoa kepada Allah, tetapi tidak diperkenankan-Nya lagi. Beritahulah kami apakah sebabnya?” Ibrahim Adham menjawab, terhijabnya doa disebabkan 10 perkara..”

1) Kamu mengenali Allah tetapi
 tidak menunaikan hakNya (perintahNya).

2) Kamu membaca al-Quran tetapi
 tidak beramal dengannya.

3) Kamu mendakwa iblis itu musuh
 kamu tetapi kamu menurut hasutannya.

4) Kamu mendakwa mencintai
 Rasulullah tetapi kamu meninggalkan
 amalan dan sunnahnya.

5) Kamu mendakwa mencintai syurga
 tetapi kamu tidak beramal untuk
 mendapatkannya.

6) Kamu mendakwa membenci neraka
 tetapi kamu tidak meninggalkan
 perbuatan dosa.

7) Kamu mendakwa mati itu benar
 tetapi kamu tidak bersedia untuk
 menghadapinya.

8) Kamu sibuk menceritakan
 keaiban orang lain tetapi kamu lupa
 keaiban diri sendiri.

9) Kamu makan rezeki Allah tapi
 kamu tidak mensyukurinya.

10) Kamu mengebumikan jenazah
 saudaramu tetapi kamu lupa mengambil
 ikhtibar daripadanya.

nauzubillah… mohonlah doa dengan sebaiknya… moga Dia menjawab segala permintaan kita insyaAllah..

 

FADHILAT MEMBACA SURAH AL-WAQIAH


Surah Al-Waqiah adalah surah yang ke -56 di dalam Al-Quran, terletak pada juzuk ke 27 dan terdiri dari 96 ayat. Dinamakan Al-Waqiah kerana diambil dari lafaz Al-Waqiah yang terdapat pada ayat pertama surah ini, yang ertinya kiamat.

Di dalam surah Al-Waqiah ini menerangkan tentang hari kiamat, balasan yang diterima oleh orang-orang mukmin dan orang-orang kafir. Diterangkan juga penciptaan manusia, tumbuh-tumbuhan dan api, sebagai bukti kekuasaan Allah SWT dan adanya hari berbangkit.

Al-Waqiah Surah Kekayaan

Surah Al-Waqiah memang terkenal dengan beberapa khasiatnya dan kelebihan tersendiri dan hadis mengenainya adalah sahih.

1. Dengan mewiridkan surah Al-Waqiah sebagai bacaan rutin setiap hari dan malam, maka Allah menjauhkan kefakiran selamanya. Sa’ad Al Mufti mengatakan, bahawa hadis ini sahih.

Rasulullah SAW bersabda:

Man qara’a suratal-Waqi’ati lam yaftaqir abada.
 “Sesiapa (membiasakan) membaca surah Al-Waqiah, maka ia tidak akan kefakiran selamanya.”


2. Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa membaca surah Al-Waqiah setiap hari, ia tidak akan ditimpa kefakiran.”

3. Daripada Ibnu Mas’ud r.a., Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa membaca surah Al-Waqiah setiap malam, maka dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya.” (HR: Al- Baihaqi)

4. Rasulullah SAW bersabda: “Ajarkanlah surah Al-Waqiah kepada isteri-isterimu. Kerana sesungguhnya ia adalah surah Kekayaan.” (Hadis riwayat Ibnu Ady)

5. Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang membaca surah Al-Waqiah setiap malam maka dia tidak akan tertimpa kefakiran dan kemiskinan selamanya. Dan surah Al-Waqi’ah adalah surah kekayaan, maka bacalah ia dan ajarkan kepada anak-anakmu semua.”


Menurut fatwa sebahagian Ulama’ katanya: “Sesiapa membaca surah Al-Waqiah pada setiap hari dan malam dalam satu majlis sebanyak 40 kali, selama 40 hari pula, maka Allah akan memudahkan rezekinya dengan tanpa kesukaran dan mengalir terus dari pelbagai penjuru serta berkah pula.”

Khasiat Surah Al-Waqiah
 
Di dalam surah Al-Waqiah terkandung beberapa fadhilat dan khasiat, antara lain:


1. Mereka yang membacanya sebagai wirid, Insya’Allah akan beroleh kesenangan selama-lamanya.

2. Bila orang membiasakan membaca surah ini setiap malam satu kali, maka dia dijauhkan dari kemiskinan selamanya.

3. Mereka yang membacanya sebanyak 14 X setiap lepas Solat Asar, Insya’Allah akan dikurniakan dengan kekayaan dan rezeki yang berlimpah ruah.

4. Jika dibaca surah ini sebanyak 41 X dalam satu majlis, Insya’Allah ditunaikan segala hajatnya khususnya yang berkaitan dengan rezeki.

5. Menjadi orang kaya yang sentiasa bersyukur, amalkan membaca surah ini sebanyak 3 X selepas Solat Subuh dan 3 X selepas Solat Isyak. Insya’Allah tidak akan berlalu masa setahun itu melainkan ia akan dijadikan seorang yang hartawan lagi dermawan.

6. Amalan orang-orang sufi, supaya dilimpahkan rezeki; Insya’Allah berhasil:
 •Hendaklah berpuasa selama seminggu bermula pada hari Jumaat.
 •Selepas tiap solat fardhu bacalah Surah Al-Waqiah sebanyak 25 kali sehinggalah sampai pada malam Jumaat berikutnya.
 •Pada malam Jumaat berikutnya, selepas solat Maghrib bacalah Surah Al-Waqiah sebanyak 25 kali dan selepas solat Isyak sebanyak 125 kali.
 •Diikuti dengan selawat ke atas Nabi sebanyak 1000 kali.
 •Setelah selesai, hendaklah ia memperbanyakkan sedekah.
 •Kemudian amalkanlah Surah Al-Waqiah ini sekali pada waktu pagi dan petang.

7. Selepas solat Isyak, ambillah segelas air lalu bacalah Surah Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqi’ah, ayat 35-38 sebanyak 7 X. Tiup dalam air dan minum. Dalam hati, niat untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga kita.

Makna Surah Al-Waqi’ah Ayat 35-38 ialah : “Sesungguhnya, Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa. Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya serta yang sebaya dengan umurnya.”

8. Surah Al-Waqiah ini jika dibaca di sisi mayat atau orang yang sedang nazak, Insya’Allah di permudahkan untuk roh keluar dari jasadnya. Jika dibaca disisi orang sakit, diringankan kesakitannya. Jika di tulis, kemudian dipakaikan kepada orang yang hendak bersalin, Insya’Allah segera melahirkan dengan mudah. Boleh juga dibaca di sisi orang yang hendak bersalin sebagai selusuh.


Petua Kaya Syeikh Abi’l Abbas

Menurut As’Syeikh Abi’l Abbas katanya; Dengan mengamalkan seperti berikut, Insya’Allah, ia akan menjadi orang kaya:


1. Bila hendak mengamalkan surah Al- Waqiah ini, terlebih dahulu berpuasa selama 7 hari, di mulai pada hari Jumaat berakhir pada hari Khamis. Buka puasanya hanya makan sayur-sayuran / tumbuhan sahaja (tidak memakan sesuatu yang bernyawa seperti tidak makan ikan, daging, segala haiwan).

2. Dalam 7 hari itu, sesudah solat fardhu, membaca surah Al-Waqiah sebanyak 25 X. Apabila bacaan tersebut di mulai setelah solat fardhu Subuh pada hari Jumaat pertama, maka diakhirilah pembacaan Al-Waqi’ah itu pada setelah fardhu Isyak pada Jumaat berikutnya.

3. Pada malam Jumaat terakhir ini hendaklah membaca surah Al-Waqiah sebanyak 125 X, kemudian berselawat 1000 X.


Insya’Allah, dengan mengamalkan surah Al-Waqiah seperti yang diberitahu dalam hadis-hadis Nabi SAW, kita akan memperolehi rezki yang banyak, supaya kita dapat menolong dan membantu orang lain yang memerlukan bantuan dan memperbanyakkan lagi amal jariah kita supaya dapat dibawa ke sana nanti.

Bacalah surah Al-Waqiah ini dengan hati yang ikhlas memohon rezki dariNya. Jangan berniat untuk kaya di dunia yang sementara. Dalam niat kita dengan rezeki yang banyak kita dapat beribadat kepadaNya dan membuat amal jariah. Barulah Allah SWT memperkenankan doa-doa kita.

.

.

والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته