AL- QUDDUS
Al- Quddus, bagi Allah bererti Allah itu bersih dari segala sifat kekurangan dan kecacatan.
Diriwayatkan daripada 'Aisyah R.a, bahawa Rasulullah S.a.w membaca ketika ruku' dan sujudnya:
Maksudnya:
"Dia Maha Suci, Dia Maha Kudus, Dia Tuhan (yang disembah) oleh malaikat dan roh (Jibrail)."
(Riwayat Imam Muslim)
Rahsia dan keistimewaan nama ini:
Seluruh anggota serta pancaindera tidak akan melihat kemaksiatan ketika menyebutnya, mata akan terhindar daripada melihat yang haram, telinga akan terhindar dari mendengar perkataan yang dimurkai Allah, kerana nama ini mempunyai kesan yang mendalam terhadap anggota serta pancaindera badan. Oleh yang demikian, sesiapa yang ingin untuk menghindarkan diri dari syahwat atau nafsu badan dan kemaksiatan, hendaklah ia selalu menyebut nama ini, mudah- mudahan Allah menjauhkan dirinya dari godaan syaitan.
Wallahu a'lam.